THE LIGHT OF HOPE

847 68 7
                                    

Suga menarik tangan Jin yang sedang sibuk mengemaskan selimut Rowoon. Keadaan di wad itu kembali sunyi setelah mereka yang lain terpaksa pulang ke rumah semula setelah didesak berkali-kali oleh Manager Jun Hee kerana mereka perlu menguruskan jadual percutian mereka selama tiga bulan. Kalau tidak didesak dan diugut oleh Manager Jun Hee, mereka masih lagi tidak mahu pulang ke rumah kerana mahu menjaga Rowoon yang masih tidak dibenarkan balik ke rumah hari ini. Bergembiralah mereka kerana tidak perlu menyerabutkan otak mereka dengan lirik lagu dan persembahan untuk para peminat mereka selama tiga bulan.

"Hyung, Doktor Dong Han panggil kita berdua." Bisik Suga perlahan ke telinga Jin kerana tidak mahu mengejutkan Rowoon yang sedang lena tidur setelah diberi ubat sebentar tadi. Jin menurut langkah Suga keluar dari wad tersebut menuju ke bilik Doktor Dong Han itu. Suga menolak pintu diikuti dengan Jin.

"Duduklah dulu." Ujar Doktor Dong Han. Jin dan Suga hanya menurut lalu duduk di kerusi yang disediakan itu. Mereka nampak tenag di luar namun dalma hati mereka hanya tuhan yang tahu menantikan berkaitan kesihatan Rowoon.

"Tahap kesihatan Encik Rowoon nampaknya semakin menunjukkan keadaan yang stabil. Dalam dua hari lagi Encik Rowoon dibenarkan balik ke rumah." Kata-kata Doktor Dong Han itu sedikit sebanyak melegakan hati mereka berdua.

"Tapi, itu bergantung pada ketahanan imunisasi pesakit sendiri. Semalam saya telah memberikan suntikan ubat tahan sakit di dalam badannya. Dan nampaknya hari ini, ubat tersebut memberikan tindak balas yang positif untuk melawan jangkitan tersebut terhadap hatinya. Ini menunjukkan bahawa antibodi Encik Rowoon kuat dan apabila bergabung dengan cecair yang baru dimasukkan dalam badannya semalam, kedua-duanya berupaya untuk melawan apa-apa sahaja jangkitan dalam badannya jika masih dalam peringkat awal. Pesakit mungkin akan mengadu sakit kepala, pening-pening, muntah-muntah, terasa mahu pitam dan kelihatan lemah dan tak bermaya. Walau bagaimanapun, kamu jangan risau dengan keadaan itu. Kami akan memberikan ubat yang perlu dimakan oleh pesakit dalam usaha menghentikan jangkitan tersebut. Setelah pesakit dibenarkan balik, pastikan jadual ubat pesakit berjalan lancar seperti biasa. Jangan tertinggal walaupun satu masa sebab kita tak boleh menjangka apa yang akan berlaku terhadap pesakit sekiranya pengambilan ubat dihentikan. Lagi satu jaga pemakanan pesakit dan juga elakkan pesakit daripada melakukan aktiviti lasak yang boleh menjejaskan kesihatan pesakit." Terang Doktor Dong Han panjang lebar. Jin dan Suga masing-masing mengangguk faham akan penjelasan doktor tersebut.

"Errrr.... Doktor. Check - up pesakit nanti macam mana?" Soal Jin tiba-tiba.

"Oh, kalau pasal tu awak jangan risau. Pihak kami telah menyediakan satu senarai jadual check - up untuk Encik Rowoon. Rawatan dan jadual check - up diadakan setiap bulan selama dua minggu sekali semuanya telah disediakan di dalam senarai tersebut. Pesakit hanya perlu datang pada masa yang ditetapkan dan pihak kami akan memaklumkan melalui telefon. Kalau pesakit penuhi semua jadual check - up ini, peratus untuk Encik Rowoon bebas daripada penyakit ini hampir 96%. Kerana apa? Kerana sewaktu penyakit ini dikesan ianya masih lagi dalam peringkat awal. Demam panas tu punca bermulanya jangkitan tersebut." Suga dan Jin mengangguk dan mengucapkan terima kasih kepada Doktor Dong Han.

