SEJAK aku berada di Tanah Tinggi dua hari lepas untuk majlis kahwin sampailah sekarang, tak terkira dah berapa kali Mimie menghubungiku, merengek macam-macam. Setiap kali bercakap dengan Mimie, setiap kali itulah juga rasa geram dan marah aku pada Hanna jadi bertambah.
Bagi aku, disebabkan Hanna aku tak dapat bersama Mimie. Disebabkan wujudnya Hanna, cinta aku dan Mimie jadi berliku. Aku memang tak suka ujian begini.
"Bila you nak balik KL, sayang?" Mimie merengek lagi di hujung talian.
"Sehari dua lagi kut. Kenapa?"
"Rinduuu..." Meleret suara Mimie melafaz rindu buat hati aku juga menggebu dilanda rasa yang sama.
"I miss you too. Nanti kita jumpa."
"Keef, you ada pandang dia tak?" Tiba-tiba Mimie tukar topik bicara, melencong arah berpusing 360 darjah.
"Tak." Aku jawab sepatah.
Tapi, jawapan itu memang tipu. Dah ada depan mata, takkanlah tak tengok kan? Rambut dia yang tak pernah aku tengok selama ni, dah pun aku tengok.
"You ingat janji you kan? You takkan pandang dia walau pun sebelah mata. Takkan sentuh dia walau hanya dengan satu jari." Entah untuk kali ke berapa Mimie ingatkan aku tentang itu. Sampaikan aku boleh hafal satu persatu.
"Ya, sayang. I ingat. Hanya you dalam fikiran I dan hanya you yang I mahukan dalam sedar atau dalam lena." Aku tabur bicara manis.
Tapi yang sebenarnya, yang manis-manis itu hanyalah di bibir. Aku kalau dah tidur, macam orang mati, mana nak ingat dia. Waktu tak tidur pun kekadang aku lupa aku ada kekasih, inikan pula dalam lena. Sahihlah membohong. Lelaki, biasa la. Mulut kena pandai.
"I tak sabar nak jumpa you. Hujung minggu ni kita ke Krabi nak? Lama kita tak bercuti bersama."
"Sayang, I rasa hujung minggu ni bukan waktu yang sesuai. Nanti..." Bicaraku terhenti apabila aku nampak Hanna berdiri tegak di tepi pintu gelansar sebaik aku berpusing untuk bersandar belakang pada palang besi balkoni.
Entah sudah berapa lama dia di situ. Agaknya semua bicaraku dengan Mimie dia dengar.
"Sayang, you kenapa tiba-tiba diam?" Suara Mimie menampar telinga.
"Mama panggil breakfast." Hanna pula bersuara tapi perlahan saja.
Aku pantas beritahu Mimie yang aku ada hal dan akan menghubunginya kemudian. Talian aku putuskan dan aku pandang Hanna yang masih berdiri di situ
"Kau curi dengar aku bercakap ya?" Terus aku buat tuduhan melulu.
Dia yang baru mahu melangkah untuk pergi jadi terhenti dan terbantut langkahnya. Matanya tepat ke wajahku.
"Saya tak pandai mencuri dan tak pernah diajar jadi pencuri." Sebaik melafazkan ayat tersebut, dia pantas melangkah untuk pergi.
Tapi, disebabkan aku rasa terpukul dengan kata-kata itu, aku bergerak pantas menyambar lengannya. Kuat aku rentap agar dia berpaling kembali ke arahku.
"Eh! Kau ni, pandai juga bercakap ya. Aku ingatkan blur-blur." Geram punya pasal asyik terkena, aku cengkam kuat pergelangan tangannya.
Nampak wajahnya berkerut tetapi dia sedikitpun tak bersuara dan langsung tak berusaha untuk melepaskan tangannya dari cengkamanku.
"Awak sakitkan saya." Akhirnya, itu yang dia luahkan. Dan suaranya yang lembut begitu menarik simpatiku buat aku tak jadi naik hantu.
Cengkaman aku longgarkan perlahan sehingga terlepas.
"Semua orang tunggu awak nak sarapan. Nanti turunlah." Masih dalam nada yang lembut dia bersuara lagi sebelum berlalu untuk keluar dari bilik.
Aku pula, terus kaku di situ.
Dia ni, tak tahu marah ke?
YOU ARE READING
MEMANG SALAH DIRIKU
RomanceSalah siapa kalau diri sendiri yang memilih? Tak ada yang lebih sempurna dari aturan Tuhan untuk kita sebagai hambanya. Takdir dan jodoh itu milik DIA, jangan sesekali merasa diri sempurna untuk mengambil alih tugasNYA. Megat Akeef tidak pernah mahu...