:3

25 2 0
                                    

Sebaik sahaja aku menjengukkan kepala ke dalam kelas, satu lembaga putih menghampiri aku.

"Aaaaa!"

Aku terkejut dan menjerit sebelum hilang imbangan menyebabkan aku terjatuh terjelopok ke tanah.

"Aduh! patah pinggan aku!",aku menggosok pinggul.Rasanya tadi ada bunyi retak.Balik kena buat X-ray ni.

Eh lupa pulak pasal hantu tadi.

"Aw-awak okay?"

Satu suara memaksa aku mengangkat kepala ke atas.Satu sinaran menyilaukan mata aku datang dari suara itu.Sehinggakan aku terpaksa gosok mata dua tiga kali sebelum dapat mengecam.

"Manusia?",tanpa sedar pertanyaan itu terkerluar dari mulut aku.

"Hurm, saya rasa? eh, aha saya memanglah manusia.Kenapa? awak nampak benda lain ke?",ujarnya tiba-tiba berbisik perlahan dan melihat ke kiri ke kanan.

"Awak okay tak?",dia duduk mencangkung di hadapan aku.Kenapa..Aku rasa dipukau? macam Subhanallah, cantiknya ciptaan Dia yang satu ni.Aku menilik sebentar muka dia yang bagi aku terasa sempurna. Bentuk muka,mata,hidung,mulut semua cantik.Bila dia buat muka blur lagilah aku...

Astarfirullah,Fatrah! apa kau buat ni.Sempat lagi kau tilik muka orang eh jap.Betulkah ini manusia? atau yang menyerupai manusia? takkan manusia handsome macam ni.Ni mesti 'benda' lain.Patutlah aku macam kena jampi.

"Lari! jangan dekat dengan aku!  sebelum aku baca Surah Jin baik kau lari.Nyah kau dari sini!",aku halau makhluk berupa indah ni dari pandangan aku.Sampai sekarang aku tak boleh bangun lagi.Sakit teruk pinggang aku ni.

Dia yang duduk mencangkung mendekatkan diri dari aku lagi.Aku mengesot ke belakang.Dah kenapa pulak makhluk ni? dia nak makan aku ke? alaaa taknak jadi pontianak ke zombie.Aku nak jadi manusia walaupun kadang-kadang jadi maid dan baby sitter,aku tak kesah.Aku nak jadi manusia jugak.

"Aku suruh pergi! bukan makin dekat! akk-aku tak sedap nak kena makan! aku kurus lah! lari!",makin jauh aku lap lantai.Dia bangun dan berjalan normal.

"Awak.Muka saya ni, ada rupa hantu ke?", Jari telunjuknya dihalakan ke arah wajahnya.

"Ada! mana ada manusia muka handsome macam kau.Sah! kau bukan manusia. Ustaz pun ada kata yang ponteng solat either syaitan yang dilaknat atau bukan manusia.Ha! nak kata kau yang satu lagi,muka suci sangat."

Weh,dia gelak lah.Mesti nanti dia menggilai.Pastu dia mesti nak cekik aku.Tamatlah riwayat Fatrah Zulaikha.Huhu Ummi!!! Ika nak balik!

"Mengarutlah awak ni.Haih saya duduk dalam kelas sebab saya terlelap tadi.Qailulah lewat sangat,tu yang tak terkejut tadi.Ha satu lagi,saya budak baru. Tak buat kawan lagi.Takda yang nak kejutkan saya.Bila bangun, kelas dah kosong.Saya pun tak tahu nak pergi mana jadi saya stay",jelasnya panjang.Boleh percaya ke ni?

"Buktikan",aku menyandar pada dinding balkoni dengan tangah mengacah tumbukan.Sebagai persediaan.Walaupun aku rasa apa yang aku buat ni kurang rasional. Adakah aku berhalusinasi?

"Hit me,here",dia menunjukkan pipinya ke arahku sebagai arahan untuk memukulnya.Tapi kan,dia lelaki,bukan mahram. Big No No! Tapi kan,kalau dia bukan manusia mesti kita tumbuk tak kena. Tumbuk hantu takpe kan?

"Mana boleh! kau lelaki aku perempuan.Bukan mahram,haram do"

"See? awak admit jugak saya manusia."

Aku terkelu.Haahlah, nampaknya memang dia manusia.

"Fine.Aku mintak maaf,sebab salah anggap kau hantu ke pape.Lain kali jangan duduk dalam kelas. Hari ni aku lepaskan, so aku tak ambik nama. Dah pi surau,solat zohor berjemaah.Pukul 1.50 mesti dah masuk kelas.Ingat!",panjang aku mintak maaf bercampur larangan dan nasihat.Budak baru,kita bagi peluang dulu.

Saranghaeyo, My Guider!Where stories live. Discover now