"Hyung, kan check - up tu tiap-tiap bulan. Apa kita nak cakap kat dorang semua kalau kita nak bawak Rowoon keluar pergi hospital?" Soalan Suga secara tiba-tiba itu menyebabkan langkah Jin terhenti dan kemudiannya dia menoleh memandang Suga.

"Ye tak ye jugak kan? Apa kita nak cakap kat dorang? Lagipun Rowoon pun tak bagi kita bagitahu dorang semua." Balas Jin. Dia kemudiannya duduk di salah satu kerusi yang disediakan   sambil meraup rambutnya. Akhirnya Suga yang kebuntuan juga melabuhkan punggungnya di sebelah Jin sambil memandang ke hadapan memikirkan apa alasan yang perlu diberi.

Suasana dalam rumah tersebut riuh-rendah dengan suara pemuda-pemuda tersebut. Nak tahu kenapa bising sangat? Mari kita skodeng apa yabg dorang cakap.

"BIAR BETIK HYUNG? KITORANG BOLEH BUAT APA SAJA DALAM MASA TIGA BULAN NI?" Jerit Inseong teruja. Dia kemudiannya melompat-lompat kegembiraan sehingga terpijak kaki J-Hope. Apa lagi, menjeritlah si kuda akibat kesakitan dipijak oleh Inseong yang seberat 69 kg itu.

"INSEONG HYUNG! TAHULAH TERUJA SANGAT! JANGANLAH SAMPAI PIJAK KAKI AKU NI! HUWAAAAA! JIN HYUNG! AKU RINDU JIN HYUNG!!!" Sudah meroyanlah si J-Hope sambil berlari mengelilingi ruang tamu itu. Mereka hanya mampu memandang si J-Hope yang berlari seperti kuda terlepas dari kandang dan kemudiannya mereka semua memberikan death glare kepada Inseong.

"Hyung tengok tu! Apa yang hyung dah buat kat J-Hope tu." Kata Namjoon kepada Inseong. J-Hope masih lagi tak mampu berhenti daripada berlari sambil menjerit memanggil nama Jin.

"Ntah hyung! Kesian aku tengok si J-Hope hyung tu. Macam kuda sesat tak jumpa kandang." Dawon turut menambah.

"WEI JOSHUA! KAU ADA NAMPAK TAK BISKUT GARY  YANG PANJANG-PANJANG PERISA COKLAT AKU YANG AKU SIMPAN BAWAH ALMARI TU TAK?" Jeonghan yang entah dari mana menjerit memanggil nama Joshua yang sedap makan biskut seperti yang dikatakan Jeonghan itu.

"Ntahlah. Tak nampak pulak." Jawab Joshua bersahaja tanpa menyedari yang Jeonghan sudah berada di sebelahnya dan hanya memerhatikan sahaja apa yang dimakan oleh Joshua tanpa rasa bersalah.

"WEI IKAN JOSH! SUKA HATI KAU JE MAKAN BISKUT GARY AKU! PASTU KAU BUAT - BUAT TAK TAHU PULAK EH! KAU MEMANG NAK KENA DENGAN AKU KAN!" jerit Jeonghan lalu mengejar Joshua yang sudah melarikan diri bersama biskut yang sudah tinggal satu sahaja lagi.

"AMPUN WEI! NANTI KAU PERGILAH BELI LAGI! KAT KEDAI DEPAN TU BERLAMBAK BISKUT GARY NI! YANG NI KAU BAGILAH AKU ALANG-ALANG TINGGAL SATU JE LAGI! MAKKKK! JIN HYUNG TOLONG AKU! KHUNSA KEJAR AKU!!!" jerit Joshua seperti orang hilang akal akibat dikejar dengan penyapu oleh Jeonghan.

Manager Jun Hee hanya mampu memandang sambil menggelengkan kepala melihat perlakuan mereka semua. Walaupun memeningkan kepalanya, namun mereka jugalah penghiburbya di kala kesedihan.

Begitulah kehidupan mereka dari sehari ke sehari. Jeritan, pergaduhan dan ketawa sudah sebati dalam kehidupan mereka. Bergembiralah selagi mampu kerana mereka tidak tahu apa dugaan yang menanti mereka selepas ini.

WE ARE FAMILY!! BTSEVENTEENSF9Where stories live. Discover now