Kisah 20

140 13 0
                                    

No. P.O.V

Terlihat akan dua orang pasangan yang sedang bermesra bersertakan sejambak bunga dan patung kecil di atasnya.

"Will you?" Ulang lelaki itu lagi kepada wanita yang bernama Byun Minhyun. Keadaan menjadi sunyi untuk seketika. Mungkin wanita itu sedang memikir untuk mahu menerimanya ataupun tidak.

"T-tapi saya masih lagi belajar." Katanya dengan mata yang mula memandang ke arah lelaki itu semula. Masih lagi lelaki itu mendengarnya tetapi dia hanya tersenyum.

"Awak boleh je belajar waktu kita kahwin. Nanti senang awak nak minta kerja." Jawabnya semula. Mula wajah Minhyun bertukar sambil mengangkat keningnya.

"Maksud awak?" Soalnya. Jimin hanya tersengih lalu bunga itu diletaknya di atas meja.

"Saya akan ambil awak bekerja dekat syarikat saya. Awak jangan risau, saya tahu apa kos yang awak ambil. Awak ambil bidang perubatan kan?" Tanya Park Jimin sambil menongkatkan dagunya. Tergamam Minhyun dibuatnya.

"Macam mana awak tahu?"

"Sebab saya selalu nampak awak bawa buku pasal perubatan dan... saya ada hsopital sendiri. Syarikat saya ada banyak tempat termasuklah kilang baju, hospital dan syarikat yang saya ada sekarang iaitu syarikat pembangunan." Jelasnya kepada wanita itu. Terkebil-kebil mata Minhyun mendengarnya.

"Betul ke? Kenapa Jihan tak pernah bagitahu yang awak ada banyak syarikat? Ahhh! Betul juga tu kan, saya bukannya rapat dengan dia. Haish..." dahinya ditepuk perlahan dengan gelengan. Park Jimin yang nampak akan kelakukan Minhyun hanya tersengih kecil. Mungkin baginya itu comel.

"So, will you marry me? Soalan ni dah tiga hingga empat kali saya tanya tapi awak tak jawab lagi." Mula bibirnya dimuncungkan seperti itik dengan mata yang terkedip-kedip. Kepalanya mula disengetkan.

"Haha awak ni comel lah. Tapi awak tak akan menyesal ke kalau terima saya?" Soal Minhyun dan sekaligus membuatkan kepala Park Jimin menjadi tegak. Keningnya pula terangakat tinggi.

"Tak, jangan pandang saya macam tu. Maksud saya, nanti saya ada class tak ikut waktu. Saya kena stay library, buat assignment lah itulah ini lah, kang nanti awak yang sunyi. Buat-buat makanan pun tak tentu saya sempat buat ke tidak."

Ujarnya bersertakan gerakan tangan seperti membuat pembentangan. Jimin hanya tersenyum dan menggeleng.

"Saya tak kesah. Saya pun pernah lalui kehidupan pelajar universiti. Saya faham macam mana kehidupan awak bila belajar. Ah, saya tak kesah. Yang penting saya memang perlukan awak." Masih lagi di dalam pendirian, lelaki itu cuba untuk mendapatkan hati wanita yang ada di hadapannya.

"Saya tak sedia lagi lah. Saya baru kenal awak."

"Kita boleh kenal selepas kahwin kan?" Sambung Jimin dengan senyuman. Berdebar agaknya Minhyun sehinggakan wanita itu senyap dengan serta merta. Kepalanya mula ditundukkan ke bawah.

"Ermmm tak apalah kalau awak tak nak. Saya tak paksa. Siapalah saya nak paksa awak kan?" Keluh Jimin lalu kotak merah berbentuk hati itu ditariknya ke belakang semula.

"Saya terima." Pintas sahaja matanya memandang Jimin semula. Kali ini Park Jimin pula terkedu. Matanya menatap mata Minhyun dengan renungan.

"Saya terima lamaran awak." Balasnya dengan senyuman. Park Jimin yang tadi wajahnya kesal kini terus bertukar dengan senyuman yang mendalam. Wajahnya diserkupkan lalu dibuka semula. Gembira agaknya lelaki itu. Kotak merah berbentuk hati tadi diberikannya semula kepada Minhyun. Kotak dibuka lalu terlihat akan sebentuk cincin bersertakan rantai yang berloket hati lalu rantai itu terukirnya perkataan yang tertulis 'be mine' .

"Eh sebelum tu. Nah." Ujar Park Jimin lalu memberikan sesuatu yang berada di dalam beg kertas besar. Minhyun yang tadi memandang kotak merah kini matanya teralih ke beg itu.

"Apa ni?"

"Bukalah." Arahnya dengan senyuman. Minhyun tanpa teragak-agak terus membuka beg itu. Membulat matanya melihat benda yang ada di dalam.

"CHIMMY!" Jeritnya sambil mengeluarkan patung itu dari dalam. Saiz Chimmy yang paling besar diberikan kepada wanita itu atas tanda hadiah.

"Suka?" Soalnya. Tanpa menggeleng, Byun Minhyun menganggukkan kepalanya.

"Kenapa awak suka sangat bagi saya Chimmy eh?" Soal Minhyun dengan kepala yang disengetkan. Park Jimin tersenyum sambil meletakkan jari di dagu.

"Ermmm sebab dia comel macam awak!" Balasnya dengan sengihan luas. Minhyun yang mendengar mula tertawa lalu Chimmy itu dieratkan pelukannya lagi.

"Thank you, Jimin." Katanya.

"Welcome. Jadi, sudikah awak jadi isteri saya? Saya memang perlukan orang yang macam awak untuk berada di sisi saya." Ujar Park Jimin. Minhyun mula tertawa.

"Iye, awak dah ulang berapa kali dah. Saya sudi jadi peneman hidup awak. Saya kenal ex-girlfriend awak yang nama Choi Aerin tu. Dia dah kahwin kan sebab tu awak nak terjun laut haritu?"

"Eh, siapa bagitahu? Mesti Jihan kan?" Tanya Jimin. Minhyun tersenyum dan mengangguk. Wajah Jimin mula berubah.

"Hahaha tapi saya tak kesah. Biar kisah lama tu hilang dan sekarang kita mulakan hidup baru." Jawab Byun Minhyun dan membuatkan Jimin mula tersenyum semula.

"Awak nak tahu macam mana nak teruskan?"

Park Jimin menggeleng tidak tahu. Minhyun tersenyum lalu menunjukkan Chimmy kepadanya.

"Setiap Chimmy yang awak bagi semuanya terukir satu memori di dalam fikiran saya. Thanks, my future husband, Park Jimin." Jelasnya. Jimin mula menundukkan kepala lalu memandang Minhyun semula.

"Welcome my future beautiful wife. I love you." Kata Jimin sambil menunjukkan bentuk hati menggunakan jarinya. Byun Minhyun hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala.

Dan bermulalah kisah kehidupan mereka sebagai pasangan yang akan berkahwin. Sampai di sini sahajalah hubungan mereka. Byun Minhyun X Park Jimin in the house!

*Tamat*

CHIMMY UNTUK AWAK -P.J.M-Where stories live. Discover now