:2

34 2 2
                                    

TIGA MINGGU LEPAS...

Aku berjalan dengan kadar yang agak laju.Tangan aku penuh dengan makanan dan minuman yang aku beli dari koperasi.Ni Khaira punya pasal.Habis orang cop aku makan banyak.

Sekali-sekala aku jeling jam pada tangan kanan.Bulat mata memandang,berat lagi tangan memikul.5 minit lagi! aduh,jauh pulak kelas aku.Biasanya tak rasa jauh camni.Aku bukan apa,malaslah hari ni nak speaking arabic. Kalau masuk lewat sure kena mintak izin lepastu bagitahu sebab.Malulah, nahu ke mana,vocab takda.Sebab tu aku nak masuk awal.Kelas BA beb.

Alhamdulillah,aku selamat sampai dalam kelas tanpa perlu bersusah belek kamus di hari bahagia ini.Aku letakkan makanan di atas meja.Dah ke mana pulak makcik Kedah ni?

Aku tanya kawan semeja aku,Maisarah yang suaranya indah membaca bait-bait Al-Quran.Dia sibuk menghafal surah-surah tertentu.Syukur,ada kawan macam ni.

"Mai,ada nampak Khai tak?"

"Khai? takda pulak.Aku tak perasan sowiy-sowiy .Terlebih fokus.Hehe.Kenapa dengan Khai?"

Maisarah menutup kitab dan fokus berbual dengan aku.Aku teguk susu Goodday Green Tea membelakanginya.Dia puasa sunat hari ni.

"Takdelah.Khai kata dia sakit perut, period pain so dia suh aku pi beli makanan kat Koop.Last-last dia menghilang.Aih"

"Tandas kot. Haah, Ustazah Raihana suruh hantar modul BA hari ni. Ustazah suruh kumpul kat Rois. Ustazah tak datang hari ni"

Aku menghela nafas lega. Karangan pasal lawatan ke Kuala Lumpur aku tak habis hafal lagi.Ustazah tak mai, tak kena tasmik .Aku mengeluarkan modul BA bewarna hijau dan menyuruh Izzah, Roisah selaku perantaraan.Aku tak suka dan kalau boleh tak nak bercakap dengan lelaki. Sifat malu yang dianugerahi Allah kepada muslimah memang menjadi benteng untuk aku bergaul dengan lelaki secara berlebihan. Sekadar berbincang atau bekerjasama atas dasar keperluan dan pembelajaran. That's all.

Dengan Bismillah,aku gigit roti krim yang aku beli sambil mata melilau ke luar kelas mencari kelibat Khaira.Mana Khaira ni? lamanya ke tandas.

Sekali sekala aku teguk susu untuk membasahkan tekak.Lepas 15 minit aku tunggu,nampaklah satu kelibat.Bukan khaira,tapi satu susuk muslimin melintasi kelas aku diiringi seorang lelaki awal 40-an dan Cikgu Noriah,Guru Tingkatan 4. Yang menarik perhatian aku bukan lelaki tu tapi beberapa muslimat lebih kurang 6 orang gitu berjalan mengikut rombongan Cikgu Noriah.Lagi menarik,Khaira adalah antara salah sorang ahlinya.

Aku apa lagi,angkat badan dan ikut je makcik tu.Amboi ni ye kerja kau.Kau suruh aku beli makanan siap rengek bagai kau pergi menstalking anak teruna orang ye.Nak kena tazkirah ni.

Aku ikut kumpulan tu tapi takdelah terlalu obvious dan dekat.Sampailah kat satu kelas,4 Muslim.Kumpulan ni berhenti, aku pun berhenti.Aku perhatikan lelaki tu memasuki kelas bila cikgu dan pakcik tadi hantar dia masuk kelas.Tak lama kemudian,kumpulan ni bergerak ke arah tingkap kelas dan mula menjalankan aktiviti 'perisikan'.

"Uish,lawa bak hang muka dia. Ada iras Korea gitu.Macam Bang Jimin akulah"

"Kan.Dahlah putih,bersih je muka.Pastu kurus,tinggi. Ideal type lah!"

"Omg, aku dengar dia dari Kisas,13 A tau PT3.Lagi best orang kata dia hafiz.Allahu,ni bukan setakat boleh buat crush,husband terus pun takpa"

"Ye ke? uish. Crush baru ni"

"Korang tengok apa ni?"

Aku ikut sekali menghendap untuk mendengar perbualan mereka.Haih,apa nak jadi.Muslimat mengintai muslimin.Malu woi. Lagi-lagi kalau muslimin tau.Jatuh air muka.

Saranghaeyo, My Guider!Where stories live. Discover now