BAB 6

14 3 0
                                    

Elyana dan Arina berjalan menuju kegaraj moto pelajar. Sejak 'budak baru' tu ada. Aisyah jarang pulang sekali. Katanya nak jalankan misi.

Elyana mengeluh. Bosan rasanya apabila tak cukup seorang.
Arina berpaling kearah Elyana. Perasan akan Elyana yang berhenti mengejut.

"Kenapa ni Iffa?"tanya Arina setelah lama Elyana berdiam diri.

"Hurm..dah dua minggu Aisyah tak balik sekali dengan kita. Bosanlah asyik macamni..." Elyana mengeluh perlahan.

Bukannya tak perasan. Dah lama Arina perasan akan perubahan Aisyah tu. Macam selalu kalau bermula misi memikat. Tapi kali ini memang lain dari yang lain. Terus dia tak hiraukan Elyana dan Arina.

Sedang Elyana mencapai topi keledar biru bercorak rama- rama hitamnya. Terasa seperti namanya dipanggil, pantas Elyana berpaling.

Seorang junior perempuan melaungkan namanya serta melambai-lambai kearahnya.

"Kak Iffa..kak Iffa!"

"Erh,kenapa ni Ada?" Tanya Elyana kepada gadis yang digelar Ada.
Ada nampaknya sedang termenggah-menggah. Arina juga turut serta untuk mendengar.

"Kak Syah...kak syah..."Ada menunduk sambil memegang lutut menahan lelah.

"Kenapa Ada? Kenapa dengan Syah?!"tanya Elyana risau. Bahu Ada dipegangnya.

"Kak Syah kena pukul dengan geng minah phyco sebab cuba rapat dengan abang Kimi." Kata Ada lagi.

"Hah! Mesti salah sorang geng tu minat si babun poyo tu..Apalah yang ok denan mamat tu! Ni dah jadi masalah disiplin ni! Rina jom! Ada bawa kami ke tempat kak Syah!"arah Elyana.

Ada menggangguk.

Terlihat seorang gadis terduduk memegang dahi.

"Hah! Tu baru sikit! Berani kau rapat dengan crush aku yer!!"seorang gadis bergigi jarang bercekak pinggang sambil tersenyum sinis.

Aisyah memegang dahinya yang sedikit lebam akibat di hentam dengan batu yang boleh tahan besarnya.

Aisyah memang tidak melawan kalau ada yang kacau dia. Dia tidak sekeras Arina. Tidak setabah Elyana. Dia lebih kepada penakut yang selalu mengejar lelaki handsome.

Gadis yang berambut ekor kuda datang menghampiri Aisyah. Mereka digelar  MINAH PHYCO sebab akan buat apa-apa sahaja kepada orang yang 'mengganggu' mereka.

Mereka tidak perlu risau kerana papa mereka ada pengaruh yang besar disekolah ini.

Saat gadis 'berekor kuda' itu ingin mengangkat tangan untuk singgah ke pipi Aisyah. Tiba-tiba,

"Hei! Korang buat apa tu!"jerkah satu suara dari arah bertengtangan.
Mereka yang berada disitu terkejut melihat idola mereka sedang bercekak pinggang.

Geng-geng minah phyco sudah cabut lari. Yang tinggal disitu hanyalah Aisyah dan Hakimi.

"Awak okey, jom boleh bangun tak?"soal hakimi.

Aisyah apatah lagi. Bukan main dia. Aisyah mengangguk. Baru sahaja Hakimi berpaling tiba-tiba..

Bukk!!

Satu tumbukan berbisa hinggap diperutnya. 'Adeh, minah keding ni!!' Jerit Hakimi didalam hati.

"Hah!padan muka!!" Kata Elyana puas selepas berjaya melayangkan penumbuk kecilnya keperut hakimi.

"Apasal kau ni hah!!!" Hakimi Memegang perutnya.
Matanya tajam menikam mata Elyana.

"Saja..dah lama aku tak puas hati dengan kau..bluek!!"kata Elyana sebelum membuat duckface.

Elyana berpaling menuju kearah Aisyah,saat kakinya mula melangkah.
Kakinya tersadung.

"Wargh!!"jerit Elyana kuat.

'Jap asal tak sakit ni?' Elyana membuka matanya.

"Babun!!! Lepaskan aku" Elyana menjerit saat terlihat Tangan Hakimi memegang pinggangnya.

"Okey" kata hakimi selamba.

Saat itu juga badan Elyana menghempap tanah.

"Buhbye pendek..."kata hakimi lalu beredar tanpa berpaling.

Aisyah masih tergaman melihat aksi panik hakimi menyambut Elyana tadi.
Betapa pantasnya hakimi memaut Elyana. Secebis cemburu mulai timbul didalam dirinya. Wajah dimaniskan saat Elyana dan Arina nenolongnya.

Tak boleh! Elyana terlalu baik dengannya. Maaf Iffa.....

Pinky Promise CintaWhere stories live. Discover now