part 7

4.3K 108 6
                                    


MAMA suruh aku bawa Hanna balik ke rumah keluarga, makan malam di sana. Katanya Along Asyraf balik. Dia tak dapat balik masa hari kenduri sebab ada hal penting yang tak dapat dielakkan.

Sampai rumah mama, aku tengok Hanna pandai jer bawa diri. Mesra dia dengan mama dan adik beradik aku lebih dari aku sendiri. Aku ni jenis tak banyak cakap, sebab tu kalau nak tengok aku bermesra dengan keluarga, memang susah.

Aku terus naik ke bilik aku di rumah tersebut untuk bersihkan diri sebab balik dari tempat kerja tadi aku tak masuk rumah, terus ambil Hanna dan datang ke sini.

Turun semula ke bawah, aku tengok Hanna sedang bergurau dan ketawa-ketawa dengan Jaja, anak Along Asyraf yang berusia tiga tahun lebih. Cepat sungguh mesranya.

"Jom kita makan. Keef dah turun tu." Ajakan mama buat pergerakan Hanna terhenti dan dia pandang aku sekilas sebelum bangkit.

Jaja pula depakan tangan minta didukung oleh Hanna.

"Jaja, awak tu berat, mana nak larat Mak Ngah nak dukung." Along yang muncul dari belakangku menegur. Sekilas aku berpaling, nampak along senyum mesra pada Hanna. Lagak macam aku ni tak wujud kat situ.

"Takpe, Hanna boleh je." Hanna membalas, mesra pula aku tengok mereka berdua ni. Dengan aku bersaya awak, dengan along sebut nama pula.

Jangan tak tahu, Along Megat Asyraf ni duda anak satu. Dia ni abang sulong aku berlainan mak. Anak abah dengan isteri pertama rakyat Autralia yang tinggal di Pearth. Kacukan, haruslah kacak lebih dari aku.

Abah dan isteri pertamanya bercerai ketika along berusia setahun dan bekas isteri abah pulang ke negara asal. Setahun kemudian, baru abah kahwin dengan mama. Tapi, mama sangat sayangkan along macam anak sendiri.

Cuma lepas along kahwin dan isterinya meninggal, along bawa diri ke tempat kelahiran mummynya, tinggal dan bekerja di sana bersama Jaja sambil menjaga mummynya yang sakit kanser.

Dari ruang tamu, kami semua bergerak ke ruang makan. Di meja makan pula, Hanna sibuk layan Jaja. Dah rupa layan anak sendiri makan pula aku tengok.

"Jangan dilayan sangat Jaja tu, Hanna. Nanti kang dia claim Hanna mummy dia. Bukan boleh percaya sangat dia ni. Semua yang suka melayan, harus dia minta jadi mummy dia." Along Asyraf menegur dan membuka cerita perihal si anak.

Tapi, Hanna hanya senyum saja. Tak komen apa-apa. Tetap juga terus melayan kerenah Jaja makan.

"Takpelah Raf, tak salah menumpang kasih. Bukannya orang lain. Bagus juga Hanna praktis awal. Ada anak sendiri nanti senang." Mama pula menyampuk buatkan aku hampir tersedak nasi.

Part menumpang kasih tu, aku masih lagi boleh kompromi walau hati aku ni memang tak suka. Tak tahulah kenapa aku rasa begini.

Dan part praktis awal sebelum ada anak sendiri tu, betul-betul buat aku rasa nak hantuk kepala. Bukan kepala aku, tapi kepala Hanna. Pandai sangat melayan budak Jaja tu. Tak tahulah dia ni memang jenis suka budak atau teringin nak anak sendiri.

Sehingga selesai makan dan sehingga aku mahu bergerak pulang, aku nampak Hanna dan Jaja makin akrab. Mana Hanna pergi, Jaja asyik mengekor dan hati aku jadi lain macam bila tengok papa Jaja pun ikut sekali menempel, bergurau senda bagai.

Terus saja aku minta diri untuk pulang dan beri isyarat pada Hanna supaya cepat.

Waktu kami nak gerak, Jaja pula menangis nak ikut. Merengek peluk-peluk Hanna. Pelik pula aku tengok, baru sekali jumpa dah macam ni rupa. Kalau selalu jumpa nanti, apa pula reaksinya.

"Kau memang suka budak-budak ke?" Aku ajukan soalan pada Hanna sebaik kereta bergerak meninggalkan rumah keluargaku.

Lama juga memujuk Jaja sebelum kami berangkat pulang. Aku tengok bukan Jaja saja sedih, muka Hanna pun nampak semacam bila tinggalkan Jaja sedang menangis.

Dia hanya angguk kepala sebagai jawapan pada soalan aku. Perlahan saja anggukannya. Tadi dengan keluarga aku elok saja berbalas cakap. Bila aku tanya, boleh pula bertukar jadi bisu. Macam mana aku tak geram dan sakit hati.

Dah la aku ni dari tadi membengkak tengok dia seperti bahagia jer masuk dalam keluarga aku. Macam dia pula anak mama dan abah, aku ni pula orang luar.

"Atau, kau memang teringin nak anak sendiri?" Sengaja aku provok dia. Tapi, dia diam tak berkutik.

"Kalau nak, aku boleh jer bagi." Aku menambah, sengaja mahu menjolok emosinya. Tetapi, dia tetap juga diam tak membalas.

"Mama ajak saya ikut dia pergi rumah Al-Zaujah esok. Mama ada program amal kat sana." Tiba-tiba dia bersuara perlahan ketika kami sudah hampir tiba di depan laman rumah.

Rumah Al-Zaujah tu adalah rumah anak-anak yatim dan anak Asnaf yang selalu mama dan abah bantu. Selalu mama adakan program amal di situ.

"Boleh saya ikut?" Soalnya pula penuh sopan.

"Kau boleh buat apa yang kau suka dengan syarat, kau tahu batas kau sebagai isteri. Jangan malukan aku dan keluarga." Itu syarat aku untuk beri dia kebebasan.

Tak adil jika aku mengongkong dia tapi aku pula boleh buat apa yang aku suka termasuklah bertemu Mimie.

MEMANG SALAH DIRIKUWhere stories live. Discover now