Sekolah berasrama penuh Seri Setia telah dilanda satu masalah selama 2 tahun. Seorang guru disiplin didapati meninggal dunia di bilik guru disiplin. Namun, setelah kematian guru tersebut, sesiapa sahaja pasti dapat mendengar suara-suara makian dan marah-marah di bilik itu sehingga biliki tersebut terpaksa dikunci. Akan tetapi, misterinya tetap tidak terungkai. Sehingga muncul kehadiran seorang pelajar yang sangat arif terhadap urusan paranormal. Maka, para pentadbir sekolah langsung mengadakan sebuah mesyuarat.. Pelajar itu diminta untuk merungkai misteri hantu tersebut bersama-sama Skuad Saintis Muda. Namun, skuad saintis muda tidak mempercayai hal karut ini dan menolak untuk bekerjasama. Sebaliknya, mereka mencabar gadis istimewa itu dengan membuktikan bahawa hantu tidak wujud melalui ilmu sains mereka. Gadis itu sedikitpun tidak berkecil hati. Namun, ia telahpun berbincang dengan pihak sekolah untuk menubuhkan skuad penyiasat paranormal yang akan dianggotai olehnya dan empat orang sahabatnya yang lain.. Maka, bermulalah tugas mereka dalam merungkai misteri.. Akan tetapi, mereka juga perlu berhadapan dengan skuad wartawan glamour yang juga taksub akan berita semasa, terutama perlawanan hebat antara skuad saintis muda dan skuad penyiasat paranormal! Adakah semuanya akan berjalan lancar? Dan mampukah mereka merungkai misteri ini????
Watak :
1. Skuad Penyiasat Paranormal :
- Eira, Syafiqah, Fatin, Kamilia, Rafia.2. Skuad Saintis Muda :
- Nisa, Alyn, Tiara, El, Ainina.3 Skuad Wartawan Glamour :
- Iqa, Amalia, Afiqah, Syaheerah, Huda.Watak Lain :
1. Puan Hidayah.
2. Cikgu Nur Syuhada.
3. Ustaz Suffian.
4. Cikgu Amirul.
5. Tuan Khairil.
6. Puan Arina.Selamat Membaca!

ANDA SEDANG MEMBACA
Hantu Bilik Guru Disiplin!
ParanormalneSeorang guru disiplin telahpun mati pada 2 tahun lalu! Namun, sekolah terasa dihantui.. Dalam tempoh itu juga bilik disiplin terpaksa dipindahkan kerana sesiapa sahaja yang memasuki bilik guru disiplin itu pasti akan mengalami gangguan! Maka, setela...