"Biar betik kau ni Wonwoo?" Soal Jaeyoon. Dia sensiri pun ragu-ragu dengan idea gila si Wonwoo itu apatah lagi mereka yang lain.
"Ntah kau ni Wonwoo. Kepala otak dah biul sangat ke apa kau ni?" Ujar Namjoon pula. Ternganga mulut mereka masing-masing mendengarkan idea yang langsung tidak bernas daripada Wonwoo itu.
"Sampai hati hyung kata Wonwoo macam tu. Kita kurung Jin hyung dalam tandas tu 10 minit je. Sebelum tu kita bagilah dia minum air banyak-banyak supaya tak pengsan bila kena kurung." Balas Wonwoo mempertahankan ideanya itu.
"Banyaklah cekodok pisang basi kau. Macam mana kita nak kurung dia kalau kita tak pegang dia? Kau ingat aku nak sangat ke sentuh Jin hyung tu kalau dia dah jadi macam tu. Kesian aku tengok si Taehyung tu tak habis-habis meraung dari tadi." Joshua merenung melihat kembar tak diiktirafnya itu yang terpaksa melayan karenah Jin tersebut.
"Alaa! Hyung! Kita terailah dulu. Mana tau jadi ke." Wonwoo memujuk mereka semua supaya melakukan seperti apa yang difikirkannya.
"Kalau tak jadi hyung nak buat apa?" Soal Mingyu pula setelah lama dia berdiam diri.
"Kalau tak jadi kita buatlah plan B. Kalau plan B tak jadi, kita buatlah plan C dan seterusnya. Wonwoo ada banyak lagi plan sampai plan Z dalam kepala otak geliga Wonwoo ni." Balas Wonwoo dengan yakin.
"Ok. Kalau dah Wonwoo ni yakin sangat rancangan dia tu berjaya. Why not kita cuba je?" Ujar Hansol. Dia memandang mereka mengharapkan persetujuan.
"Haah kan. Kenapa kita tak cuba je dulu. Ingat! Kita hidup tak ada istilah putus asa!" Sampuk Seungkwan semangat siap mengangkat penumbuk ke atas lagi.
"Jom kita mulakan!" Jerit Woozi, Hoshi dan Jun lalu menyerbu ke bawah diikuti mereka semua termasuklah Jeonghan yang sudah sedar sepenuhnya dari kantuk yang menguasai dirinya. Malahan dialah yang paling bersemangat di antara mereka semua demi menyelamatkan Taehyung yang sudah lembik akibat terlalu banyak meraung dan menjerit.
"Taehyung! Tunggu aku datang selamatkan kau!" Jerit Jeonghan penuh semangat.
Mereka kemudiannya berlari mendapatkan Jin dan Taehyung di ruang tamu utama. Jimin, S.Coups dan Hwiyoung memegang Jin yang masih terkejut dengan serangan jejaka-jejaka tersebut.
"Eh! Apa ni abang! Lepaskan sayalah! Saya ni dara lagi tau! Lepaskan saya!" Jerit Jin lembut mendayu-dayu sehingga membuatkan Jimin, S.Coups dan Hwiyoung terasa mahu muntah mendengar kata-katanya itu.
Mereka dibantu Wonwoo dan Mingyu yang membukakan pintu bilik air di aras bawah lalu disumbatkan Jin di dalamnya. Sekuat tenaga mereka berlima menolak Jin supaya masuk ke dalam bilik air tersebut. Setelah berjaya, mereka cepat-cepat menarik tombol pintu lalu menguncinya.
"Dino! Set masa sepuluh minit! Jangan kau set 10 jam pulak! Mati mak nyah tu karang!" Arah Suga kepada Dino yang berdiri di sebelahnya.
"Orait hyung." Balas Dino lalu mula set kan jam tangannya sepuluh minit.
"Eee! Geli betul aku bila dia cakap macam tu tadi. Terasa macam semua benda yang aku makan ni, nak keluar balik." Rungut Jimin. Dia menghempaskan badannya ke sofa di sebelah Taehyung.
"Abang! Janganlah buat I macam ni bang! I ni muda lagi tau! Tak kahwin lagi! Lepaskan lah I abang! I takut ni dok sorang-sorang dalam ni! " Jin mengetuk-ngetuk pintu sambil menjerit dengan suara yang lembut seperti mak nyah tak sedar diri. Mereka hanya mengabaikan sahaja Jin itu lalu meneruskan aktiviti.
Kring... Kring... Kring...
"Hah, dah sepuluh minit hyung." Kata Dino lalu menutup jamnya itu.
