"Eyh! Iffa..kau tak penat ke tunggu si naim tu. Dah masuk tiga tahun kau tunggu dia. Bukan ada apa -apa berita pun. Senyap camtu je. Tahun ni kita ada peperiksaan UPSR tahu tak. Kau tu pandai,tapi kerap tak datang kelas tambahan. Aku tahu kau terkilan. Tapi belajar tetap belajar. Lupakanlah si Naim tu. Entah-entah dah jumpa orang baru . Naim kan hansome..Kan syah" Arina,gadis berkaca mata itu menepuk bahu seorang lagi sahabat Elyana yang digelar Syah.
"Ha'ah. Aku kesian dekat kau. Tapi kau jangan risau,aku tetap sokong kau. Tapi buat masa ni,kau lupakanlah si Naim tu. " Aisyah, yang bermata bundar memujuk Elyana.
"Aku tahu korang risaukan aku. Tapi aku ok lah. Walauapa pun yang jadi aku tak akan sekali-kali lupakan Im.Aku tahu Im takkan cari orang baru. Dia dah janji lah dengan aku. Lagi satu,aku tak datang kelas bukannya apa. Aku kurang sihat dua tiga hari ini. Aku dah maklumkan dekat cikgulah."
"Betul ni? Tak caya lah."ujar Arina memeluk tubuh .
"Ha'ah,aku pun setuju apa yang Rina cakap tu."kini Aisyah pula memeluk tubuh.
Elyana mengeluh lalu ketawa.
"Korang ni apasal,serius je. Betullah aku tak apa-apa. Dahlah,aku lapor nk ranggos ABC mak Jah ni. Jom kesana.
"Dah mula lah tu nak lari dari topik."Arina dan Aisyah mengeleng perlahan,tetapi diikutnya jugak kepala si Elyana ini. Petang itu mereka bersama-sama mengayuh basikal ke gerai ABC mak Jah yang terletak di depan sekolah menengah Sungai Petani.
"Iffa,Rina dan Syah nak apa?cam biasa ke?"tanya mak jah mesra.
"Ha'ah mak Jah. Cam biasa. ABC spiecial tabur coklat dan jagung atas untuk Iffa." ujar Elyana sambil tersengih.
"Kitorang pun sama mak Jah. Tapi jangan letak coklat atas. Tak sedap." Aisyah membuat aksi ingin muntah.
Elyana memberi pandangan yang superb tajam kepada Aisyah
"Hehehe,gurau jelah"pantas Aisyah berhenti dari aksi muntah itu tadi dan mencapai kelepek dari balang yang disediakan oleh mak Jah secara free diatas meja.
Langsung mereka yang digerai itu ketawa melihat aksi Aisyah.
Setelah sudah menikmati ABC di gerai mak Jah. Mereka pun mencapai basikal untuk pulang.
Tetapi sebaik sahaja Elyana terpandang ke atas jalan,Elyana ternampak seekor kucing yang sedang mengiau tak bergerak.
Kereta proton biru sedang laju menuju kearah kucing tersebut.
Tanpa berfikir panjang,Elyana melepaskan basikalnya lalu meluru kearah kucing tersebut.
Elyana pantas megambil kucing tersebut.'yes berjaya!'
Pon!!pon!!!!!
Elyana menoleh kedepan"Alamak tak sempat!!!"
Elyana terasa dirinya bagai dirempuh dengan kuat. Seketika Elyana terasa dirinya melambung tinggi dan jatuh keatas sesuatu yang keras. Kepalanya mula berpijar -pijar. Badannya terasa perit. Sebelum pandangannya menjadi serba gelap. Terasa namanya dilaung berkali-kali dan akhirnya sayup kedengaran. Dan akhirnya dia melihat semua sekelilingnya gelap.
YOU ARE READING
Pinky Promise Cinta
Romance"Pinky promise!"-Naim dan Elyana. Pinky promise antara Syed Naim Hakimi dan Elyana Ariffa diwaktu kecil membuatkan Elyana teguh pada pendiriannya untuk tidak mencari cinta sehingga Naim muncul kembali menepati janji yang dimeterai oleh mereka. Tet...