"Im...tunggu lah Lya.Tahulah kaki Im panjang,janganlah jalan cepat sangat."
Budak perempuan yang berusia dalam sembilan tahun mengeluh."Alah Lya ni,baru setengah jalan dah penat.Sabarlah,sikit lagi.Im nak tengok Lya ternganga tak nanti."ujar budak lelaki yang juga berusia sembilan tahun dengan bangga.
"Hek eleh,apalah sangat Im nak tunjuk tu.Kalau tak best, Im kena belanja Lya ABC Mak Jah."budak perempuan itu menjongketkan keningnya sambil berpeluk tubuh.
"Boleh sangat. Tak de hal lah. Tapi Im confirm Lya terpegun nanti."ujar budak lelaki yang digelar Im tadi.
"Ok,Lya nak tengok kalau tak Im kena buat apa yang....w....wow!!"
"Hah! Dah sampai. Amacam cantik tak?"budak lelaki itu menjongketkan sebelah keningnya.
"Cantiknya Im,Im ke yang buat pondok atas pokok ni.."ujar budak perempuan itu dengan terpegun.
"Ialah,tapi tutuplah mulut Lya tu dulu. Im dan tak boleh kira berapa ekor lalat yang masuk."
"Apelah Im ni!"budak perempuan itu mencerlung memandang budak lelaki tersebut sambil menekup mulutnya.
"Hahahah. Sorry, dah jom naik guna tangga kat pokok ni!"budak lelaki itu lantas menarik tangan budak perempuan itu.
Sesudah berjaya memanjat tangga tersebut,budak perempuan itu berhenti melangkah.
"Im,Lya tak sangka Im betul- betul buat apa yang Lya suruh waktu tu. Lya gurau jer. Maafkan Lya. Kesian Im kena buat sengsorang ." budak perempuan itu menunduk.
"Lya,jangan cakap macam tu. Sebenarnya, Im buat dengan abang Asy lah. Mana kuat Im nak buat sengsorang.Dengan kayu lagi"ujar budak lelaki itu memujuk.
"Betul ni?"ujar budak perempuan itu.
"Betul lah.Dah, jom lihat dekat dalam."budak perempuan itu membuntuti langkah budak lelaki itu.
Budak lelaki itu mencapai tangan budak perempuan itu lalu digenggam erat.
"Kenapa,Im. Ada sesuatu ke Im nak cakap?"tanya budak perempuan itu polos.
"Lya... Sebenarnya Im nak cakap sesuatu. Im harap Lya boleh terima ia dengan hati yang terbuka ya."
"Jap,apa yang Im nak cakap. In sha Allah Lya akan terima. Im beritahu je Lya. "ucap budak perempuan itu dengan lembut.
"Sebenarnya,Im kena pindah ke luar negara sebab papa Im bukak bisness baru dekat US. Nanti kita dah tak boleh jumpa macam selalu dah. Lya tak marah kan?"
"Apelah Im ni. Mana ada lya nak marah,benda baik kan. Yang penting tahniah untuk papa Im. Lya doakan papa Im semoga berjaya. Tapi Im kena janji sesuatu dengan lya."budak perempuan itu memandang tunak kearah budak lelaki itu.
"Jangan risau, Im tahu. Im akan cari Lya nanti Im balik malaysia. Saat itu Im nak jadikan lya permaisuri hidup Im. Kita akan bersama. In sha Allah selama - lamanya jika ada jodoh antara kita berdua. Im janji."
"Janji yer. Sebelum tu,kita buat pinky promise dulu. Buat macam Lya buat ni."ujar budak perempuan tersebut sambil menayangkan jari kelingking comelnya.
Budak lelaki itu menurut.lalu bertaut lah jari kelingking mereka berdua.
"Pinky promise!!" ujar mereka berdua serentak.
YOU ARE READING
Pinky Promise Cinta
Romance"Pinky promise!"-Naim dan Elyana. Pinky promise antara Syed Naim Hakimi dan Elyana Ariffa diwaktu kecil membuatkan Elyana teguh pada pendiriannya untuk tidak mencari cinta sehingga Naim muncul kembali menepati janji yang dimeterai oleh mereka. Tet...