Jimin P.O.V
Aku bersandar di sofa yang ada di ruang tamu. Memandangkan hari ini aku cuti, jadi aku nak luangkan masa aku dekat rumah. Malas nak keluar melainkan ada hal penting yang perlu aku uruskan.
"Aku balik." Pintu rumah dibuka secara tiba-tiba. Ternampak akan sekujur badan manusia yang aku kenali. Park Jihan, itulah dia.
"Eh, awal kau balik? Baru pukul 2 petang." Jam di dinding aku pandang sekilas lalu wajahnya aku lihat semula. Dia hanya menggeleng lalu berjalan ke arah sofa yang aku duduk. Beg galas berwarna hitam diletakkan di tepi lalu dia terus melabuhkan diri di sebelah ku.
"Kelas habis awal so aku balik awal lah."
"Siapa hantar kau?" Tanyaku sambil memandang skrin televisyen yang ada di hadapan. Kaki ku disilangkan bersama sambil remot televisyen itu aku pusingkan.
"Grab." Jawabnya sepatah lalu kepalanya disandarkan di sofa. Terus matanya ditutupkan. Aku hanya memandang dia untuk beberapa saat lalu aku memandang ke arah skrin tv itu semula.
"Hah sebelum tu." Sergahnya. Mataku dialihkan kepada si dia.
"Dia cakap thanks."
"Siapa?" Soalku dengan muncungan mulut.
"Minhyun." Kata Jihan dengan sengihan kecil. Kepalanya yang tadi disandarkan kini ditongkatkan sambil memandang aku. Mula mata aku membulat besar bersertakan badan aku menjadi tegak.
"Betul ke? Lagi, apa riaksi dia?" Tanyaku dengan senyuman mekar di bibir. Ini yang buat aku bahagia ni!
"Macam tu lah. Peluk tak henti-henti. Aku rasa dia memang mati gila dengan Chimmy tu." Ujar dia sambil menggoyangkan kaki. Keningku mula dijongketkan ke atas.
"Maksud kau?"
"Kau tengoklah, baru dapat Chimmy yang kecil tu dia dah seronok macam orang keluar hospital sakit jiwa kau tahu?"
Bicaranya dengan sengihan sinis. Pantang aku dengar benda-benda tu, bantal yang ada di sebelah aku capai lalu tepat menuju ke arah wajah adikku itu."Jangan berani kau cakap. Byun Minhyun tu aku punya crush kau tahu?"
"Wlekkk! nak muntah aku dengar. Crush konon. Padahal crush dalam mimpi kau tu je. Tak ada maknanya dia nak sukakan kau. Dah lah kerek." Sambungnya lagi dengan jeliran di lidah. Aku yang mendengar mula memberikan jelingan di mata.
Apa
Kau
Ingat
Aku
Kesah
Ke
Budak
?"Mengata aku lah tu." Tuturnya lalu menyandarkan kembali kepala di sofa. Ceh, macam tahu-tahu je aku nak mengata dia. Apa kau ingat makcik bawang je yang wujud? Ini hah, pak cik timun pun dah ada engkau tahu!
"Diamlah kau. Hah, esok aku nak kau buat sesuatu untuk aku." Mintaku dengan sengihan kecil.
"Apa dia? Ehh jap, sebelum tu aku nak cakap, benda yang aku buat bukan free okay. Kau perlu bayar." Ujarnya dengan kening yang bermain di mata. Aku hanya tersenyum sinis lalu memandangnya sekilas.
"Aku akan belikan kau kereta."
"Yahoooo!!! Sayang kau, abang!" Tidak semena-mena badan aku yang berada di sebelah kuat dipeluknya. Hampir tidak cukup ruang pernafasan aku.
"Weh! Weh! Ba-bagi aku na-nafas!" Kepalanya ku ketuk beberapa kali agar dapat dilepaskan. Sebaik sahaja ketukan terakhir aku beri iaitu ketukan batu bersurat, akhirnya dia tertewas juga muahahahahhaha! (Gelak makhluk jahat!)
"Sakitlah!" Kepalanya mula diusapkan dengan pantas. Aku hanya tersenyum kecil malahan jelingan kedua aku berikan.
"But, kerja aku kau kena settle kan."
"Baik bos! Kerja apa?" Soalnya sambil menyengetkan kepala. Sesuatu benda aku keluarkan dari dalam poket iaitu beg dompet. Beg dompet itu dibuka dan lagi satu benda aku keluarkan dari dalamnya.
"Nah." Berikan dari tangan kanan. Dia mengambil dengan dahi yang berkerut.
"Kad?"
Aku mengangguk dan tersenyum kecil. Bantal yang ada di lantai aku ambil semula lalu badan aku mula dibaringkan memanjang di atas sofa. Kedua-dua belah kaki aku letakkan di atas riba adikku itu, Park Jihan.
****
Sorry sebab lambat update! Raya katakan!😉
YOU ARE READING
CHIMMY UNTUK AWAK -P.J.M-
FanfictionDisebabkan Chimmy semuanya berubah menjadi satu kisah. "Kenapa awak bagi Chimmy ni dekat saya?" - Byun Minhyun "Sebab dia comel macam awak!" - Park Jimin Start - 14/6/2018 End - 30/6/2018 2nd Fanfictions by me!