Peluh yang mula membasahi wajahnya dilap dengan kain sapu tangan yang disangkut di atas bahu.
Elyana berdiri sambil mencekak pinggangnya setelah penat berlari tiga pusingan padang sekolah . Mata dikalihkan kearah makcik tukang sapu yang sedang menyapu di garaj moto pelajar yang bersebelahan padang.
Sedang Elyana leka, namanya dilaung.
"Iffa!!!!bola!!" Jerit Arina. Lantas Elyana berpaling ke sisi dan..
Bam!
Terasa diri tidak mampu diimbangi lantaran bola yang terkena tepat di atas batang hidung mancung nya membuatkan Elyana jatuh tergolek.
Terasa namanya dipanggil. Kepalanya terasa berpijar. Hidungnya mula mengeluarkan cecair merah, pandangannya berpinar. Hentaman bola itu sungguh kuat. Mereka yang berada disitu panik.
Cikgu Hazim , guru pendidikan jasmani itu bergegas kearah Elyana .
Lantas memberikan arahan."Dua orang pelajar lelaki, usung Elyana ke bilik rawatan. Hakimi dan Sufian cepat angkat" arah cikgu Hazim apabila Hakimi serta Sufian menuju kearah tempat dimana Elyana pengsan.
"Baik,cikgu!" Kedua-duanya mengangguk laju.
Elyana membuka matanya perlahan-lahan. Terasa masih lagi sakit di bahagian hidungnya. Apabila menganalisis dimana dia berada barulah dia tersedar yang dia berada di bilik rawatan sekolah.
Elyana berpaling kesebelah kiri. Seorang lelaki yang berdiri membelakanginya sedang membasuh tangan disingki. lelaki itu berpaling kearah Elyana, terkejut Elyana.
"Hah!!kau!!" Elyana ter'kuatkan' suara. Terkejut Hakimi dibuatnya.
"Sorry.." Ucap Hakimi perlahan sambil memeluk tubuh. Elyana terpinga.
"Buat apa? Pasal 'hari itu' ke." Tanya Elyana. Memang dia menunggu kata maaf dari mamat sengal ni pasal kejadian 'hari itu'.
"Tak..yang tu kau pun salah..dah lah main tarik je telinga aku..pastu terus cabut lari. 'Sorry' tadi untuk hidung kau." Ujar Hakimi lagi.
"Hah! Jadi kau lah yang mencederakan hidung aku ni! Kau memang nak balas dendam ke apa!" Kata Elyana dengan geram sambil memegang hidungnya yang telah diletakkan kapas.
"Heh kau ni, elok-elok aku mintak maaf ni terima jelah. Tak de makna aku nak balas dendam camtu.... Tak ade class langsung." Ujar Hakimi dengan nada geram.
"Huh! Ia lah tu....aku tahu kau memang tak puas hati ngan aku.." Elyana nampaknya tak mahu kalah.
"Sukati kaulah..Aku datang ni nak mintak maaf..hish,cepat bangun masuk kelas.." Hakimi berkata sebelum berlalu keluar.
Elyana merengus geram. Selepas seminit sahaja Hakimi keluar, Arina muncul dengan sebungkus roti coklat dan air mineral.
Elyana memandang teruja.
"Untuk aku ke!" Elyana tersengih . Arina hanya mengangguk dan duduk berhadapan dengan Elyana.Elyana mengucapkan terima kasih lantas membuka plastik roti itu dan makanya dengan nikmat.
"Iffa, nak tanya ni." Arina berkata setelah diam sejenak.
" Apa?" Tanya Elyana yang masih lagi mengunyah.
"Hakimi buat apa dekat sini, sebab masa aku masuk dekat pintu depan terserempak dengan dia. Aisyah pulak bukan main lagi, terus tersengih pastu berbual dengan Hakimi dekat luar. Aisyah kirim salam cepat sembuh and masuk kelas."Ujar Arina panjang lebar.
"Ouh, yang tu. Dia datang mintak maaf sebab ter'sepakkan' bola dekat hidung aku....."ujar Elyana selamba.
"Ouh, pasal tu. Aku ingatkan apa .Ia lah sebab lepas angkat kau letak sini terus dia keluar. Alih-alih jumpa pulak. Aku keluar jugak lepas Kimi keluar..beli makanan dekat kau..." Arina berkata lantas membaringkan badannya bertentanvan dengan Elyana.
"Hah! Dia angkat aku!!!!!!" Jerit Elyana terkejut.Arina mengangguk seraya berkata.
"Cikgu Hazim yang suruh kimi dang sufian angkat kau."
Elyana berhenti mengunyah.
"Hish, cikgu Hazim ni kenapa tak suruh perempuan yang angkat aku.." Elyana mengomel.
"Eleh, kau ingat kau tu ringan sangat ke?..okey apa dua orang jejaka yang tolong 'princess' ni." Arina ketawa.
" Kalau putera tak apa..tapi katak yang muncul. What the hell!!"Elyana merengus.
" Eh eh kau ni.. Dah lah, dah pukul brapa ni. Jom masuk kelas." Arina tersedar setelah melihat jam di pergelangan tangan.
Setelah itu, mereka bergegas kekelas.
Mereka duduk ditempat masing-masing. Semasa mereka masuk ke kelas. Ramai mata yang memandang. Elyana buat derk je. Dihadiahkan jelingan 'manja' kepada Hakimi.
Hakimi buat-buat tak nampak jer.
YOU ARE READING
Pinky Promise Cinta
Romance"Pinky promise!"-Naim dan Elyana. Pinky promise antara Syed Naim Hakimi dan Elyana Ariffa diwaktu kecil membuatkan Elyana teguh pada pendiriannya untuk tidak mencari cinta sehingga Naim muncul kembali menepati janji yang dimeterai oleh mereka. Tet...