Kisah 6

98 16 0
                                    

Jimin P.O.V

Kereta ku dipecut laju melintasi setiap jalan yang ada. Mana taknya, dah lewat nak masuk kerja. Aku dah lah ada mesyuarat penting lepas tu kena hantar adik aku si Park Jihan ni pula ke Universiti dia. Adakah patut kami berdua boleh terlajak tidur. Haih...

"Dah dah stop. Hentikan aku dekat sini." Kata adikku itu lalu terus membuka pintu kereta. Kereta hitam milikku terus berhenti secara mengejut dengan segeranya.

"Weh! Kau balik pukul berapa?!" Jeritku dari dalam. Jihan yang berpakaian biru itu terus menunjukkan jari limanya sambil berkata.

"Pukul 5!" Balasnya kembali lalu berlari pergi. Sebaik sahaja dia berlari, tiba-tiba secara tidak sengaja dia terlanggar dengan seorang perempuan yang sedang membawa helmet dan bukunya di tangan. Jatuh terduduk wanita itu.

Tanpa membuang masa, pintu kereta belah ku dibuka. Aku terus berjalan keluar untuk membantunya bangun semula. Aku sangkakan seorang sahaja tetapi rupanya dua orang. Aku terus menyuakan tangan kepadanya tetapi perbuatan aku terhenti. Cermin mata hitam aku dibuka dengan serta merta.

"Awak?" Kata kami berdua dengan serentak. Terbeliak mata wanita itu memandang aku. Terus aku duduk melutut lalu mengutip buku-bukunya yang berselerak di atas tanah. Cermin mata aku tadi diselitkan di tepi poket baju.

"Awak okay?" Tanyaku kepada si dia. Kini aku bangun semula lalu menarik tangannya untuk berdiri. Kawannya yang berada di sebelah hanya tersenyum dan mendiamkan diri.

Mataku mula memandang wanita itu. Degupan di jantung mula mengepam laju. Hati aku mula berbunga-bunga apabila memandang wajah si dia iaitu Byun Minhyun.

"Saya okay. Awak?" Soalnya kembali sambil menggosok seluar belakangnya. Aku mengangguk dan tersenyum. Buku yang telah ku kutip tadi aku berikan semula kepadanya.

"Sorry pasal tadi. Adik saya tu memang macam tu. Bukannya reti nak tolong orang." Ujarku sambil tersenyum kepadanya. Oh Tuhan, jangan pandang aku macam tu! Aku tak boleh!

"Ouh, adik awak ke tu?" Tanya si dia. Aku menganggukkan kepala dan mengemamkan mulut. Alahai, comelnya awak!

"Nama dia Jihan. Maaflah, saya tak tahu pula awak kerja dekat sini. Maafkan adik saya, kang nanti tak berkat ilmu yang awak ajarkan dekat dia." Kataku sambil menggosok leher. Perasaan bersalah mula membuak-buak naik. Kepala aku ditundukkan sedikit.

Byun Minhyun P.O.V

Aku memandang dia yang ada di hadapan. Mula berkerut dahi aku apabila dia berkata yang aku bekerja dekat universiti ni. Aku terus memandang Jennie yang ada di sebelah. Dia hanya menahan ketawa sambil menyiku lengan aku dengan perlahan.

"Eh, awak salah faham ni. Sebenarnya saya belajar lagi." Jelasku dengan jujurnya. Buku yang berada di tangan aku betulkan sedikit lalu kad pelajar yang tergantung di leher aku tunjukan kepadanya.

"Nampak ni?" Soalku dengan kening yang terangkat. Aku dapat lihat yang wajahnya bertukar secara tiba-tiba. Terbeliak mata lelaki itu dibuatnya. Secara serta merta wajahnya diraut dengan mulut yang mengeluarkan bunyi ketawa. Jennie pula terus menundukkan kepala sambil tertawa kecil.

"Hahah apa awak ingat saya jadi pensyarah ke?" Tanyaku lalu melepaskan kad pelajar itu. Dia mengangguk tanpa berkata.

"Hahah awak ni macam-macam lah. Hah lagi satu saya nak cakap, yang awak jumpa haritu bukannya suami saya tetapi dia tu abang saya, Byun Baekhyun. Dia memang macam tu." Balasku kembali tentang hal yang berlaku kelmarin. Malu aku dibuatnya.

Adakah patut aku yang masih lagi tidak habis belajar ini dikatakan isteri kepada seorang pekerja syarikat terbesar? Hadehai.. memang nampaknya kelaut lah kalau aku jadi isteri.

"Lah, saya ingat ke awak dah kahwin. Hahaha malunya saya. Maaf sebab saya salah sangka." Katanya sambil tersenyum dalam sehingga menyepet mata. Aku hanya mengangguk. Ala, hal kecil tak payah besarkan.

"Tak apa. Kecil je hal tu. Ah, okay lah saya ada kelas. Nanti kalau ada masa ataupun terserempak mana-mana jangan lupa tegur saya tahu? Bye!" Ucap aku lalu mula melambaikan tangan ke arahnya.

"Haha saya pun ada meeting. Jalan elok-elok tau. Bye!" Balasnya kembali lalu melambaikan tangan kanannya kepada aku. Terus lelaki yang bernama Park Jimin itu masuk ke dalam kereta dan memulakan pemanduan. Aku hanya tersenyum kemudian berjalan pergi.

"Handsome. Siapa tu? Kau kenal dia ke?" Tanya Jennie yang ada di sebelahku. Senyuman mula dilontarkan kepadanya.

"Panjang cerita. Dah lah nanti aku ceritakan. Jom masuk kelas, nanti lambat." Jawabku lalu mengaturkan kaki laju darinya. Dengan hati yang mula bahagia aku berjalan meninggalkan dia di belakang.

****

CHIMMY UNTUK AWAK -P.J.M-Where stories live. Discover now