Kisah 13

85 15 0
                                    

Byun Minhyun P.O.V

Aku berjalan ke arah pintu rumah lalu kasut sukan yang ada di rak hadapan pintu aku capai. Kasut yang berwarna merah hitam itu menjadi pilihan aku. Tali diikat lalu aku berjalan keluar keseorangan.

Angin malam yang meniup sepoi itu membuatkan udara aku berasa nyaman. Kali ini, taman permainan yang berada di sebelah jambatan terbesar itu menjadi tempat aku bersenam.

Earphone berwarna putih millikku itu aku pakaikan di telinga. Lagu yang ada di dalam telefon pintar milikku mula dimainkan lalu kakiku mula bergerak melalui kawasan yang ada.

"Hmmm~" nyanyiku bersendirian sambil menghayati lirik-lirik yang ada. Lagu yang berjudul let go dari kumpulan BTS aku mainkan. Sambil aku berjalan, fikiran aku secara tiba-tiba sahaja teringat akan perkara yang berlaku di perpustakaan petang tadi.

"Dia? Minat saya?" Tanyaku kepada Park Jihan, adik si Park Jimin. Dia mengangguk perlahan.

"Awak tahu mana?"

"Betul, saya tahu lah saya adik dia. Saya tengok perangai dia pun saya tahu. Hah, nanti awak chat dengan dia tahu." Mintanya dengan suara yang perlahan. Aku hanya mendiamkan diri lalu memandang kad putih itu semula.

Gelengan di kepala bersertakan senyuman kecil mula terjadi. Haishh.. dah lama aku tak terserempak dengan dia, jumpa adik dia je.

Park Jimin P.O.V

Aku berjalan keluar sambil melihat langit yang berkelipan penuh dengan bintang. Kenapa udara dekat sini lagi nyaman? Sunyi pula tu. Sebaik sahaja aku melepasi gelongsor, mata aku mula tertatap ke arah sebuah buaian yang ada di situ. Buaian itu menjadi tumpuan utama aku.

Kakiku diayunkan ke arah buaian yang ada lalu terus aku melabuhkan diri ke atasnya. Dengan perlahan-lahan aku menolak buaian itu menggunakan kaki aku sendiri.
Dalam secara tiba-tiba, aku ternampak akan sekujur badan manusia yang sedah tersungkul di tanah. Kenapa tu?

"Asal tu?" Soalku sendiri. Terus aku membangunkan diri lalu berjalan ke arah kawasan jongkang-jongket yang ada tidak jauh dari kawasan buaian yang aku berada. Aku berjalan menghampirinya dengan perlahan-lahan.

"Aduh." suaranya mula kedengaran. Lampu jalan yang ada di taman itu mula dinyalakan. Kini, kawasan itu mula menjadi cerah.

"Cik? Cik okay?" Tanyaku kepadanya. Dari atas aku dapat lihat yang kakinya sedang luka dan berdarah. Entah terkena apa aku pun tidak tahu.

"Kaki saya." Katanya perlahan lalu kasut hitam merahnya itu cuba untuk dibuka. Aku yang tadi berdiri kini mula mencangkung di hadapannya untuk menolong.

"Mari saya tolongkan." Bicaraku dan tali kasut itu aku buka dengan perlahan-lahan.

"Saya boleh buat." Katanya lagi. Eh, macam kenal je suara dia. Sebaik sahaja suaranya dikeluarkan, kepala aku yang tertunduk ke arah kasut itu terus ditoleh kearah dia yang ada di hadapan. Terkejut aku dibuatnya.

"Minhyun?"

"Jimin?"

Soal kami dengan serentak. Tercengang kami bersama dan keadaan yang berlaku mula terhenti untuk beberapa saat. Tiada bunyi tiada gerakan, hanya yang ada tiupan angin.

"Ma-macam mana awak ada dekat sini?" Soalku sebaik sahaja tersedar dari lamunan. Tali kasut yang aku pegang tadi terus dilepaskan lalu wajahnya ku pandang.

"S-saya joging dekat sini. Awak macam mana boleh ada dekat sini?" Soalnya pula. Aku mula tersenyum kecil lalu menundukkan kepala sedikit dan kemudiannya memandang dia semula.

"Saya saja jalan-jalan nak hilangkan stress. Eh, kaki awak luka ni kenapa?" Baru sahaja aku ingat yang kakinya sedang dalam kecederaan. Tali kasut di kakinya aku buka semula lalu kasut itu aku keluarkan dari kakinya. Dia hanya mengadu kecil.

"Psttt, perlahan sikit." Ujarnya. Aku mengangguk lalu stokin yang dipakainya pula aku buka. Ternampak akan satu lubang yang ada di tumit mula berdarah dengan banyak. Kasut itu aku ambil lalu dipusingkan ke arah tapak.

"Patutlah, tu ada paku." Kataku lalu menunjukkan kearahnya. Dia hanya melihat tanpa berkata. Tumit kakinya dipandang semula dengan wajah yang serius.

"Aduh.."

"Kejap." Balasku lalu sehelai kain yang aku bawa di dalam poket seluar aku ambil.

"Awak nak buat apa?"

"Biar saya balutkan." Kataku lalu membalut keliling tumitnya yang luka itu. Dia hanya memandang aku tanpa membuat apa-apa.

"Thanks Jimin." Ucapnya secara tiba-tiba bersertakan senyuman. Pergerakan aku terhenti lalu mataku memandang dia dengan kening yang terangkat.

***

CHIMMY UNTUK AWAK -P.J.M-Where stories live. Discover now