PUASA

649 40 14
                                    

"KRING!! KRING!! KRING!! KETUNG KETANG!! KETUNG KETANG!!! PON PON!!! PON PON!! NI NO!!! NI NO!! BOOM KEBABOM!!! BOOM KEBABOM!!! WOI BANGUNLAH ANAK-ANAK TAK GUNA!!! AKU KERAT TELINGA KORANG BUAT SUP TOMYAM BARU TAU!!! PASTU AQ BAGI SEUNGKWAN MAKAN KORANG NAK KE!!!" Jerit Jin dari bawah. Hanya dia sahaja yang menyiapkan makanan awal pagi itu. Dia kejut Mingyu drngan Inseong untuk tolong dia masak. Dua-dua malas tak nak bangun. Akhirnya Jin membawa hati yang lara ke dapur sorang-sorang. Maklumkan first day puasa. Dia excited terlebih.

Mendengar kata-kata hyung tertua itu pantas semua berebut-rebut keluar dari bilik. Mereka berbaris pantas di hadapan Jin. Jin mengira mereka semua. Masing-masing telan air liur kerana kalau tak cukup seorang mesti Jin akan menyinga.

"26, 27... Mana lagi sorang? Gula tu mana?" Soal Jin seperti polis menyoal pesalah. Mereka tergaru-garu kepala sambik menunduk. Tak berani melihat muka Jin. Jin kalau marah memang serupa jin.

"Gula tu kat bilik 2. Inseong! Jeonghan! Mana Suga!" Soal Jin kuat. Terasa berpasir air liur Inseong dan Jeonghan untuk ditelan. Perlahan-lahan mereka angkat muka memandang wajah Jin. Jin angkat kening melihat kedua adiknya itu.

"Ala hyung ni. Macam tak kenal perangai Suga hyung. Kalau bom meletup pon dia sambung tido balik. Penat Inseong dengan Jeonghan kejut dia. Dia tak nak bangun jugak." Adu Inseong. Dia mengharap Jin akan lembut hati. Itu bukan salah mereka. Salah Suga. Sapa suruh susah sangat bangun.

Jin terfikir-fikir. Betol juga apa yang Inseong cakap. Atok gula tu memang payah nak bangun. Nampaknya aku kena guna kuasa veto aku macam ni. Jin berkata-kata dalam hati. Tanpa berkata apa-apa, Jin naik ke atas dan melangkah ke bilik 2. Dilihatnya Suga sedang tido terbongkang di atas katil. Kumamon hitam yang selalu dipeluknya sudah menjadi alas kaki Suga. Jin mengeluh. Dia mendekati Suga.

"Hoi Gula! Kalau kau tak bangun aku bakar laptop apple dengan si hitam kau ni!" Ugut Jin. Dan ternyata ugutan Jin membuahkan hasil apabila Suga terus berdiri daripada baringnya. Dia memeluk kumamon dan laptopnya seraya menjauhkan diri dari Jin.

"Jom turun. Kalau lepas aku keluar kau sambung tido balik. Kau fikir jelah apa yang akan jadi dekat si hitam dengan apple kau yg dh basi kena gigit tu." Kata Jin kemudian keluar. Suga mahu tidak mahu terpaksa mengikut langkah Jin keluar dari bilik.

Nampak sahaja kelibat hyung mereka, mereka pon mula menuju ke ruang makan. Tak berani pergi ke ruang makan dahulu kerana Jin akan menyinga. Dia akan menunggu semua orang ada di meja makan baru mereka boleh mula makan. Bak kata Jin, untuk mengeratkan silaturahim. Masing-masing mencuka kerana terpaksa bangun seawal 5.00 pagi.

"Hyung! Kenapa sarapan awal sangat hari ni hyung. Belom pukul 7 lagi pon. Nanti laparlah waktu tengah hari." Rungut The8. Dia menggaru-garu rambutnya yang serabai itu.

"Kau nyanyuk ke budak cina? Kan Jin hyung dah cakap semalam yang kita akan berpuasa hari ni. Tulah waktu orang jelaskan panjang lebar korang gi tidur. Padan muka." Balas Taeyang. Masih jelas di ingatan Taeyang dengan segala yang disampaikan Jin semalam.

"WHAT!! PUASA? APA TU?!!" Serentak kesemua 26 orang lelaki tersebut menjerit di pagi hari yang hening itu. Jin, Hwiyoung dan Taeyang hanya mampu sabar je.

Flashback....

"ATTENTION EVERIWANNN!!!" Jin menjerit di malam yang tenang itu. Terkocoh-kocoh 28 orang lelaki tersebut berkumpul di ruang tamu kedua. Jin tersengih-sengih dengan kecepatan adik-adiknya itu.

"Hyung ni kenapa menjerit malam-malam? Kesian jiran sebelah nak tido." Rungut Seungkwan. Mereka semua duduk di atas permaidani. Manakala hanya Jin seorang yang duduk di atas sofa.

"Malam ni aku ada pengumuman sikit." Jawab Jin sambil tersengih-sengih. Terbayang-bayang di matanya apa akan dimasak esok.

"Pengumuman apa hyung?" Soal Dawon. Dia menggulung-gulung rambutnya tapi tak lepas sebab terlalu pendek.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 20, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

WE ARE FAMILY!! BTSEVENTEENSF9Where stories live. Discover now