:5

33 1 0
                                    

"How's today? great?",soal abangku tanpa berpaling ke belakang. Dia tekun memandu, tetapi masih mahu memulakan perbualan. Mungkin dia rasa pelik aku yang biasa bercakap dulu tapi hari ni senyap je.

Come on,bang. Like you don't know me. It's obvious.

"Hmm",jawab aku tak acuh. Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap yang mula dibasahi hujan rintik-rintik. Anak mataku mengikut titisan air yang mengalir turun.Satu demi satu. Hujan ni lagi menarik dari lagu yang berkumandang di radio.

"What's that 'hurm'? Is it that bad?"

"Hurm",aku masih berdiam diri. Mood aku berbaur kecewa dan dan penat. Mungkin sebab aku terlalu memikirkan perihal macam mana aku nak bagitau kat umi dan abah dan abang yang aku telah di'defeat'kan oleh seorang lelaki.

Aku menyambung melihat ke luar tingkap. Atmosfera di dalam kereta hanya dipenuhi udara sejuk dari penyaman ,oksigen dan karbon dioksida dari manusia.Tiada sebarang bentuk perbualan. Radio cuba memenuhi atmosfera yang terasa hambar dan sejuk.

Aku perasan haluan abang berbeza.Ni bukan jalan nak ke rumah. Setelah beberapa selekoh, tahulah destinasi kami ke mana. Senyuman mula terukir di bibir aku. Camnilah abang aku. Dia keluar dari kereta usai memarkirkan kereta kesayangannya.

"My princess", ujarnya ketika dia membuka pintu untuk aku. Aku cuba untuk menyorokkan senyuman aku. Aku keluar dan terus masuk ke kedai meninggalkannya.

Mataku mengukir senyuman sama seperti bibirku,cuma lebih kecil. Pandangan aku teruja dan bersinar melihat mesin-mesin dispenser froyo dan bekas-bekas berisi toppings kegemaran aku berbaris. Hiasan bewarna-warni lagi ceria menambahkan lagi keterujaan aku.

Ahhh, my favorite place.

Aku hanya berdiri di pintu menanti abang masuk.Aku silangkan tangan dan pusing ke arah berlawanan. Perempuan tak boleh tunjuk sangat perempuan ni mudah sangat kena pujuk.

"Amiklah Ika nak makan apa sebanyak mana pun, It's on me"

"Tetiba je bawak orang pergi sini. Kalau orang nak pergi dia taknak bawak",balas aku, dalam nada merajuk. Nak tengok jugak effort abang aku ni dalam memujuk perempuan.Walaupun aku dah tak sabar nak sambar cup froyo.

"Fine.I admit. I made mistake. Tapi, bukan sengaja. Abang lewat pun sebab abang solat asar dulu kat hospital.Then, I have a small talk dengan Doktor Senior. Lagipun, lewat 15 minit je. Abang nampak ramai lagi budak dalam sekolah"

"Okay",aku jawab sepatah. Kemudian, tangan aku terus ambil cup bewarna biru muda. The biggest muahahaha. Tangan aku bergerak dari satu diapenser ke satu lagi. Setelah ulang-alik selama 10 minit, aku pilih beberapa perisa yogurt beku versi krim.

Cheesecake, royal red velvet, birthday cake, cookies and cream, strawberry field, vanilla bean and brownie flavour antara perisa yang aku pilih. Aku beralih ke seksyen pemilihan hiasan. Aku amik serba sedikit topping dari semua bekas. Dap ermm. Ada gummy bear, jelly bean, marshmellow, oreo hancur, dan hirisan buah segar.

"Hamboi ko adik. Mentang-mentang aku belanja, ko gelojoh ea", abang aku menegur aku ketika tangan aku mencedok hirisan buah untuk kali ke 5. Aku pandang bekas. Alah,kecoh lah abang ni. Baru Gunung Kinabalu. Aku jeling abang aku.

Abang heret tangan aku ke kaunter, menghentikan niat aku untuk amik satu bekas lagi. Takpe, at least aku punya lagi banyak.

Selesai pembayaran,kami duduk di satu meja di satu sudut sebelah tingkap. Hari hujan dan suasana dingin menjadi sebab hanya aku dan abang sebagai pelanggan. Kitorang kan adik-beradik pelik.

Saranghaeyo, My Guider!Where stories live. Discover now