Kisah 1

303 24 1
                                    

Byun Minhyun P.O.V

Malam yang tenang lagikan sunyi membuatkan senaman aku berasa begitu aman dan tenteram. Taman yang terletaknya di sebelah jambatan terbesar di Seoul Korea ialah tempat rutin harian ku untuk bersenam sewaktu malam.

Sambil bersenam, aku memakai earphone di telinga. Cuba untuk menyemarakkan lagi kesunyian aku sewaktu itu. Sanggul rambut yang terikat di belakang aku mula bergerak ke kanan dan ke kiri sebaik sahaja aku mula berlari.

"Lalalala~"

Dengan nyanyian yang perlahan aku keluarkan. Sebaik sahaja aku ingin melintasi pertengahan jambatan tersebut, langkah aku mula terhenti dengan tidak sengaja. Earphone yang ada di telinga aku cabut lalu mata aku terpancar ke arah satu tubuh badan yang berdiri betul-betul dihadapan tiang jambatan. Macam pelik tapi... entahlah. Aku meneruskan kembali larian aku tanpa memperdulikan orang tersebut.

Aku melintasi kawasan yang orang itu berada, tiba-tiba aku terdengar sesuatu dari dirinya. Mula langkah aku terhenti semula. Mata aku mula memandang dia yang berada di hadapan.

"Sa-saya hikss saya hikss, saya akan lupakan awak hikss"

Dari jauh macam terdengar suara si dia yang sedang menangis. Ke memang betul dia menangis? Nak tengok ke tak nak? Kalau aku pergi nanti apa pula dia cakap. Kalau aku tak tengok, nanti jadi benda lain pula. Erm... nak tengok ke tak nak? Ah, apa-apa je lah.

Aku melangkahkan kaki perlahan ke arahnya, tiba-tiba satu esakan berbunyi. Langkah aku diberhentikan semula. Cuba untuk memasang telinga apa pula yang ingin dikatakan olehnya.

"S-saya benci awak hikss. Saya akan hikss pergi dari dunia ni sampai bila hikss bila. Awak tipu saya hikss. Awak kejam hikss."

Makin lama makin kuat pula esakan dari lelaki yang berbaju putih tersebut. Mula hati aku berasa seperti tidak selesa. Apa yang cuba dia lakukan?

Langkah aku diaturkan ke arahnya dengan perlahan untuk kali yang kedua. Tangan kanan aku cuba untuk menyentuhnya tetapi secara tiba-tiba dia memanjat tiang jambatan tersebut. Terus kaki aku mula bergerak kebelakang dengan mata yang terbuka luas.

"Selamat tinggal hikss awak..."

Aku pandang dia dari belakang. Mula aku berpeluh-peluh. Makin lama makin tinggi pula dia memanjat. Sebelum terlambat, baju belakang lelaki itu aku tarik dengan secepat mungkin. Terus dia jatuh terduduk ke atas darat semula.

"Encik?" Sapa aku sambil memegang bahu kanannya. Terasa satu enjutan dari si dia. Dia memandang aku dengan mata yang merah.

'Gulp'

Seram pula nak tegur. Abang aku kata kalau jumpa orang mata merah jangan tegur. Tapi, aku tengok dia ni macam ada masalah je takkan tak nak tolong. Kesian pula aku.

"En-encik okey?" Soalku sambil membongkokkan badan ke bawah sedikit. Dia yang jatuh terduduk itu memandang aku tajam. Jangan cakap yang dia marahkan aku sebab aku tarik dia bagi jatuh tadi.

"Awak siapa?" Soalnya.

"Saya orang yang selalu joging dekat sini. Erm.. encik kenapa berdiri dekat situ tadi?" Tanyaku lagi lalu tangan kanan aku dihulurkan kepadanya. Tetapi, lain yang aku hulurkan lain yang dia berikan. Aku yang berdiri ditariknya duduk di atas tanah. Pintas badan aku dipeluk oleh lelaki tersebut.

"Ehhh, apa ni!" Bisingku lalu bahunya ku tepuk perlahan agar dilepaskan. Dia menggeleng kemudian kepalanya diletakkan di atas bahu kiri aku.

"Hikss ke-kejap je. Hiksss saya hiksss saya tak ada orang lain dah hikss" Mintanya dengan pelukan yang semakin erat. Kata-katanya membuatkan aku tersentuh. Tanpa menghalang, badan belakangnya ku usap perlahan-lahan.

"Encik ada masalah ke?" Soalku perlahan. Dah berpeluh dah ni. Ingat baru je nak berfeeling salji tapi disebabkan hoodie yang aku pakai dan dapat satu pelukan hangat dari seorang lelaki, semuanya hancur berkecai.

"Hikss di-dia jahat..." jawabnya perlahan dengan seduan. Aku dapat rasa, bahagian bahu kiri aku mula berasa lembap. Dia menangis banyak mana sangat tu? Basah baju aku.

"Hah? Si-siapa?" Tanyaku lagi. Bukan nak masuk campur tapi aku cuma niat nak membantu dia je.

"Hiksss rin...hikss" ringkas dia memberitahu kepada aku. Mula fikiran aku berputar dengan secepat mungkin. Rin? Rin apa yang ada dekat dunia ni? Apa yang dia maksudkan dengan Rin? Nama benda ke? Nama makanan ke? Ataupun, nama manusia? Rin???

"Rin?"

Dia mengangguk kemudian air matanya dikesat dengan lengan baju. Masih lagi tidak melepaskan pelukan aku yang sedang terduduk di hadapannya ini. Selamat tak ada orang lalu, kalau tak dah lama aku masuk pejabat agama. Haish...

"Encik okey ke belum ni?"

"Be-belum hiksss tem-temankan saya hikss" mintanya lagi. Mula aku menelan air liur untuk kali yang kedua. Ya tuhan, siapa ni? Aku tak kenal dia, macam mana aku nak temankan dia? Hadehaiii.

"Hah? Teman? Ma-maaf, saya tak boleh temankan. Saya kena balik sebab dah lewat. Encik balik lah rumah." Balasku kembali lalu badannya ku usap semula. Cuba untuk menenangkan si dia yang sedang tersedu-sedan itu.

"To-tolonglah saya hikss. Please...hikss" bahuku ditolaknya ke belakang lalu wajahku pula dipandangnya dengan deraian air mata. Terasa bersalah kalau dibiarkan macam ni. Tanpa memikir panjang aku hanya mengangguk perlahan.

"Tapi tak boleh lama. Nanti abang saya cari." Balasku. Terus dia menarik aku agar bangun semula. Tempat duduk bangku yang ada di atas jambatan tersebut dia menarik aku untuk berada di situ.

"Eh, kenapa ni?" Sekali lagi dia memelukku. Dah kenapa dengan dia ni. Kejap Rin, kejap sedih sana sini. Kejap nak terjun jambatan. Apa masalah dia?

"Saya perlukan seseorang hikss" ujarnya dengan perlahan. Aku terkedu dan terkaku dan terbisu dan tercengang. Dah tu apa masalahnya dengan aku? Kenapa perlu bagitahu dekat aku pasal tu? Ada kena mengena ke dengan dia?

****

CHIMMY UNTUK AWAK -P.J.M-Where stories live. Discover now