Elyana tersenyum puas sambil badannya enak disandarkan pada sofa empuk diruang tamu rumahnya.
'Tak sangka aku ade keberanian pegi tarik telinga dia. Tu lah,apasal panggil aku pendek. Terang-terang dia yang salah jugak.habis koyak dekat bucu novel baru aku ni...'.Elyana mengomel didalam hati.
Dari mood puas serta merta bertukar menjadi mood serabut. Lebih-lebih lagi saat terpandang novel barunya. Hilang terus mood nak baca.
Elyana membalut novel barunya. Sepertikebiasaannya sebelum dia memulakan ekspedisi ke 'dunia lain'.
Tok!!tok!!tok!!
"Masuklah,pintu tak kunci." Elyana memberi keizinan selepas mendengar suara ibu dari luar.
"Lya,Ryna dan Syah datang tu. Ajak lepak kedai ABC mak Jah. Pergilah,ibu izinkan. Tapi ingat jangan balik lambat."pesan Puan Emilia sebelum Elyana bangun menyalami nya.
Nasib baik kerja membalut sempat siap. Not lima ringgit dicapai dari bawah bantal dan bergegas turun kebawah.
"Jom! Aku pun ade hal nak citer ni."ajak Elyana sesudah nencapai helmet merah putihnya.
"Citer apa pulak kali ni? Pasal Danish ke? Mintak -mintak korang break cepat-cepat. Sebab Danish tu main cinta dengan budak form two. Aku sendiri yang nampak..."Arina merengus. Geram sangat nampaknya dengan si Danish tu.
"Bukan pasal tu lah. Itu hal kecik je. Baru semalam aku mintak clash. Tapi hal ni lebih besar dari tu."kata Elyana selamba.
Ternyata kedua-duanya terkejut. Mestilah kan,Danish tu anak Dato'. Handsome pulak tu. Ramai yang tergila-gilakan si Danish tu. Tapi Elyana yang dapat. Tidak dinafikan,Elyana memang cantik, dengan alis matanya yang lentik,kulit yang putih kemerahan dan mempunyai badan ala-ala model. Tapi sangkut sebab pendek sikit.
Tup tup,dah putus.
"Ia ke babe!! Cepatnya! Korang baru sebulan. Kalau camtu,aku nak masuk jarumlah." Aisyah bersuara setelah diam dari tadi.Elyana hanya menggangguk.
Dah tahu sangat dengan si Aisyah ni. Habis lelaki kacak dia nak sambar.. Heheheh.
"Dahlah,nanti dekat gerai ABC mak Jah aku citer.."Elyana menutup perbualan dan mula memanjat motor yang ditunggang Arina .
"Hah! Hari ini giliran kau bawak aku."dengan selamba Elyana berkata.
"Hah,yelah..tahu sangat. Kau ni pun,bila nak belajar naik motor? Sian kat kitorang asyik kena dera ngan kau setiap kali nak pergi mana-mana."Arina mengomel sambil membonceng motor ego hijaunya dengan cermat.
"Kau kan tahu ibu dan papa tak kasi aku naik motor. Katanya bahaya,takut accident. "Elyana merungut.
Mereka hanya tersenyum dan nengeleng. Faham sangat tentang tahap kerisauan Puan Emilia,selepas Elyana kemalangan empat tahun lepas. Sebab itu jugalah ,Elyana hilang memorinya dizaman lepas .
Kerana kejadian itu jugalah,Elyana hampir kehilangan nyawa dan hilang memori tentang seseorang yang penting. Apabila disebut pasal lelaki itu.Elyana pasti blur pastu sakit kepala.
Jadi kitorang pakat tak nak bangkitkan soal itu lagi. biarlah Elyana terus tak ingat .Demi kebaikannya juga.
YOU ARE READING
Pinky Promise Cinta
Romance"Pinky promise!"-Naim dan Elyana. Pinky promise antara Syed Naim Hakimi dan Elyana Ariffa diwaktu kecil membuatkan Elyana teguh pada pendiriannya untuk tidak mencari cinta sehingga Naim muncul kembali menepati janji yang dimeterai oleh mereka. Tet...