11:

20 2 0
                                    

Aku genggam tangan Khaira buat kali ketiga. Seolah-olah bakal berpisah dengannya selamanya,cewahhh. Macamlah Khaira nak tolak aku terjun bangunan. Padahal, dia hanya tolak aku untuk berhadapan dengan seketul makhluk nasi ayam Hainan ni.

Sorry lah, tapi aku lebih suka meng'ayam'kan manusia bila aku naik angin. Aku berpaling melihat Khaira sekilas di muka pintu bersama Laila.

'You can do it!', Khaira cuba memberi semangat, kononnya. Tersengih bak kerang busuk makcik tu. Seronok ye, kau kenakan aku. Kau tunggu nanti Khaira, tunggu hari kau.

Baik, mari kita ingat balik ilmu apa yang Khaira  turunkan kat aku semalam.

"Firstly, bila kau nak bercakap dengan lelaki ni. Kau tahu kita ada batas yang perlu dijaga. Lagi-lagi untuk manusia yang alergik macam kau.

So, dari segi jarak, kau kena tahu untuk adakan jarak. Panjang mana tu tak perlulah sampai kena ukur, tapi at least orang yang bercakap tu bolehlah dengar apa yang kau nak kasi tahu. Janganlah orang tu duk depan kau, kau duk blok sebelah. Kalau nak anggar, hmm lebih kurang 3 orang muat? Gittew"

Aku ambil selangkah ke hadapan, cuba mensederhanakan jarak. Okay dah kot ni. Dalam semeter jugak jauh dia.

"Second, mata. Kau kena tahu kat mana nak pandang. Kita kena jaga pandangan but at the same time, jangan jadi biadap. Janganlah time orang bercakap, kau pi hadap langit. Lainlah kalau kau speaking dengan cicak tokek.

Bergilir, pandang bawah dan pandang muka dia. Supaya dia tahu, kita mendengar dan dalam masa yang sama kita jaga. Bila kita jaga, dia pun takdanya nak berani tilik muka kita"

Aku angguk. Yang ni macam bagus. Tapi, aku agak terasa. Sememangnya, jika ada yang bercakap dengan aku hatta hanya bertanya, terus aku akan pusing 180 darjah ke ke sisi dan terus berkawad ke depan. Bila fikirkan balik, kira tak beradab jugaklah aku ni. Ish ish.

Aku pandang baju dia. Tak nak aih pandang muka dia. Nanti kena sound lagi. Laila pun ada kata Rayyan punya mood dah masuk tahap pra-menstrual. Jadi, aku kurang berani.

"Third, kita dibenarkan bercakap dengan lelaki hanya kerana ada urusan. Macam kes kau, kau nak kena bagi tugasan kat junior form 2. So, cukup syarat.

Bila nak cakap, suara tu paling penting. Lelaki kan kalau dah dengar suara cam, 'abanggg' yang gedik tu, mula lah merenyang. Penting sangat kita letak border line kat situ dengan suara kita yang kita serius dan takda nak bercanda dinda kanda. Kalau boleh dikeraskan sket.

Aku tak maksudkan 'bro gua punya kari lunyai sama lu kasi cincang sailang da' tapi  bagi nampak profesional dan tegas. Ada pahemm?

Aku tergelak kecil mengingatkan nada suara Khaira, nak- nak part last tu. Lawak benor kawan aku sorang ni.

Baik, ilmu dah cukup. Sokongan dah ada. Tinggal aku buat je. Aku atur ayat dalam kepala. Grammar, checked! Language, checked! Kesusilaan, checked!

Surat di tangan digenggam. Fatrah, kau boleh! Bismillah!

"Aku nak cakap,

kkap, kkap,kkap,kkap, kkap, sawadee",suara aku mula tersekat sebaik sahaja aku pandang muka dia. Segala ilmu yang Khaira ajarkan sudah kenyang ditelan ke perut. Otak aku mula kosong.

Kenapa tak boleh cakap ni?!

'Weh! Problem! Line putus!'
Aku kuis ke belakang pada Khaira, memberi isyarat kecemasan.

'Hantar bantuan sokongan, please! Jangan tinggal aku camni'

Khaira mengeluh lemah dan menepuk dahi. Anak muridnya gagal ujian pertama. Kesiankan Fatrah, Khaira melangkah ke sebelah. Banyak mata sudah melihat mereka, dan pengaruh Fatrah perlu dijaga. Surat di tangan Fatrah dirampas.

Saranghaeyo, My Guider!Where stories live. Discover now