BAB 2

23 3 0
                                    

Empat tahun selepas kejadian...

Kring!!!!!!kring!!!!

"Hish,bosanlah jam ni. Tak reti nak gerak slow sikit ke. Ingatkan ada kebakaran dah tadi."Elyana mengomel lantas mencapai jam tersebut dan menutup kebisingan pagi.

Saat terpandang jarum jam yang menunjukkan pukul 7:15 pagi,mata Elyana membulat.

"Ibu!!!!!!Kenapa tak kejutkan Lya!!"
Bergegar habis satu rumah Bangglo milik Encik Azhar dan Puan Emilia.

Dengan sepantas gajah didalam air,Elyana bersiap,beg dan buku dicapainya rawak. 'Tak kisah lah subjek apa. Itu urusan dengan cikgu nanti. Yang penting ,sampai sekolah."

Elyana melompat laju menuruni tangga dan menuju kedapur,meluru kearah ibu nya,Puan Emilia yang sedang memasak sesuatu yang baunya enak.

"Ibu ni,kenapa tak kejutkan Lya? Tengok Lya dah lambat ni.... Ibu nak salam ni,dah lewat."

Saat Puan Emilia berpaling,terus seluruh dapur itu bergema dengan gelak tawa tak ingat dunia oleh nya.Terkejut Elyana dibuatnya.

Mana tak nya. Si Elyana pakai baju sekolah dengan tudung senget ketepi.Pegang beg sekolah macam tak cukup tali.

"Yang Ibu gelak ni kenapa. Ibu pun sama ngan Rina erk. Tak ingat makan ubat. Hehehehe." Elyana terkekeh ketawakan ibunya dengan tangan yang masih dihulurkan untuk meminta salam.

"Sebelum tu,ibu nak tanya Lya. Harini,hari apa erk? Ibu nak makan ubat ni."ujar Puan Emilia dengan senyuman lebar sambil keningnya di jongket-jongket sebelah.

Elyana berhenti ketawa lantas memandang kearah kelendar ditepi peti sejuk.

"Hah!!!!!!Jumaat!!!!!!!!!!"
Rumah Encik Azhar kembali bergegar untuk ke dua kalinya.

"Ibu ni,kenapa tak cakap awal-awal. Nasib tak terus ke sekolah. Kalau tak nayalah kena gelak dek orang." Elyana mengomel sambil tangannya ligat menyuapkan nasi goreng kedalam mulut.

Lepas jer tahu harini,hari Jumaat. Dengan sepantas kilatlah dia pergi tukar pakaian dan kembali kedapur.

"Lya yang salah hari,kata kat orang pulak. Nanti ibu nak kasi tahu papa. Heheheh" Puan Emilian terkekek ketawa saat memandang wajah cemberut Elyana.senyap.selepas itu kedua-duanya bantai gelak. Tak boleh tahan dengan situasi yang macam tu

"Ibu,nanti Lya cadang nak pergi kedai bukulah. Nak cari novel baru ni. Bosanlah,asyik baca buku sama berpuluh kali. Boleh tak ni, Lya nak pergi?"

"Pergilah. Tapi jangan lama sangat,lepas beli terus balik rumah tau."Elyana menganguk.

"Hish beratnyer novel ni. Padalah empat bijik jer." Elyana menjinjit plastik smo itu dengan cermat. Didalam almari bukunya,dah berpuluh -puluh novel tersusun cantik. Ni,tambah empat lagi.

Disaat,Elyana melangkah keluar dari kedai buku tersebut,tiba-tiba badan keciknya terlanggar dengan seseorang dan akhirnya.

Gedebuk!!!

Elyana tak kisahkan hal lain. Yang menjadi keutamaan nya ialah novel-novel barunya!!

'Alamak!novel ni dah koyak sikit!!' dengan sepantas air terjun, Elyana memandang kearah 'seseorang' itu tadi.

Lelaki itu diam tidak berkutik saat Elyana mengakat kepalanya.walaupun tudung dah senget, gadis dihadapanya sangat comel dengan wajah ketatnya.' jap ni kan..'

"Heh,awak dah langgar saya,tapi tak mintak maaf! Tengok ni dah koyak novel baru saya ni!!"Elyana membentak.

Lelaki itu pantas tersedar dari lamunan. Dan terus memandang gadis itu dengan muka berkerut.

"Hek eleh,kau pun salah. Jalan tengok bawah. Sepatutnya kau lah mintak maaf. Dah lah pendek, nak jeling-jeling orang camtu. Tak takutlah."

Dengan sepantas mungkin Elyana mengankat tangannya. Disaat itu juga,lelaki itu memejamkan matanya.

"A..adeh!!! Sakitlah!!" telinga nya menjadi sasaran gadis itu. Dengan pantas gadis itu mengambil plastik bukunya dan cabut lari.

'Huh,aku ingat nak kena tampar tadi. Aduh malunya ramai tengok show . Jaga kau pendek' lelaki itu segera beredar dari kedai buku itu. Tak jadi nak beli gunting . Membahang mukanya kerana ramai yang memandang sambil tersenyum.

Pinky Promise CintaWhere stories live. Discover now