Hakimi merebahkan dirinya Keatas tilamnya yang empuk.
Tiba ² bayangan Ariffa bermain difikiran."Kenapa aku rasa macam kenal dia sesangat. Muka dia ada iras someone yang aku pernah tinggalkan suatu masa dulu..apa dia ni memang........pinky promise aku?..ish tak mungkinlah....so imposible. 'Dia' dan si Iffa tu berbeza perangai. Iffa tu sedikit ganas but cute.... 'Dia' pulak manja,caring dan bertolak ansur.. "
Hakimi mengeluh. Sejak dia balik malaysia ni..berkali-kali jugak dia pergi jenguk 'peninggalan' nya sebelum dia pergi ke luar negara.
Dia pun sudah ingat-ingat lupa rumah si 'Dia' .
Kriukkkkk.....
Okay perutnya sudah bernyanyi lagu lagi shantik dah ni. Dengan pantas Hakimi bangun dari perbaringan menuju ke pintu gelongsor almari pakaiannya. Jaket kulit disarungkan. Takkan nak pakai lengan pendek baju merah polo ni memalam. Sejuk lerr..
Okey,Hakimi ni memang pandai memandu kereta. Now dia sedang drive kereta myvi silver milik abang Ash.
Saat dia ingin sampai ditempat dituju. Tiba² seorang gadis melintas. Dengan pantas di mem break. Walau pun sempat dibreak,gadis yang melintas itu ter'cium' jugak dengan bahagian hadapan kerata myvi tersebut dan menyebabkan gadis itu terdorong kedepan.
'Gila siot!!dia dah langgar orang lerr!!!'
______________________________________Elyana tidak sempat berbuat apa-apa. Tiba ² sebuah kereta melanggar pinggangnya. Terseliuh kakinya. Lutut dan tapak tangannya juga sedikit berdarah.
'Aduh! Ni semua salah aku. Gaduh sangat nak pergi seberang sebab ternampak patung panda yang cute sedang elok tergantung di depan kedai cenderemata itu sebagai hiasan. Tadi dia dari 7eleven beri 'hal' wanita .
Alih- alih dumm!!
Kene langgar. Seorang lelaki berjeket keluar dari kereta myvi tersebut.Elyana memandang kearah 'orang yang tak sengaja' langgar nya tadi.
And....
"What!!ops!!" Pantas Elyana menutup mulutnya. Kenapalah si babun ni jugak yang dia kena hadap.
Hakimi tersenyum sinis.
"Lah.. Kau rupanya. Kalau aku tahu tadi aku tak turun. Malah tak payah tekan break. Biar kau tertonggeng jer atas jalan... jangan harap aku tolong kahkahkah..." Hakimi ketawa jahat. Niat asalnya ingin membantu tetapi saat terlihat muka Elyana terus niatnya terpesong.
Seronok rasanya dapat melihat wajah marah gadis pendek didepannya kini.Elyana mengetap bibir. Tapi belum juga bangun. Sakitt woooo....
"Arghh..tak heranlah aku kau tolong ke tidak. Now berambuslah babun hodoh!! Babun bajet handsome!! Babun prasan hot!!babun jamban!! Shuh³ pigidah!!" Elyana melepaskan geramnya. Boleh pulak si Babun ni gelakkan dia.
'Ek eleh. Aku yang bukan main handsome ni di panggilnya babun. Minah ni...' Hakimi mengomel didalam hati. Dia mula melangkah masuk kedalam kereta. Kereta dihidupkan. Lampu kereta menyilaukan pandangan mata Elyana. Pantas dia cuba bangun tetapi tidak boleh. Kakinya terasa sakit yang amat.
"A..a'...auw..woo..woo..sakitnya. Ishh!! Woi kaki! Masa nilah kau nak buat hal. Kalau yer pon buat lah masa aku tido!!" Elyana melepaskan kemarahannya, sakit hati, sakit kaki plus silau!
Hakimi yang mendengar erangan Elyana pantas keluar semula dari kereta. Tiba² terbit rasa kesian.
"Hei..boleh jalan tak?" Hakimi bertanya dalam nada yang sedikit lembut berbeza dari tadi.
"Tak yah tunjuk caring kau tu. Aku masih boleh jalanlah. Bukannya patah kaki." Elyana mencuba lagi tapi terasa urat kakinya umpama berbelit. Sakit sangat. Tanpa sengaja air jernih keluar dari kelopak matanya.
"Ish, degillah kau ni...." Dengan pantas Hakimi mencempung tubuh Elyana dan diletakkan diseat penumpang. Pada awalnya Elyana meronta. Tetapi apabila kereta lain dari belakang kereta Hakimi menghon berkali-kali siap beri cadangan yang erk! Dia pasrah.
Terimbas kembali kata-kata lelaki yang menghonkan kereta tadi....
"Woi!!! Nak bersweet pon tak yah lah tengah jalan. Kau ingat jalan ni ko punya atuk,nenek moyang ko yang buat!!pigidah. Kalau yer pon pilihlah tempat yang cun sikit! Pantai ke,cafe ke,aeon ke. ni tengah jalan jugak dipilihnya. Aku pon naik jelez tau tak!!" Jerit lelaki tadi.
Meroyan ke apa ?..siap berjelez bagai. Cepat-cepat Hakimi mencempung Elyana. Dan mula memandu kedepan dan buat u turn.
Ok. Tak yah cakaplah. Si Hakimi ni membebel kalah nenda kesayangan Elyana.
Elyana terpaksa menunjukkan arah rumahnya.
Mama yang menyambut kepulangannya. Pada awalnya mama Elyana terkejut melihat Hakimi. Setelah menerangkan duduk perkara, mama Elyana mengucapkan terima kasih,Si Hakimi pergi balik kerumah selepas minum sedikit milo panas buatan mama Elyana.
"Gosh!!now si babun dah tahu mana aku tinggal...." Elyana menekup mukanya dengan patung pandanya. Kakinya sudah dirawat diklinik sebelum Hakimi menghantar Elyana pulang.
Elyana pun memejamkan matanya entah bila dia terlena.
YOU ARE READING
Pinky Promise Cinta
Romance"Pinky promise!"-Naim dan Elyana. Pinky promise antara Syed Naim Hakimi dan Elyana Ariffa diwaktu kecil membuatkan Elyana teguh pada pendiriannya untuk tidak mencari cinta sehingga Naim muncul kembali menepati janji yang dimeterai oleh mereka. Tet...