:6

24 1 0
                                    

BUKK!

Kereta yang dipandu laju abang tiba-tiba berhenti menyembamkan aku ke depan. Telefon abang yang aku pegang dah tercampak ke mana.Aku menggosok dahi yang tersengguk pada dashboard kereta. Aduh,sakitnya. Sakit-sakit dahi, sakit lagi di hati.

"Abang! kenapa abang berhenti mengejut ni?!",suara aku naik beberapa oktaf. Muka abang seperti dalam kekeliruan sambil silih berganti pandang aku dan belakang. Kereta kami betul-betul di tengah jalan.

"Abang rasa, jalan kat depan tu dorang tengah baiki. Kita kena pusing ni",beritahunya sambil tangannya memusingkan stereng kereta perlahan-lahan.

Aku meraup wajah. Kenapa bang, kenapa? " Abang, kalau ye pun. Janganlah berhenti mengejut camtu. Eee! nasib baik tak biru dahi Ika ni",aku mendekatkan dahi aku kepadanya, menunjukkan dahi aku yang comel molek ni hampir lebam gara-gara dia. Tapi, tangan abang menolak lembut dahi aku ke belakang.

Aku membetulkan kedudukan dan memulakan pencarian telefon abang terbang macam Superman ketika abang menekan brek mengejut. Mulut aku cuba membaca apa yang patut supaya aku jumpa balik telefon abang. Terpaksa jugak aku menyorok ke bawah lagi.

"Ika, siapa dapat tempat pertama kali ni?"

Soalan abang mengundang jelingan dari aku. Tiba-tiba aku rasa panas mengingatkan gerangan pelajar yang makin meningkat namanya dalam sekolah dan mula disebut-sebut dalam kalangan warga tanpa mengira umur dan jawatan. Walaupun baru sahaja sebulan dia jadi warga sekolah aku.

"Abang tak perlu tahu, tak kenal pon.Budak baru",aku jawab nak tak nak. Kenapa ramai sangat nak tahu pasal dia? Apa yang spesial sangat?

"Lah, bukan Ana ke? Amran pun kalah?"

"Haah. Tah budak mana tiba-tiba masuk sekolah tup tup dapat first place."

" Power brain dia.Nama apa budak tu? mana tahu abang kenal ke. Boleh abang cengeng-cengeng dengan Ika."

"Cengeng? pffft Hahahhahah. Canang lah bang",aku yang duduk kat bawah tu tergelak tanpa henti. Abang cebik tanda kurang setuju dengan reaksi aku.

"Dun werry bang. His name is too rare. Ika rasa abang takkan kenal kot. Apa tu nama dia? Kayak? ha! Hidayat! ganjil gila nama. Macam-"

BUKKK!

Sekali lagi abang ambil keputusan untuk berhenti mengejut.

"ABANG!!!!"

*-*

Aku buka pintu perlahan-lahan. Abang dah kena balik hospital. Giliran abang untuk night-shift . Tinggalah aku sorang-sorang hadap Ummi tersayang. Huhu. Aku harap Ummi dah makan malam. Kalau tak aku yang jadi santapan!

"Awalnya Ika balik hari ni? pergi mana?",serentak bunyi 'klik' pintu ditutup, satu soalan dilontar dari belakang. Bahuku terjongket ke depan tanda tersentak. Aku tayang muka '20 sen' kat Ummi yang dah macam Detective Conan.

"Ermm.. Abang bawak Ika pergi makan tadi. Bukan Ika yang nak! Abang yang bawak!",aku cuba pertahankan diri dan menyalahkan abang yang sememangnya bawak aku pergi kedai. Even aku yang merajuk, still abang yang bawak bukan aku yang mintak hehe.

Aku memeluk lengan Ummi yang bersilang memeluk tubuh. "Ummi, Ika laparlah. Ummi masak apa?"

"Lah.Tadi kata pergi makan. Kenapa nak makan Ummi masak pulak?", nada Ummi yang awalnya tadi menyoal berubah kepada nada merajuk. Emak borek anak rintik. Hati tisu, mudah sangat terajuk dan tersentuh.

"Alaaa. Ika tak puas hatilah makan kat kedai. Tak best. Best  lagi makan Ummi masak. Terbaik! ala-ala Michelin!", aku try pujuk Ummi dengan pujian dan pujuk rayu. Serta-merta satu senyuman terukir di bibir Ummi.

