Gambar kat atas tu gambar Rowoon guys. Rowoon muka tak rela kena basuh pinggan.
Hik Hik Hik... Sob! Sob! Sob! Huwaaaaaa..
Pelbagai bunyi datang dari arah dapur tersebut. Bunyi menangis, bunyi orang menarik hingus dan juga bunyi meraung. Semuanya bergabung di dapur itu. Kelihatan sepuluh orang jejaka sedang mengalirkan air mata kesedihan dan kesayuan mengenangkan nasib mereka.
"HYUNG AKU DAH TAK TAHAN!" Kata DK. Wajahnya sudah merah ditambah air mata yang masih mengalir serta hingus yang ditarik sedari tadi.
"KAU INGAT AKU TAHAN KE DENGAN BENDA NI? PEDIH KAU TAHU TAK!" Kata Woozi selaku hyung paling tua dalam kalangan mereka itu. Dia turut mengesat air matanya yang mengalir menggunakan hujung lengan bajunya itu.
"Chani, tinggal berapa lagi?" Soal Dino kepada Chani yang sedang mengira bawang-bawang di dalam bakul merah itu.
"150 lagi hyung." Kata Chani dengan sedihnya. Dia juga turut mengesat air matanya walaupun hanya mengupas bawang. Kau ingat kupas bawang tak pedih ke? Pedih wooo.
"Apalah nasib kita yang muda-muda ni. Jin hyung memang nak tengok kita menangis kat dapur ni. Mentang-mentanglah kita muda daripada dia." Hansol sudah mula membawang. Dia meneruskan aktiviti mengupas bawangnya sambil membebel. Sesekali hingusnya ditarik.
"Ntah. Habis kuku aku jadi hitam sebab dari tadi dok kupas bawang-bawang ni. Penat aku jaga kuku aku." Kata Seungkwan sedih lalu membelek kukunya yang telah menjadi hitam itu.
"Weh dah berapa jam kita dating dengan bawang-bawang ni. Aku dah khatam hafal bentuk-bentuk bawang ni sampai berapa lapis bawang-bawang ni pun aku dah tahu. Selama ni aku tak pernah tahu yang bawang ada berlapis-lapis." Rungut The8 sambil memotong bawang merah. Sesekali dia memejam matanya kerana pedih di mata.
Mereka pon menoleh ke arah jam dinding yang cantik terletak di dinding dapur itu.
"Hmmm, dah satu jam sepuluh minit dah kita dating dengan bawang-bawang ni semua. Dan lagi satu The8, asal kau ni teruk sangat sampai tak tahu yang bawang merah ni berlapis-lapis sebenarnya." Kutuk Jungkook sambil memotong bawang putih. The8 hanya menjeling Jungkook tak puas hati.
"Wei kita ada masa lagi dua jam je ni. Baik cepat buat. Aku tak sabar nak rehatkan mata aku daripada pandang bawang ni. Sakit pinggang aku dari tadi menunduk potong bawang." Kata Taeyang lalu mereka semua meneruskan aktiviti memotong dan mengupas bawang.
Pada masa yang sama, si bawang-bawang yang tak sedar diri pun mulalah membawang.
'Wei bangsa-bangsa bawang merah. Asal cina ni teruk sangat sampai tak tahu yang kita ni ada lapis-lapis?
Si bawang merah yang berbentuk bujur memulakan bicara.'Aku pun pelik dengan cina ni. Nampak sangat tak pernah masuk dapur.' Si bawang B menambah lagi. Bawang merah yang lain juga mengangguk-angguk. Nak tahu macam mana bawang angguk? Diorang gegarkan dari atas sampai bawah. Bakul tersebut juga bergegar tanpa disedari sepuluh orang jejaka yang sibuk juga membawang.
YOU ARE READING
WE ARE FAMILY!! BTSEVENTEENSF9
HumorApabila 29 jejaka yang kurang kematangannya ditakdirkan untuk hidup bersama-sama dalam satu rumah yang besarnya kalah bapak rumah. Pelbagai karenah yang dapat disaksikan mereka beduapuluh-sembilan. "Aku bagitahu Yoongi hyung kau sorok komamon dia! ...