:8

20 2 0
                                    

"Cikgu dah tanya cikgu Biologi awak. Markah subjek sains awak berdua memang Top. So that's why I choose both of you"

Both? bukan aku sorang?

"Ini suratnya, cikgu. Maaf saya terlambat. Saya kena tahan dengan dengan cikgu lain tadi",ujarnya sambil tayang muka tak bersalah. Tangannya menggosok leher. Dia hulurkan kertas kepada cikgu Aida.

"Takpe, terima kasih Hidayat"

Aku pandang dia menyampah.Apa dia buat kat sini?

"Fatrah, ni ahli group awak. Hidayat, dia ahli kumpulan awak. Pertandingan ni nak 3 orang satu kumpulan so cikgu bagi awak kebenaran untuk rekrut sorang lagi, cikgu tak kisah lelaki atau perempuan asalkan dia cukup syarat. Markah subjek-subjek sains tinggi, pandai bercakap dan ada ciri-ciri kepimpinan.", jawab Cikgu Aida selaku guru pembimbing untuk pertandingan ini. Tangannya sesekali membelek surat dan helaian dokumen penting mengenai pertandingan ini.

Rahang aku separuh ternganga. Aku dengan Hidayat? parang dengan kapak? kucing dengan anjing? TIDAKK!!!

"Fatrah, Fatrah"

Aku mula tersedar dari khayalan apabila nama aku dipanggil. Hafiz di hujung pagar melambai-lambai ke arahku. Jauh jugak aku termenung.

"Jomlah masuk kelas. Rasa-rasa perhimpunan dah habis",Hafiz yang bertugas jaga pagar hari ni dengan aku sesekali mengintai dari jauh sesekali melihat jam. Aku pun kerling jam. Perhimpunan dah habis ni.

Aku bergerak ke kantin untuk mengambil beg. Sekali lagi aku nampak satu susuk tubuh di balik tiang. Apa dia nak lagi?

Hidayat mendekati selepas menyedari kehadiran aku.

"Ni, Cikgu Aida bagi suruh isi. Esok cikgu nak. Awak hantar kat saya pastu-"

"Tak payah. Aku hantar sendiri", kertas di tangannya aku biarkan sepi seketika sebelum menariknya agak kasar sehingga dia tersentak sedikit.

Aku cepat-cepat kemaskan beg. Tak mahu berlama-lama di situ. Panas.

Dan dia masih belum berganjak.

"Kau nak apa lagi?"

"Cikgu suruh kita bawak yang sorang lagi tu esok",ujarnya, kekok dan agak tersekat. Esok? how can?

"Bila cikgu bagitahu?"

"Tadi, lepas awak keluar. Sebab tarikh tutup daftar dah lusa"

Aku keluh , bahu terasa berat. Satu demi satu datang. Sekali datang bawak beban berpikul-pikul.

"Haish, tengoklah. Kau bawak calon kau aku bawak calon aku. Esok, cikgu tentukan. Deal?"

Supaya fikiran aku tidak terbeban, aku ambil keputusan bahagikan tugas.

"Anyone? not specific?", anehnya, wajahnya berubah ceria, seperti mendapat khabar gembira.

"Yeah, yeah anyone in terms. You bring yours, I bring mine", aku jawab acuh tak acuh lagi malas melayan.

"I'll bring my best! jumpa awak esok!"

Aku melihat bayangnya menghilang. Alhamdulillah, dia dah pergi. He's the weirdest person ever. Telling truth.

Aku melihat jam. Alah! dah lewat!

*-*

"So,that's all from me. Thank you"

"Thank you, Sir Rahim"

Pelajar lelaki beratur di luar kelas untuk bersalam manakala pelajar perempuan duduk selepas membaca doa penutup setiap kali kelas berakhir. Sebaliknya akan berlaku jika yang mengajarnya ialah guru perempuan.

Saranghaeyo, My Guider!Where stories live. Discover now