Part 9

7K 185 40
                                    

MIMIE baru mendarat dan merengek nak jumpa aku untuk lunch bersama.

"Sekejap pun jadilah. I nak juga jumpa you. Rindu."

Bila dia sebut perkataan rindu, automatik aku pun jadi rindu juga. Seminggu kami tak jumpa sebab jadual masing-masing sangat padat. Haruslah rindu.

Tapi masalahnya hari ni aku kena balik rumah waktu lunch sebab ada file yang mengandungi dokumen penting untuk meeting petang nanti tertinggal.

Kerja dengan orang, bukan boleh sesuka hati nak keluar-keluar waktu kerja. Lainlah kalau kerja dengan abah sendiri. Tapi aku ni pula jenis yang tak suka bergantung harap pada keluarga. Suka berdikari sendiri.

Belum sempat aku beri alasan, Mimie sudah beritahu yang dia dah on the way datang ke pejabat aku. Nak tak nak, aku terpaksa juga keluar lunch dengan dia sekejap dan terpaksa angkut dia sekali bawa balik ke rumah.

Aku suruh dia tunggu dalam kereta tapi alih-alih bila aku buka pintu rumah, dia sudah mengekor di belakangku.

"Apa salahnya I masuk. Bukan tak biasa." Dia buat gaya manja. Mimie ni memang jenis manja sejak aku mula kenal dia. Itu salah satu sebab aku jadi cair dengan dia. Lelaki kan sifatnya begitu. Suka yang indah dan lemah lembut, manja dan menggoda.

Masuk ke rumah, aku tercegat sesaat depan pintu bila bertembung pandang dengan Hanna yang sedang menyapu. Di bahunya tersangkut satu tuala goodmorning, mungkin digunakan untuk lap habuk. Dah rupa macam bibik kat rumah mama pula gayanya.

Muka dia macam terkejut nampak aku. Mungkin tak menyangka aku akan balik tengah hari ni.

"Awak nak balik makan ke? Saya belum masak..."

"Aku dah makan." Aku memintas, mematikan bicaranya.

Dia ni memang tak pernah jemu offer aku makan masakannya tapi aku memang tak pernah sentuh. Sudah banyak kali aku pesan, aku beli barang dapur untuk dia masak bagi diri sendiri, jangan pedulikan aku.

Tapi setiap kali aku balik, setiap kali nampak aku dalam rumah ni, makan minum yang dia tanya dulu walau aku tak pernah sudi.

Sebelum bergerak naik ke atas, aku berpaling pada Mimie yang sudah berdiri di sebelahku.

"You tunggu kejap." Pesanku pada Mimie sebelum melangkah memanjat anak tangga. Aku nak kejar masa. Lepas ni nak kena berkejar ke Shah Alam untuk meeting tentang projek baru yang kami dapat.

Naik ke atas, kunci laci tempat aku simpan file pula terlupa nak bawa naik, tertinggal dalam kereta. Lari pula turun ke bawah, macam orang bodoh. Dan di ruang tempat aku tinggalkan mereka berdua tadi, aku tak nampak pun keduanya. Entah ke mana Mimie pergi.

Sebab nak cepat, aku tak ambil pusing, terus ke kereta dapatkan kunci dan lari semula ke atas.

Bila sudah dapatkan dokumen yang aku nak, terus aku turun semula ke bawah. Kaki melangkah ke arah dapur untuk mencari Mimie apabila terdengar suara orang bercakap-cakap di ruang tersebut.

"Megat Akeef ada cakap dengan you ke yang kami akan kahwin nanti?"

Langkah kaki aku terus terhenti apabila mendengar suara Mimie bertanya. Pastilah dituju buat Hanna. Siapa lagi di dalam rumah ini, hanya kami bertiga saja.

Tapi, tidak kedengaran pula suara Hanna menjawab.

"I rasa, baiklah you tarik diri jer. Beritahu keluarga yang you nak cerai dengan Keef. Kalau kita bermadu pun, Pastilah dia akan lebihkan I. Kesian you nanti." Suara Mimie kedengaran lagi.

MEMANG SALAH DIRIKUWhere stories live. Discover now