Kisah 2

128 22 0
                                    

No P.O.V

Segak lagikan tampan dan bergaya. Lelaki yang mempunyai syarikat terbesar di Korea ini menjadi perbualan ramai wanita. Siapa lagi kalau bukan Park Jimin, CEO Park's Holding. Dengan berkaca mata hitam lagikan berkot, segaknya dia berjalan memasuki pintu gelongsor syarikat bertaraf tinggi tersebut.

Sebaik sahaja kereta bernombor KTC 3370 itu memarkir di hadapan lobi, semua staf yang ada mula membuat barisan panjang di hadapan pintu sambil menunduk hormat kepadanya.

"Selamat pagi tuan." Ujar staf yang berada di barisan pertama tersebut. Dia hanya menganggukkan kepala lalu berjalan melintasi seorang demi seorang.

"Selamat pagi tuan."

"Selamat pagi tuan."

"Selamat pagi tuan."

Ayat yang sama diberikan oleh semua pekerja kepada lelaki berkaca mata hitam tersebut. Tanpa membalas, dia hanya berjalan pergi dengan tangannya yang memasuki poket seluar.

Mungkin ramai yang ingin tahu, adakah dia sombong?
Oh tidak, bukan begitu yang saya ingin maksudkan. Park Jimin ialah seorang lelaki yang baik hati lagikan bijak. Dia tidak suka menonjolkan dirinya dikhalayak ramai dan disebabkan itu ramai wanita menjadikan dia sebagai lelaki idaman mereka.

"Tuan, hari ini kita ada meeting dengan syarikat Jeon's Incentive pada pukul 9 pagi." Kata pembantu peribadinya yang bernama Kim Taehyung. Lelaki yang mempunyai kecomelan di wajah dan suka membuat seseorang tertawa dengan helahnya.

"Lagi? Lepas tu saya ada apa lagi?" Soalnya lalu punat bernombor lapan di pintu lif ditekannya. Terus pintu lif itu tertutup lalu bergerak naik ke atas. Sebaik sahaja lif itu bergerak, cermin matanya tadi dibuka lalu diselitkan kedalam poket baju.

"Lepas habis meeting dengan Jeon's Incentive, tuan ada perjumpaan dengan keluarga Mr.Lee." balasnya sambil membuka buku kerja yang berkulit hitam itu.

"Mr.Lee? Siapa tu?"

"Mr.Lee, syarikat yang berikan share diorang dekat syarikat kita ni." Jawabnya dengan kening yang terangkat. Park Jimin yang mendengar dari tepi hanya menganggukkan kepala lalu keluar dari lif tersebut setelah pintu dibuka. Kim Taehyung pula hanya mengekorinya dari belakang.

"Lepas habis dengan Mr.Lee punya keluarga, Tuan dah tak ada kerja so tuan boleh rehat."

"Bagus. Okay, note semua tu dan nanti bagitahu saya semula. Saya takut lupa." Katanya lalu pintu besi itu ditolaknya ke dalam. Kim Taehyung menganggukkan kepala lalu masuk ke biliknya semula.

Jimin P.O.V

Aku memasuki ke dalam bilik yang dikhaskan untuk aku sahaja. Kerusi hitam yang ada di hadapan meja kerja aku tarik. Sejurus itu, lengan aku dilentokkan di atas meja berserta dihimpapkan dengan kepalaku sendiri.

Mataku ditutupkan sedikit. Sebaik sahaja aku menutupkan mata, wajah seorang wanita mula membayangi kegelapan aku. Teringat pula tentang kisah seminggu yang lepas. Haish.. macam mana lah aku boleh nak buat kerja gila tu. Nasib ada seorang perempuan yang baik hati ni tolong aku kalau tak dah lama aku jadi aruah.

Kring~ Kring~

Aku memandang skrin telefon pintar yang ada di tepi meja. Choi Aerin nama yang tertera. Telefon itu aku letakkan semula berserta jelingan di mata.

"Apa entah dia nak. Tak cukup lagi ke apa yang dia buat dekat aku haritu." Kataku keseorangan. Tiba-tiba, telefon itu berbunyi lagi untuk kali yang kedua.

Masalah, aku tak faham dengan perangai dia ni. Kenapa dia rajin telefon aku sejak dua menjak ni? Kalau tak sebelum ni nak telefon aku dalam masa sebulan pun susah.

Telefon itu ku ambil lalu bateri yang ada di dalamnya ku buka. Puas hati aku bila dah senyap telefon tu. Rambut hitam aku yang lebat ini aku rautkan kebelakang.

Dalam masa beberapa saat, bibir aku mula mengukirkan senyuman. Kenapa wajah perempuan yang tolong aku haritu masih lagi bermain dalam fikiran aku ni? Macam manalah aku boleh tak sedar yang aku pergi peluk dia lama-lama dekat jambatan tu. Haish... malunya aku.

"Apa nama dia eh?" Soalku sendiri sambil memandang ke arah luar tingkap. Terngiang-ngiang wajah si dia di dalam fikiran aku. Dah lah comel, baik hati lepastu pandai pujuk orang pula. Tak macam Choi Aerin, kerja dia asyik menggedik je dengan aku. Naik benci aku tengok muka dia lama-lama.

"Lepas habis jumpa dengan Mr.Lee aku dah free. Jadi, aku nak jalan-jalan mall. Boleh hilangkan stress." Ujarku sendiri dengan senyuman mekar di bibir. Helaan nafas kecil aku hembuskan berserta muka yang manis. Entah kenapa aku rasa macam seronok sangat hari ini.

****

CHIMMY UNTUK AWAK -P.J.M-Where stories live. Discover now