Part 3

4.4K 106 2
                                    

MUNGKIN faham kata-kata terakhir aku tadi, bila aku keluar bilik air saja, dia dah tak ada dalam bilik tersebut. Entah ke mana perginya, tak kuasa aku nak mengkaji.

Lepas solat isyak, aku terus baringkan tubuh ke katil dan pejam mata. Harapnya dapat tidur lena tanpa gangguan. Badan pun letih, tak berdaya nak fikir pasal dia yang menghilang. Sudahnya aku terlelap terus.

Sedar-sedar, dia kejut aku untuk solat subuh. Dia dah siap bertelekong, nasib baik aku tak buka buah silat sebab sekali tengok, dah rupa hantu pocong.

Aku pandang katil sebelah tempat aku tidur, macam tak ada kesan orang tidur di situ. Bantal pun terletak elok, tak berkedut langsung. Dia tidur di mana malam tadi?

"Subuh dah nak habis." Tiba-tiba aku dengar suara dia menegur. Dia sudah melipat sejadah dan menanggalkan marhana, bermaksud sudah selesai solat.

Rambutnya tak panjang dan tak pendek, sekadar melepasi bahu. Tapi, potongannya nampa cantik dan sesuai dengan bentuk wajahnya bujur sireh.

"Kenapa solat tak tunggu aku?" Terlepas soalan tersebut dari bibir aku tanpa sedar. Itulah, leka sangat memerhati wajah dia yang tenang dan suci murni tu.

Dan tangannya yang baru mahu mengenakan tudung ke kepala terhenti pergerakan. Dia pandang aku tepat.

"Saya ingat awak tak...."

"Walaupun aku tak suka kau, aku masih boleh jadi imam untuk solat." Terus terang tanpa tapisan aku memintas bicaranya.

"Imam kat masjid tu pun, tak ada syarat yang dia perlu sukakan semua makmum baru dia boleh jadi imam." Aku sambung tazkirah pagi apabila dia hanya terlopong pandang ke arahku. Agaknya sedang pelik dengan pendirianku.

Dan kemudian aku bergerak turun dari katil menuju ke bilik air.

"Kau jangan ke mana-mana. Lepas solat aku nak cakap sikit." Aku beri ayat nada arahan mandatori yang dia tak boleh kata tidak ketika lalu melepasi tubuhnya yang kaku berdiri tak bergerak.

Bagai faham arahan yang tak boleh diingkari, bila aku keluar bilik air, aku nampak dia duduk tegak di birai katil.

Sehingga aku selesai solat dan berdoa, dia masih duduk di situ tak berganjak. Macam patung pun ada aku tengok.

Aku ajak dia pergi ke balkoni. Bilik dia ni agak besar juga siap ada balkoni dan kerusi untuk santai-santai kat situ. Yerlah, dia sorang saja cucu yang tinggal dengan Nek Yong. Walau anak pada anak angkat Nek Yong, Hanna ni aku tengok antara cucu yang paling Nek Yong sayang berbanding cucu lain. Aku sendiri pun Nek Yong tak sayang macam dia.

Dia duduk bila aku bagi isyarat tangan suruh duduk.

"Aku nak cakap sikit." Intro dengan suara senada aku berikan sambil punggung aku labuhkan duduk di depannya.

"Kau ingat tak aku pernah cakap dengan kau yang aku dah ada pilihan sendiri masa aku suruh kau bantah rancangan mama dan Nek Yong hari tu?" Soalan aku ajukan padanya.

Dia yang sedang menunduk terus mendongak memandang ke arahku dan kemudian dia mengangguk sebelum kembali menunduk.

"Aku memang tak setuju dengan perkahwinan kita ni tapi aku tak diberi pilihan oleh mama." Nafas panjang aku hela.

Sebenarnya, aku tak tahu dari mana nak mula dan bagaimana nak cakap dengan dia supaya dia faham situasi aku.

"Jadinya sekarang ni, baik aku berterus-terang dengan kau supaya kau faham. Supaya aku tak dipersalahkan atas apa yang bakal berlaku selepas ini."

Mendengar ayatku, Hanna kembali mendongak tetapi tiada suara pun yang keluar dari bibirnya. Air mukanya menjelaskan yang dia sedang menanti bicaraku seterusnya.

"Aku dah ada Mimie. Aku kenal dia lama dan sampai sekarang aku sangat sayangkan dia. Jadinya, aku tak tahu macam mana nak hadap kau setiap hari sedang kan dalam hati aku ada orang lain." Aku geleng kepala beberapa kali.

Memang aku tahu ayat aku itu ayat sentap. Ayat yang pastinya sangat menghiris hati Hanna. Aku tahu tak ada seorang isteri pun akan tersenyum suka bila suami yang dinikahi mengaku sayangkan perempuan lain di hari pertama bergelar isteri.

Kalau aku sendiri pun, pasti akan meroyan. Tapi peliknya, aku lihat Hanna tenang-tenang saja. Jadinya, aku terpanggil lagi untuk terus menyakiti hatinya.

"Suatu hari nanti, aku akan kahwin juga dengan Mimie dan untuk sementara waktu ini, aku harap kau faham jika antara kita, akan ada Mimie bersama aku."

Aku nampak dia angguk perlahan, bermakna dia faham apa yang aku katakan.

"Buat sementara waktu ni, kita pura-pura okey depan keluarga. Tapi belakang keluarga, kita bawa haluan masing-masing. Lepas ni, aku akan bawa kau tinggal dengan aku di Cheras." Wajah dia yang tak ada riak itu aku pandang seketika.

Satu sudut dalam hati, aku kasihankan dia. Tapi satu sudut lain, aku jadi tak kisah bila nampak muka dia macam tak kisah pun. Tak nampak pun riak kecewa.

"Kau ada apa nak tanya?"

Diam sejenak, dia geleng kepala.

"Kau faham semuanya?"

Dia angguk lagi. Wajahnya memang menunduk sejak tadi. Nampak gaya seperti tak ingin langsung pandang wajah aku yang kacak ini. Serius aku tak perasan, kalau dari segi rupa paras, perempuan boleh cair hanya dengan melihat aku senyum. Itu pengakuan Mimie sendiri. Dia jatuh cinta dengan aku pandang pertama bila melihat aku senyum.

"Kalau tak ada apa-apa, saya nak turun bawah." Tiba-tiba dia bangkit berdiri, bersedia untuk pergi.

"Sekejap!" Aku menahan. Ada satu lagi yang aku nak katakan.

"Walau kita bawa haluan masing-masing, kau kena tahu yang kau tu isteri. Kau tahu kan apa tanggungjawab sebagai isteri?"

Masih dalam keadaan berdiri, aku nampakk dia seperti berfikir lama.

"Yang saya tahu, kejutkan suami bangun solat subuh bukan tanggungjawab isteri." Sekali dia buka mulut bersuara, betul-betul buat aku terkena.

"Kau sengaja nak kenakan aku kan?" Aku mengertak.

Dan tanpa menjawab soalanku, dia cepat saja berlalu pergi. Kalau ikutkan hati, nak aje aku kejar dia suruh dia mengaku yang dia sengaja nak sakitkan hati aku. Tahu la aku terlajak tidur pagi tadi. Baru sekali kejutkan pun nak berkira!

MEMANG SALAH DIRIKUWhere stories live. Discover now