Kisah 17

63 10 5
                                    

Park Jimin P.O.V

Aku berjalan di belakang seorang wanita yang bernama Jennie. Bukannya apa, cuma nak beritahu dekat pensyarah dia yang Jihan tak boleh hadir ke kelas sebab gastrik. Jadi, aku sebagai abang kenalah melukakan tanggungjawab tersebut.

"Awak ikut saya." Kata wanita yang memakai baju blaus berwarna putih berserta beg sandang di tepi bahu. Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Kaki aku laju mengekorinya dari belakang. Sebaik sahaja kami berdua sampai di satu laluan koridor, tiba-tiba sahaja mata aku tertumpu ke arah seorang manusia yang sangat aku kenali.

"Minhyun?" Soalku dan mula tersenyum kecil. Wajah diraut perlahan lalu nafas kecil dihembuskan. Berdebar katakan bila nampak crush.

"Awak betul Jimin kan?" Tanyanya sambil berjalan.

"Ye, saya Jimin. Kenapa, awak tak percaya yang saya adik Jihan ke?" Soalku kembali dengan dahi yang berkerut.

"Eh, taklah bukan macam tu. Hah! Jap, Minhyun!" Jeritnya dengan kuat sambil mendepakan tangan yang luas. Aku yang tadi memandang dia kini mula memandang ke arah hadapan. Makin lama makin luas senyuman aku terukir. Tidak lupa juga akan kaki aku yang lagi pantas berjalan.

"Jennie!" Balas Minhyun semula dan mendepakan tangan sebagaimana Jennie lakukan. Kawan lelaki yang berada di sebelahnya hanya memandang tanpa berkata. Ermm, diorang tak ada apa-apa kan? Harap tak adalah, kalau ada aku dah lama cincang daging dia.

"Jimin?" Soalnya kepada aku yang baru sahaja muncul di sebelah Jennie. Aku hanya tersenyum sambil melambaikan tangan ke arahnya. Terbuka luas juga mata si dia. Hehe, ini lah masa aku untuk ambil hati dia.

****

Kami berdua menuju ke Cafè yang ada di sekitar universiti itu. Selamat Jennie dan kawan lelaki dia tu bagi peluang untuk aku  dan Minhyun luangkan masa. Untung pula aku bila ada adik yang satu universiti dengan crush.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Soalnya tiba-tiba lalu wajahnya mula disentuh berulang kali dengan kening yang terangkat. Panik nampak?

"Haha tak ada lah. Bila saya tengok awak saya rasa tenang." Ujarku jujur lalu air teh yang ada di dalam cawan itu aku hirup perlahan. Sambil aku hirup, mata aku masih lagi tertumpu kepada wajahnya.

"Tenang? Kenapa tenang pula? Muka saya ada nampak macam muka girlfriend awak eh?"

Tersedak aku dibuatnya. Cawan putih aku letakkan di atas piring lalu wajahnya ku pandang dengan senyuman kecil. Gelengan kepala aku beri. Aku dapat baca apa yang tengah dia fikir melalui wajah peliknya itu.

"Girlfriend? Bila masa saya ada girlfriend? I mean, if ex-girlfriend ada lah but for now tak ada lagi." Balasku ringkas lalu menongkatkan dagu menghadapnya.

"Iyelah tu. Awak handsome tak akan tak ada pengganti." Katanya sambil menyedut air dari straw hitam. Jus oren menjadi pilihan wanita itu. Aku pula menundukkan kepala dengan sengihan.

"Betul saya tak ada. Kalau ada pun saya tak akan ambil kecuali orang yang dekat depan saya ni." Ayat belakang daripada kata-kataku itu aku perlahankan. Dahinya mula berkerut seribu.

"Yang awak pandang saya macam tu kenapa pula?" Tanyaku kepadanya. Dia mula mendekatkan wajah dengan aku dengan mata yang mula menyepet. Terkedip-kedip mata aku dibuatnya. Jangan, hati aku tak kuat dengan awak, Minhyun!

"Awak ni peliklah..." ujarnya lalu kepala kembali ke belakang semula.

'Gulp'

Nervous aku.

"Awak." Panggil aku selepas nafas yang dalam aku tahan tadi selamat dihembuskan. Dia yang tadi sedang membelek-belek straw itu mula memandang aku. Kini, aku dan dia mula memandang antara satu sama lain.

Dup dap dup dap

Oh tidak, hati aku dah berdegup. Eh, bukan hati tapi maksud aku jantung. Jantung aku dah berdegup kuat macam gempa bumi dah ni.

"Saya suka awak."

****

CHIMMY UNTUK AWAK -P.J.M-Where stories live. Discover now