:9

27 2 3
                                    

"Kau jadikan nak stay rumah aku?"

Perbuatan aku menyapu lantai kelas terhenti dengan pertanyaan Khaira yang setia menolong memegang penyodok sampah. Muka aku berubah cuak dan senyuman minta kesian ditunjukkan.

"Aku lupa nak bawak bajulah. Stay sampai petang kot, pastu aku balik kejap ambil baju.",cadangku yang dirasakan terbaik. Fikiran Fatrah Zulaikha sejak dua menjak ni susah sikit nak mengingat, mudah melupakan. Lagi-lagi dengan 'gangguan Amirul' yang aku tak cite kat orang lain menambahkan beban di kepala.
......

"Assalamualaikum!"

Aku tepuk bahu Khaira. Haih budak ni. Bagi salam punyalah kuat macamlah dalam rumah tu ada orang. Khaira hanya tersengih dan mengeluarkan kunci rumahnya untuk membuka pintu rumah banglo milik keluarganya. Ainnur yang kepenatan dari berjalan kaki sudah terduduk di hadapan pintu. Biasalah, anak tunggal. Susah nak merasa susah.

"Ha, jemput masuk. Jangan buat macam rumah sendiri. Tuan dia ada lagi"

Kami memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah dengan kaki kanan. Khaira meletakkan begnya di ruang keluarga dan meminta kami duduk dahulu melepaskan penat. Suis kipas dibuka, tudung kami tanggalkan. Nikmaaaatt..

"Kau kata rumah kau dekat je. Bukan main jauh rupanya! Habis lenguh keting aku!"

Ainnur yang terbaring di atas karpet gebu menghentakkan kakinya tanda protes. Ini kali pertama dia datang ke rumah Khaira. Lainlah macam aku, dah biasa. Rumah Khaira dah macam rumah aku pun ada. Keluarga dia dah biasa tengok muka aku yang lawa ni.

Aku meninggalkan Ainnur di ruang tamu dan membututi Khaira ke dapur. Aku hanya menggeleng perlahan melihat Khaira memanjat di atas sinki dek kerana ketinggiannya yang tak berapa menjadi untuk menyelongkar kabinet dapurnya. Khaira menutup kabinet dan terserlahlah wajahnya yang tak puas hati.

"Ada tak maggi?", Tanya aku seraya melabuhkan punggung di kerusi meja makan.

"Takdelah weh. Apa pun takda. Mama aku lupa nak beli lagilah tu. Dua-dua sibuk, aku rasa dah 2 bulan kitorang tak beli barang dapur", suara Khaira kedengaran menghampakan. Kesian Khaira.

Aku menepuk bahunya lembut,"Pizza jom?"

Dia hanya tersenyum kecil, mungkin kerana rasa malu serta bersalah dan mengangguk. Dia kemudian mencapai gagang telefon rumah dan mula mendail nombor.

Macam aku tak tahu, sibuknya parents Khaira. Bertugas di luar negeri, outstation sana sini. Tak lekat duduk rumah. Kebiasaannya, Khaira dan adiknya, Khairul sudah masuk tidur sebelum ibu bapa mereka pulang. Hanya pembantu rumah merangkap pengasuh mereka, Cik Lin yang menemani.

Sekali sebulan, Cik Lin akan pulang ke Parit Buntar, Perak. Orang tuanya masih ada. Perjalanan yang jauh untuk pulang dari Perak menyebabkan Khaira dan adiknya keseorangan di rumah jadi aku dan kawan rapat yang lain ambil keputusan untuk bergilir teman dorang di rumah.

Kalini, aku dan Ainnur sepatutnya bermalam di rumah Khaira tapi masalahnya aku sendiri yang lupa bawa baju untuk bermalam. Aku berkira untuk call abang nanti.

Aku menepuk dahi. Eh! Aku kan merajuk dengan abang. Mana boleh minta tolong. Adui, lecehlah kalau nak jalan kaki. Tapi, kalau minta abang datang,mesti dia tanya aku bagitahu tak lagi budak kayak tu. Hurm.

Aku pegang telefon bimbit Khaira kemas-kemas. Aku masih berdolak dalik samada nak telefon abang atau tak. Jari aku hampir tertekan ikon telefon pada skrin apabila Ainnur memanggil aku.

"Fat! Pizza dah sampai!"

Ish, makcik ni. Terkezut aku! Kalah tuan rumah dia ni.

Aku pandang telefon dan letakkan di atas meja. Nantilah call abang. Takpun aku pergi balik sendiri.

Saranghaeyo, My Guider!Where stories live. Discover now