Minhyun P.O.V
Penat. Itu sahaja yang dapat aku gambarkan sewaktu ini. Jadual kelas yang padat lagikan mengambil masa yang lama membuatkan aku tiada masa untuk berehat.
Sebaik sahaja tiba di dalam bilik, badanku terus dilemparkan ke atas katil. Tiada lain yang boleh aku katakan selain tidur. Tidur adalah perkara yang paling penting untuk aku. Tanpa tidur aku tak akan ada sekarang. Ceh, kau tengok ayat clichè aku. Huhu.
Tok!tok!tok!
Baru sahaja aku ingin memejamkan mata, sudah ada seorang manusia mengetuk pintu bilikku. Terus mataku dibuka semula dengan mamaian.
"Kau tidur dah ke?" Soalnya dari pintu luar.
"On the way. Kenapa? Aku nak tidur aku ngantuk lah." Jawabku sambil menggosok kedua-dua belah mata.
"Aku nak ajak kau turun makan. Tadi sebelum balik aku ada belikan burger. Kalau tak nak aku simpan je dekat dalam peti sejuk."
"Nanti aku turunlah. Tak apalah, kau pergi makan dulu." Kataku dengan mata yang tertutup. Setelah beberapa saat berlalu, satu suara pun tidak aku dengari. Mungkin dah pergi.
****
Keesokan harinya, seperti biasa aku katakan. Jadual kelas aku sungguh padat dengan pelbagai aktiviti memandangkan ujian akhir tahun akan berlangsung tidak lama lagi.
Aku sampai di dalam kelas lalu kerusi mejaku ditarik ke belakang. Beg galas pelajar universiti yang aku galas di sebelah bahu tadi aku letakkan di tepi meja.
"Hai." Sapa seseorang yang aku tidak kenali. Aku pandang kanan, tak ada orang. Aku pandang kiri, tak ada orang. Adakah ucapan 'hai' itu untuk aku?
"Saya ke?" Soalku sambil menunjukkan jari telunjuk kepada diri aku sendiri. Dia mengangguk dan kemudiannya menyuakan tangan untuk berjabat salam denganku. Tanpa menolak, salamannya aku sambut dengan senyuman.
"Ermm awak siapa?" Tanyaku sambil memandang dia yang sedang berdiri. Dia hanya tersenyum lalu kad pelajar yang tergantung di leher ditunjukkan kepada aku.
"Ouh adik Jimin kan?" Soalku lagi. Dia mengangguk lalu mengemamkan mulut. Terasa seperti sedikit janggal. Macam mana dia kenal aku? Haish...
"Duduklah." Ujarku sambil menarik kerusi yang berada di sebelah. Tanpa berkata panjang, lelaki yang bernama Park Jihan itu terus duduk bersebelahan dengan aku.
"Kenapa awak datang sini? Kelas awak dekat area sini ke? Ataupun awak ada kawan yang sekelas dengan saya?" Tanyaku sambil menongkatkan dagu. Dia menggeleng lalu mengeluarkan sesuatu dari dalam beg galasnya.
"Nah. Awak simpan eh?" Katanya lalu menyuakan benda itu kepadaku. Terangkat kening aku apabila memandang benda yang ada di hadapan aku itu. Patung kecil yang bernama Chimmy diberikan kepada aku atas tanpa sebab.
"Wahh! Awak dapat mana ni!" Balasku dengan riaksi yang gembira. Sebetulnya, patung ialah benda kesukaan aku lagi-lagi patung yang bernama Chimmy.
"Abang saya suruh bagi dekat awak. Dia cakap thanks." Ujarnya lalu mengzipkan balik beg galasnya itu. Patung Chimmy yang ada di tangan aku itu aku genggam dengan kuat. Senyuman mula terukir dengan lebarnya.
"Wahh! Ehh jap, thanks untuk apa?"
"Thanks sebab selamatkan dia haritu. Dia kata dia tak boleh nak balas jasa awak melainkan bagi awak benda ni. Awak sukakan patung ni?"
Aku mengangguk dengan bibir yang mekar dengan senyuman. Patung bersaiz 5 inci itu aku letakkan di pipi dengan mata yang tertutup.
"Saya memang suka patung ni. Ah, kata dekat dia terima kasih untuk Chimmy. Buat susah-susah je." Kataku semula sambil membelek-belek patung tersebut.
"Haha kalau macam tu senang lah kerja saya nanti." Ujarnya dengan ringkas. Terus wajah dia aku pandang dengan serta merta.
"Kerja apa?" Tanyaku hairan. Dia hanya menggeleng lalu berdiri semula.
"Tak ada apa-apa. Okay lah awak, saya nak balik kelas. Hah sebelum tu, jaga baik-baik tau Chimmy tu." Bicaranya sambil menunjukkan Chimmy yang ada di tangan aku. Aku hanya mengangguk dengan senyuman.
"Always. Hah, for the second time, Thanks!"
"No problem. Bye!" Ucapnya lalu melangkahkan kaki pergi. Sebaik sahaja dia pergi, Chimmy yang ada di tangan aku pandang semula. Telinganya aku tarik dengan muka yang tersenyum.
"Arghh! Chimmy yang comel, bulunya lebat selalu sihat kerana power Dog!" Nyanyiku sendiri dengan kesan ketawa yang kecil. Lamunan kini bermula. Daguku ditongkatkan di atas meja bersertakan Chimmy di sebelah.
Khayalan kini menjadi nyata. Itulah kisah ungakapan dari hati aku. Chimmy! Aku nak kau banyak-banyak!
****
YOU ARE READING
CHIMMY UNTUK AWAK -P.J.M-
FanfictionDisebabkan Chimmy semuanya berubah menjadi satu kisah. "Kenapa awak bagi Chimmy ni dekat saya?" - Byun Minhyun "Sebab dia comel macam awak!" - Park Jimin Start - 14/6/2018 End - 30/6/2018 2nd Fanfictions by me!