SELESAI majlis nikah dan sanding, macam biasalah, aku kena tidur rumah pengantin perempuan merangkap rumah Nek Yong. Ini satu hal yang paling aku tak suka, tidur bilik orang dan berkongsi bilik dengan orang tu.
Aku ni jenis cerewet sikit, tak suka sepah-sepah. Semuanya kena tersusun cantik. Sebab tu aku tak suka kalau bab-bab berkongsi dengan orang yang aku tak suka. Sebab nanti aku boleh naik angin kalau tengok semua benda sepah sana-sini.
Tapi, disebabkan terpaksa, semua keluarga kata aku kena bermalam di sini, di bilik Hanna, aku turutkan juga.
Ketika aku melangkah masuk ke bilik, aku lihat Hanna sedang duduk di birai katil, seolah menunggu seseorang. Siapa lagi kalau bukan aku. Dia sudah bertukar pakaian santai, T'shirt Hello Kitty labuh sampai ke lutut dengan track suit. Selekeh sungguh!
Nampak saja kelibat aku, dia bangkit berdiri spontan. Aku pula buat-buat tak nampak dia. Tercari-cari beg pakaian aku yang aku letakkan di tepi almari baju selepas menukar pakaian pengantin pada baju melayu petang tadi.
"Pakaian abang saya dah kemas masukkan dalam almari." Dia menegur tiba-tiba. Pantas saja aku berpaling ke arahnya yang bagaikan mengecilkan diri di hujung katil.
Langkah aku atur menghampirinya.
"Aku bukan abang kau. Jadinya, kau tak perlulah panggil aku abang." Tercetus ayat sarkastik tersebut dari bibirku.
Mulanya aku nampak air muka dia berubah. Dan saat itu hati aku dipalu rasa bersalah pula. Tapi beberapa ketika kemudian, nampak wajahnya kembali tenang. Seolah apa yang aku lafazkan tadi tak memberi apa-apa kesan padanya.
Makin lama aku tengok dia, aku rasa macam nak makan orang. Bukan makan yang double meaning tu tapi makan dan kunyah-kunyah sampai lumat sebab marah dan tak suka.
Bukan aku tak pernah tengok dia. Selalu pun bila pulang beraya di rumah Nek Yong ni, muka dialah paling kerap muncul di mana-mana. Dia kan cucu kesayangan Nek Yong, haruslah tinggal di rumah ini.
Dia pula jenis yang rajin. Tukang buat air, tukang masak, tukang kemas rumah, semua dia sandang walau kat rumah banglo ni ada dua pembantu rumah. Tapi aku tengok pembatu rumah lebih banyak relaks dari dia.
"Awak... nak.... saya ambilkan baju ke?" Suara dia tergagap-gagap. Tapi aku tengok air muka dia tenang saja, tak ada pun riak takut.
Baguslah, dia terima maklumat yang aku sampaikan, tak panggil aku abang lagi. Tapi, aku masih tak puas hati. Nak tambah lagi provok dia untuk cetuskan api kemarahan.
"Kau nampak aku ada tangan kan?" Aku angkat kedua tangan, menunjuk ke arahnya.
"Tangan aku masih berfungsi, masih boleh ambil pakaian sendiri." Ayat sombong aku berikan sambil hantar jelingan tajam.
"Saya cuma....nak tolong..."
"Tak payah!" Terus saja aku pangkah kasar dan berpusing mahu ke almari baju.
Selangkah kemudian, aku hentikan langkah dan berpaling ke arahnya semula. Gaya lipat maut.
"Aku nak mandi. Kau tak nak tolong ke?" soalan sengaja nak cari pasal.
Dan aku lihat dia berkerut kening.
"Tolong?" Polos saja dia bertanya balik.
Aku pula rasa macam nak ketawa. Dia ni memang betul-betul polos atau buat-buat blur?
"Tak nak tolong mandikan aku?" Pantas aku berterus terang.
"Errkkk... nak kena tolong ke?" Dia tanya balik buatkan aku hampir tepuk dahi.
Confirm polos dan blur-blur. Lepas ni, nak cakap apa-apa, kena cakap direct. Tak boleh nak main-main atau pusing sana sini.
"Takpe, tak payah tolong, aku mandi sendiri. Tapi malam ni aku nak minta tolong kau."
"Tolong apa?" Sekali lagi, polos sungguh cara dia bertanya.
"T.O.L.O.N.G J.A.N.G.A.N M.E.N.Y.E.M.A.K D.E.P.A.N M.A.T.A A.K.U." Satu-satu aku sebut perkataan tersebut bagai mengeja.
Dan tanpa menunggu reaksinya, aku terus berlalu membuka pintu almari, capai tuala dalam beg pakaian dan terus masuk bilik air.
![](https://img.wattpad.com/cover/152805411-288-k794661.jpg)
YOU ARE READING
MEMANG SALAH DIRIKU
RomanceSalah siapa kalau diri sendiri yang memilih? Tak ada yang lebih sempurna dari aturan Tuhan untuk kita sebagai hambanya. Takdir dan jodoh itu milik DIA, jangan sesekali merasa diri sempurna untuk mengambil alih tugasNYA. Megat Akeef tidak pernah mahu...