APA NI??

575 39 0
                                    

"Wei Jeonghan. Jom ikut aku." Ajak Taehyung kepada Jeonghan yang sedap baring di atas katilnya di dalam bilik. Jeonghan yang bermain PUBG itu menjengukkan kepalanya apabila mendengar kata-kata Taehyung itu.

"Kau nak gi mana ajak aku ikut sekali. Selalunya aku nak ikut kau tak bagi pon." Balas Jeonghan selamba lalu menyambung game semula.

"Alaa kau ni. Aku dah baik hati offer kau ikut aku hari ni kau tak nak. Takpelah. Kalau macam tu aku pergi dengan Dino dan Chani jelah. Byeee." Balas Taehyung dan mahu melangkah keluar.

"Woi Taehyung! Tunggulah. Yelah aku ikut. Tunggu aku siap kejap." Panggil Jeonghan memandangkan dia juga sudah bosan terperuk di rumah tak buat apa-apa.

"Cepat sikit. Dino dengan Chani pon dah tunggu kat bawah dah tu. Lambat aku tinggal." Kata Taehyung lalu terus keluar.

Tanpa bertangguh Jeonghan terus menuju ke bilik bajunya yang terletak di sebelah bilik baju Suga. Dia mengambil sehelai t-shirt berwarna putih dipadankan dengan jacket kulit berwarna hitam. Skinny jeans hitam turut diambil bagi melengkapkan gayanya.

"Mana Jeonghan hyung ni?" Rungut Dino. Dia menarik-narik rambut Chani yang duduk di sebelahnya itu. Biasalah bila sudah terlalu bosan menunggu.

"Ish kau ni hyung dah kenapa tarik-tarik rambut aku! Rosaklah nanti!" Balas Chani lalu menjauhkan dirinya daripada Dino. Dia membetulkan kembali rambutnya yang diserabaikan oleh tangan gatal Dino itu.

"Releklah Chani. Aku gurau je dengan kau. Rambut kau nampak macam menarik untuk ditarik je. Sebab tu lah hyung tarik rambut kau tu." Balas Dino selamba. Dia kemudiannya bermain-main bantal kecil yang memang khas disediakan di sofa tersebut.

"Banyak cekadak mentadu hyunglah cakap rambut aku ni menarik untuk ditarik. Meh sini aku tarik rambut hyung pula biar jadi serabai." Kata Chani lalu mendekati Dino sambil mengacah-acah mahu menarik rambutnya. Namun tidak jadi apabila...

"YOON JEONGHAN! KAU BUAT MENDE LAGI KAT ATAS TU! LEMBAP MACAM SIPUT LAH KAU NI! AKU TINGGAL KANG BARU KAU TAHU LANGIT TU TINGGI KE RENDAH!" Jeritan Taehyung kuat hingga seluruh rumah bergema dengan jeritannya.

"YE YE! Aku dah siap dah ni." Kata Jeonghan sambil turun tangga dengan tersengih-sengih umpama kerang basi. Taehyung menjeling dan kemudiannya terus keluar ke rumah menghidupkan enjin kereta. Terkocoh-kocoh Jeonghan lari turun tangga mengejar Taehyung. Dino dan Chani turut berlari mengejar Taehyung yang sudah pun masuk ke dalam kereta.

"Fuh nasib baik sempat." Lega Jeonghan. Dia kemudiannya duduk di sebelah Chani yang sibuk membetul-betulkan rambut perangnya itu. Kereta yang dipandu Taehyung tersebut meluncur pergi meninggalkan rumah agam yang indah itu.

Wonwoo mengintai Jin yang sedang memasak di dapur. Dia menuju ke arah Jin namun dia berpatah balik. Difikir-fikir semula dia ambil keputusan untuk mendekati Jin. Namun tidak sampai empat langkah dia berpatah balik semula. Keadaan itu berlaku sehinggalah Jin menegurnya. Bukannya dia tak perasan dengan telatah Wonwoo itu. Sengaja didiamkan untuk melihat sejauh mana Wonwoo akan begitu.

"WONWOO ANAK PAK CIK JEON!" Sergah Jin dari belakang Wonwoo. Wonwoo yang terkejut terus menghentakkan sikunya ke kepala Jin.

"APA MASALAH KAU NI WONWOO! YANG KAU HENTAK KEPALA AKU NI PAKAI SIKU BURUK KAU TU DAH KENAPA?" Jerit Jin. Mukanya berubah menjadi merah padam. Asap-asap keluar daripada lubang hidung dan telinganya. Rasanya tak lama Jin akan berubah menjadi Jin sebenar. Hanya menunggu wajahnya berubah buruk dan kukunya panjang sahaja.

"AMPUN HYUNG! WONWOO TAK SENGAJA PUKUL HYUNG! WONWOO TERKEJUT! MAKKKK!!!!" Jerit Wonwoo sambil melutut di hadapan Jin. Dengan kedua tapak tangannya dirapatkan meminta ampun kepada Jin.

WE ARE FAMILY!! BTSEVENTEENSF9Where stories live. Discover now