:7

32 1 0
                                    

"Petang nanti call abang takut abang lupa nak ambik Ika. Pengarah sudden buat mesyuarat mingguan"

"Tak payah amik pun takpe. Ika balik jalan sendiri"

Aku tarik tangan abang untuk bersalam dan terus keluar dari kereta. Tak nak berbasa-basi dengan abang. Aku masih tak bersetuju dengan janji abang yang satu tu.

"Haih tak habis lagi tarik muka dia",Firash menggeleng melihat muka masam adik perempuannya yang sorang.

Aku kerling jam. Awal lagi, belum pukul 7. Hari ni aku bertugas kawal pagar dengan Hafiz, seorang lagi pengawas disiplin yang bertugas. Aku amik keputusan untuk berada di kantin, buat revisi sebelum belajar lagi-lagi untuk subjek rumit macam Biologi. Susah beb.

Fokus aku tidak terarah kepada buku di tangan,tetapi terarah pada seorang pelajar lelaki yang sedang menolong senior Tingkatan 5 menurunkan bendera Malaysia dari tiang. Mataku cuba menahan dari berkelip ditiup bayu pagi yang sejuk.

Amirul Mukhlis. Satu jejaka,nama tidak asing lagi di sekolah. Atlet memanah, pengawas asrama yang berwibawa, malah Amir Tingkatan 4. Keperibadian disegani guru-guru. Walaupun belatarbelakangkan keluarga miskin.

Hati perempuan aku kadang kala terusik dengan sikapnya yang sangat menghormati perempuan jauh sekali menyakiti. Sentiasa menundukkan pandangan dan menjaga pergaulan. Walaupun aku cuba jaga hati aku dari jatuh pada mana-mana lelaki, nama dia dah bertapak di hati.

"Ha! tengok siapa tu!"

Aku disergah dari belakang sehingga pen yang aku pegang tercampak ke lantai. Jelingan aku hanya mengundang ketawa dari Makcik Khaira. Dia ambil tempat di hadapan aku, menutup pemandangan aku ke arah dataran perhimpunan.

"Pandai pulak kau bangun awal harini", tanya aku memandangkan Khaira always bagi alasan bila datang sekolah lewat jam 7.30 pagi, tak terkejut tidur. Hari ni dia sampai sebelum pukul 7. New record!

"Khairul demam semalam, dia menangis tak henti-henti macam mana aku nak tidur",jawabnya seraya mengeluarkan tafsir Al-quran berwarna merah. Beberapa buku yang berkaitan dengan subjek Biologi turut dikeluarkan bersama kotak pensel sebagai persediaan sebab selepas perhimpunan kelas kami belajar subjek Biologi di makmal.

Bunyi tali yang bergesel dengan tiang sekali lagi memanggil mata aku untuk melihat dia. Aku tertarik dengan cara dia menyediakan pentas untuk perhimpunan pagi.

Aku bergilir angkat kepala dan melihat buku Biologi. Bila Khaira pandang ke lain, aku cuba mengintai dari sisi.

"Kau pandang siapa,Fatrah?"

Aku tersentak dan terus membaca buku dengan tekun.Aduh, kantoi! mana aku nak sorok muka ni dengan Khaira! kalau dia syak aku ada crush dengan si Amirul, jatuh muka aku. Lagi-lagi kalau makcik kepoh ni habaq kat Laila dan Ainnur. Susah aku.

Khaira berpusing ke belakang dan merapati aku yang mata melekat di buku. Janganlah dia perasan Amirul kat situ.

"Kau tengok Amirul ea? aku dah agak kau syok kat dia!"

"Apebende kau mengarut ni. Aku tengah baca bukulah",aku angkat buku untuk menutupi wajah yang sudah basah dengan peluh gementar. Cuba menidakkan setidak yang mungkin.

"Fat, aku tahulah. Kau tengok dia dari tadi. Duk intai-intai. Haish mengaku jelah. Lagipun hati perempuan mana tak terusik dengan jejaka seindah Amirul Mukhriz. Even lion's heart sekalipun."

Aku hanya menyepi. Betul sekali kata-kata Khaira. Amirul Mukhlis bukan calang-calang pelajar. Belum Tingkatan 5, namanya sudah berada dalam senarai pendek calon Majlis Perwakilan Pelajar. Paling kurang, calon Majlis Tertinggi. Siapa tak suka?

Saranghaeyo, My Guider!Where stories live. Discover now