Part 5

4.3K 98 3
                                    

KLISE lagi apabila di meja makan, masing-masing sibuk tanya lokasi bulan madu.

Mama suruh aku bawa Hanna jauh sikit dan abah pula sokong, siap nak sponsor lagi. Gaya mama dan abah ni macamlah aku kahwin atas kehendak sendiri. Walhal mereka yang memaksa.

Tak cukup mama dan abah, ada juga yang jadi nasi tambah.

"Bawa Kak Hanna pergi Greece ngah, cantik!" Afina menambah. Adik aku yang sorang ni memang jenis suka travel. Agaknya dah serata dunia dia menjelajah.

"Mexico pun okey, ngah." Adik aku yang bongsu, Azura pula menambah.

Nampak semua teruja tapi aku lihat muka Hanna selamba saja. Langsung tak ada riak. Macam orang tak ada perasaan pun ada. Dia ni macam aku juga ke? Kena paksa? Atau saja buat muka macam tu supaya tak nampak sangat yang dia tu memang suka kahwin dengan aku.

"Cameron Highland ni pun destinasi percutian juga kan? Hanna dah hari-hari bercuti. Dia tak heran pun." Ayat sengaja mahu memprovok Hanna sambil mata menjeling ke arahnya.

Tapi, Hanna hanya angkat wajah sesaat sebelum menghulur senyum pada mama serta adik-adikku. Pada aku, dia langsung tak pandang pun.

Tetap juga tak keluar suaranya. Selama ni, aku tak perasan pula dia ni memang jenis yang tak banyak cakap atau dah jadi isteri, terus bisu.

"Nek Yong tak kisah Akeef nak bawa Hanna ke mana. Tapi satu jer yang Nek Yong nak minta, tolong jaga Hanna elok-elok. Kalau kamu berani sakitkan dia, Nek Yong pancung kamu." Dalam lembut ada nada amaran pada bicara Nek Yong yang tiba-tiba mencelah dalam riuhnya keluarga aku memberi cadangan.

"Yah akan pastikan Akeef tak abaikan Hanna, ma. Mama janganlah risau." Mama terus bagi jaminan bagi pihak aku.

Amaran Nek Yong dan jaminan mama tu dah cukup untuk buatkan aku rasa panas punggung. Mata melirik Hanna, tapi dia tetap dengan wajah tenangnya, mengunyah roti bakar yang disapu butter dan kaya penuh dramatik. Perlahan sungguh kunyahannya.

Nak kata dia ni jenis slow, dulu-dulu aku pernah juga tengok dia memasak di dapur, pantas saja tingkahnya. Tak tahulah kalau sebelum kahwin dia terhantuk kepala dan terus jadi macam ni.

Selesai sarapan, Hanna masih tetap tak bersuara sehinggalah semua orang buat hal sendiri dan dia pula menghilang entah ke mana.

Hampir sejam, barulah aku nampak dia sedang bercakap dengan Zaqi di belakang laman. Di sebelahnya, Nek Yong sedang duduk atas kerusi roda. Nek Yong ni, bukan tak boleh berjalan tapi dia dah tak kuat. Kadangkala guna kerusi roda tapi kekadang berjalan guna tongkat.

Zaqi ni, anak angkat Nek Yong yang paling bongsu. Hidup Nek Yong ni complicated sikit. Dia ni asalnya janda kaya di tanah tinggi ni. Masa kahwin dengan atok, Nek Yong dah ada seorang anak perempuan dan dua orang anak angkat. Manakala atok pula ada lima orang anak dengan isteri-isteri sebelum ni termasuklah mama.

Hanna pula adalah anak angkat pada anak perempuan Nek Yong. Dengarnya, anak perempuan Nek Yong ni kehilangan anak dan suami ketika masih dalam pantang dan mereka jumpa Hanna ni dalam kebun sayur. Kiranya bayi yang dibuang dan jadi anak angkat susuan.

Zaqi ni kira baru lagi jadi anak angkat Nek Yong. Selepas atok dah meninggal tapi nampak sangat Nek Yong sangat sayangkan dia. Kiranya anak angkat merangkap orang kepercayaan.

Sehingga sampai satu tahap, kami semua beranggapan yang Nek Yong akan jodohkan Hanna dengan Zaqi. Mana tahu Nek Yong suruh aku yang pilih cucu kesayangannya tu.

"Nanti susah la abang nak jumpa Hanna lepas ni." Suara Zaqi masuk ke telingaku bila aku menghampiri mereka.

"Alah, mengada la abang ni. Bukan tak tahu nombor Hanna. Call ajelah." Hanna membalas mesra.

Pandai pulak bercakap nada begitu dengan lelaki. Dengan keluarga aku, nak buka mulut pun susah.

"Dengar suara buat apa. Nak juga tengok orangnya. Entah-entah lepas ni, dah jadi orang KL, Hanna buat tak kenal abang bila jumpa."

Tiba-tiba aku dengar Hanna ketawa. Aku yang mahu menghampiri mereka terus tak jadi melangkah. Boleh ketawa rupanya.

Tak tahu kenapa, aku jadi geram bila tengok gaya dia melayan Zaqi. Mesra semacam. Walau Nek Yong ada sekali, aku seolah tak nampak. Yang aku nampak hanya Hanna dan Zaqi, bercakap dan bergurau.

Bukan cemburu tapi sengaja nak cari pasal, aku melangkah ke arah mereka dan berdeham perlahan.

Bicara mereka terus terhenti.

"Awak cari saya ke?" Hanna terus bertanya. Nada suara terus berubah perlahan dan hambar.

Aku tak terus menjawab sebaliknya memberi isyarat 'YA'. Yang sebenarnya, aku memang tak niat pun nak cari dia. Ternampak sebenarnya. Tapi tak tahu kenapa, aku jadi sakit hati bila tengok dia ketawa gembira dan bergurau senda dengan Zaqi.

"Nek Yong, Keef nak ambil isteri Keef kejap yer?" Aku sengaja mintak izin dari Nek Yong sambil tanpa mempedulikan kehadiran Zaqi di situ. Bukan aku tak pernah jumpa lelaki ini. Selalu juga bila balik ke sini, aku nampak Zaqi akan datang jumpa Nek Yong. Tapi tak pernah pula dia mesra begini dengan Hanna.

Apabila melihat Nek Yong mengangguk, aku terus tarik tangan Hanna ikut langkah aku.

"Awak cari saya kenapa?" Hanna bertanya sebaik kami melangkah masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang.

"Dari kau bergelak ketawa dengan dia tu, baik kau buatkan aku air, berguna juga." Sengaja aku nak sakitkan hatinya.

Tapi, dia tak membalas pun. Dia hanya beri isyarat agar lepaskan lengannya dan berlalu ke arah kabinet tempat untuk membancuh minuman. Nasib baik tak melawan, kalau menjawab tadi, memang aku nak tarik dia naik bilik.

MEMANG SALAH DIRIKUWhere stories live. Discover now