"Ha yelah jom makan. Kesian pulak Ummi tengok Ika ni.",Ummi memegang pipi aku, tanda umpan pujukan aku mengena kali ni. Kami berjalan beriringan ke dapur, dengan tangan aku memeluk lengan Ratu hatiku.

"Ummi masak apa hari ni?"

"Asam pedas dengan Ikan goreng je"

"Je? sedap tu Ummi!"

*-*

Aku suap beberapa biji popcorn berperisa Kimchi dan Butter Caramel  sambil menonton ulangan Korean drama, Scarlet Heart, salah satu drama favorita aku. Sekali-sekala aku kerling jam. Dah pukul 10. Mata aku semakin layu, mulut pun tak habis-habis  terbuka tertutup.

Aku tonton tanpa reaksi.Yelah, kita dah tengok, dah tahu apa yang akan berlaku dekat scene ini, scene itu. Cuma, aku pelik. Bila sampai satu babak, tiba-tiba semuanya gelap. Aku bukak tutup mata. Awat gelap ni?

Satu sumber haba tiba-tiba melekat pada mata aku. Tahulah aku siapa gerangannya. Tangan aku  bersedia untuk memukul tangan pada mata aku. Haraplah hayunan aku mengena.

"Aduh!"

Sila teka siapa yang menjerit.

"Sampai hati Ika pukul abang! Abang makan soranglah kepci ni."

Ketawa aku terhenti di saat aku dengar perkataan 'kepci'. Mata aku terbuka luas bila aku lihat bungkusan di tangan abang. Kotak bewarna merah dan putih,  dengan semerbak bau ayam goreng memenuhi ruang keluarga.

"Kepci!",aku berlari untuk mendapatkan ayam goreng di tangan abang. Lantaklah pukul 10 ke diet hancuq. Janji boleh makan ayam!

Perjalanan hidup tak begitu mudah. Seperti mana perjalanan aku untuk menikmati ayam goreng.  Abang julang kotak makanan ke langit siling, memang aku takkan dapat capai punya. Dahlah abang aku tinggi. Terpaksalah aku melompat-lompat dan menjengket dengan sedaya upaya aku.

"Apa ni bang? bagilah Ika makan"

"Welk! tak boleh. Siapa suruh pukul abang lagi. Ini semua...Abang yang punya!",abang aku menghayunkan kotak di hadapan aku yang sudah cemberut mukanya.

"Alaaa abang. Janganlah. Okay-okay, Ika mintak maaf. Ika janji takkan buat lagi. Ika nak sikit je. 3 ketul je. Pleaseeee",aku merayu dengan kedua-dua tangan beserta reaksi penuh kecomelan macam miau miau mintak makanan.

"Hurm. No.Your acting is too bad.Try again"

"Okay! I will do everything that you want me to do.Ika basuh baju abang, lipat kain, kemas meja ha! basuh kereta pun Ika boleh buat. Nak ayam"

"Okay then. Take this, yours"

"All?! Mine?!", aku terkejut dengan perbuatan mengejut abang yang tiba-tiba je bagi aku ayam. Bukan satu ketul, tapi satu bucket of fried chicken! what a heaven!

Aku apa lagi, terus melompat ke sofa, aku tolak bekas popcorn  ketepi untuk memberi ruang kepada ayam goreng. Maaf, anda terpaksa dianaktirikan. Satu gigitan ayam goreng sudah cukup menyelerakan.

Abang melonggarkan tali leher dan ambil tempat di sofa sebelahku. Rasa penat dan lelah terpancar di wajah abang aku. Lain macam ni, jarang dia duduk atas sofa. Aku buat andaian dia nak tengok TV je kot.

"Tya, boleh tak abang nak mintak sesuatu?"

Kan aku dah kata. Dia ada agenda. Sebab jarang  aku tengok AKA tak pernah lagi nampak doktor muda ni tengok TV. Sungguh.

"Apa dia? selagi Ika boleh tolong, InshaAllah Ika tolong"

"Ika boleh tolong pertemukan abang dengan...

Hidayat?"

"Ha?!"

Tbc..

Autheur's note:
Thanks for spending ur precoous time here, reading this story. For new readers, ahlan wasahlan bikum!

Saranghaeyo, My Guider!Where stories live. Discover now