"Jam tangan kau ke yang bunyi tu?" Soal Hoshi bagaikan ragu-ragu.
"Yelah hyung. Asal pulak?" Soal Dino pelik.
"Yelah. Bunyi jam kau tu macam bunyi jam loceng untuk kejutkan orang yang susah tidur macam Suga hyung ni kau tahu tak?" Kata Woozi sambil menjeling ke arah Suga. Namun Suga hanya buat bodoh saja lalu terus memeluk kumamon kesayangannya itu.
Chani, Seungkwan dan Namjoon mengheret Jin yang kelihatannya masih lagi tidak pulih daripada perangai mak nyahnya tadi mengecewakan mereka semua. Mereka memandang Wonwoo menggarapkan idea lain bagi memulihkan semula Jin yang lama.
"Lek! Lek hyung. Jangan gopoh. Wonwoo ada modus operandi yang lain." Kata Wonwoo faham dengan pandangan mereka semua.
"Jun! Zuho! The8! Jom ikut aku ambik barang-barang dalam bilik!" Arah Wonwoo. Mereka bertiga hanya menurut sahaja arahan Wonwoo itu walaupun mereka tidak tahu apa yang mahu dilakukan oleh Wonwoo.
Seketika kemudia, mereka berempat kembali dengan gunting, solitep, tali rafia, kerusi komputer milik Suga dan juga sebuah meja belajar milik Chani.
"Weh Wonwoo! Asal kau rembat kerusi aku?" Soal Suga apabila melihat kerusi kesayangannya turut menjadi mangsa dalam idea gila Wonwoo.
"Wonwoo hyung! Tu meja belajar Chani! Asal meja Chani pun jadi mangsa hyung jugak!" Soal Chani apabila melihat meja kesayangannya itu. Namun Wonwoo hanya tersengih-sengih sahaja memndang Suga dan Chani. Dia meneruskan kerjanya.
"Kau nak buat apa ni Wonwoo dengan barang-barang ni?" Soal J-Hope pelik.
"Alaa. Hyung tengok jelah apa yang Wonwoo buat." Balas Wonwoo. Dia masih lagi mahu merahsiakan apa yang hendak dibuatnya dengan barang-barang tersebut. Mereka melihat dengan penuh minat terhadap apa yang hendak dilakukan Wonwoo kepada Jin.
"Jaeyoon hyung dengan Inseong hyung! Tolong bawak Jin hyung duduk atas kerusi ni." Pinta Wonwoo. Setelah Jin didudukkan di atas kerusi tersebut, Wonwoo pun mula melilitkan tubuh Jin menggunakan tali rafia dengan bantuan Jun.
Apabila semuanya selesai, Wonwoo mengarahkan Zuho supaya menolak meja tersebut ke hadapan Jin. Tidak lupa juga Wonwoo menyuruh The8 supaya menutup mulut Jin menggunakan solitep tersebut.
"Apa nama awak?" Soal Wonwoo setelah menarik kembali solitep yang ditutup ke mulut Jin tadi.
"Apalah abang ni! Soalan kacang macam tu boleh tanya saya? Nama saya Princess Jinnie yang cantik lagi comel dalam abad ni." Balas Jin lalu mahu memflipkan rambutnya tetapi tidak boleh kerana rambutnya pendek.
"Siapa kami semua?" Soal Jungkook pula.
"Abang-abang sayalah! Takkanlah adik-adik saya pulak." Jawab Jin sambil tersipu malu. Meluat mereka melihatnya.
"Soalan terakhir. Bila tarikh lahir awak?" Soal Woozi pula.
"Mestilah tarikh lahir I ni 30 Disember 2001." Balas Jin lalu menutup mukanya kerana malulah sangat.
"Parak dah sakit Jin hyung ni." Kata Dawon. Wonwoo tanpa berkata apa-apa terus pergi ke dapur lalu mengambil senduk azimat Jin tersebut. Dia kemudiannya kembali semula sambil mengacukan senduk tersebut ke arah Jin. Tanpa berkata apa-apa, Wonwoo terus mengangkat senduk tersebut dan mengetuk kepala Jin dengan sederhana kuat.
"HIYARGHHHH!!!" Jerit Wonwoo.
"WONWOOOOO!!!!
YOU ARE READING
WE ARE FAMILY!! BTSEVENTEENSF9
HumorApabila 29 jejaka yang kurang kematangannya ditakdirkan untuk hidup bersama-sama dalam satu rumah yang besarnya kalah bapak rumah. Pelbagai karenah yang dapat disaksikan mereka beduapuluh-sembilan. "Aku bagitahu Yoongi hyung kau sorok komamon dia! ...