Mereka semua terkejut plus terkujat plus tergamam dengan tindakan luar dugaan Wonwoo. Mereka melihat Jin pengsan akibat diketuk dengan Wonwoo menggunakan senduk azimatnya itu. Masing-masing melopong sehinggalah keadaan menjadi sunyi sepi dalam 10 minit.
Krik.... Krik.... Krik...
Cengkerik sudah pun menjalankan tugasnya memgambil kesempatan untuk muncul apabila ada suasana sepi. Lama mereka berkeadaan sebegitu sehinggalah tiba-tiba Jin mula sedar dari pengsannya.
Jin membuka matanya lalu dilihat samar-samar wajah saeng-saeng tak diiktirafnya itu. Dia bangun namun dirasakan tubuhnya terlalu berat untuk diangkat. Jin terkejut kerana dia berada di atas kerusi dengan dililitkan dengan tali rafia serta tangan disilang ke belakang.
"WOI SETAN SEMUA TAK GUNA! APA KORANG DAH BUAT KAT AKU NI HAH!" Jerit Jin dengan amarah yang membara. Dia menghadiahkan pandangan yang setajam mata pedang baru diasah kepada pemuda-pemuda yang berdiri tidak jauh di hadapannya. Mereka semua menjadi gerun lalu sebanyak 27 jari telunjuk menuding ke arah Wonwoo yang masih terkaku sambil memegang senduk azimat Jin tersebut.
"KAU KETUK KEPALA AKU GUNA SENDUK AZIMAT AKU JEON WONWOO! KAU MEMANG TAK NAK HIDUP LAMA KE SETAN! CEPAT LEPASKAN TALI NI DARI BADAN AKU! BIAR AKU BUNUH JAMBAN BURUK TAK GUNA NI!" Marah Jin umpama kingkong tak dapat makan ayam panggang. Masing-masing tidak berani mendekati Jin untuk meleraikan ikatan tersebut kerana kemarahan Jin sudah berada di puncaknya.
Wonwoo hanya mampu tersengih-sengih umpama siput sedut basi lalu mencampakkan senduk azimat kesayangan Jin di lantai. Kemudiannya, Wonwoo mengambil langkah selamat dengan membuka langkah seribu sebelum Jin berjaya melepaskan ikatannya.
"HOI WONWOO! KAU JANGAN NAK LARI JAMBAN TAK GUNA! WOI MANGKOK AYUN! APA KORANG BUAT TERCEGAT KAT SITU! LEPASKAN AKU SEKARANG!" Jeritan Jin yang kuat itu menyebabkan 27 orang pemuda yang tercegat kaku tetus sahaja meluru ke arah Jin lalu melepaskan ikatan tali rafia tersebut. Tanpa berlengah lagi Jin terus mengejar Wonwoo ke tingkat atas tak lain tidak bukan di bilik air paling hujung. Memang itu port Wonwoo apabila dia sudah berbuat masalah dengan orang-orang di dalam rumah tersebut.
"Matilah Jeon Wonwoo." Kata Rowoon sambil memggeleng-gelengkan kepalanya.
"Aku harap bertaubatlah mamat tu daripada buat kerja gila macam ni lagi." Ujar Dawon menginsafi diri yang banyak melakukan dosa itu.
"HUWAAA! HYUNG AMPUN! WONWOO CUMA NAK PULIHKAN BALIK JE HYUNG YANG ASAL! KALAU WONWOO TAHU JADI MACAM NI SAMPAI KIAMAT PUN WONWOO TAKKAN IKAT BADAN HYUNG! AMPUN HYUNG!" Dari bawah kedengaran suara Wonwoo meraung-raung meminta ampun. Mereka hanya mampu menggelengkan kepala. Itulah Wonwoo, sapa suruh buat keputusan terburu-buru. Kan dah padah.
"Mingyu tolong masakkan ramen kat aku satu." Pinta Suga tiba-tiba kepada Mingyu yang berdiri di sisinya. Mingyu memandang pelik akan hyungnya yang seorang itu.
"Kau dah kenapa hyung? Tiba-tiba je mintak aku buat ramen." Pelik Mingyu jadinya.
"Alaa... Mingyu, tolonglah. Hyung lapar ni tak makan apa-apa dari tadi lagi. Tolonglah buat ramen kat aku je. Yang beruk-beruk ni semua pandailah dorang merempat cari makanan sendiri." Pinta Suga lagi. Dia membuat puppy-eyesnya sambil menayangkan gummy smilenya itu.
Mingyu terus-terusan menolak tidak mahu membuat ramen untuk Suga itu.
"Padanlah hyung tu. Tadi kitorang makan tengahhari sapa suruh hyung membuta dalam bilik dengan Kumamon hyung yang hitam tu." Kutuk Zuho sambik memcebikkan bibirnya dengan karenah mengada Suga itu.
"Ntah hyung! Sekarang padan muka hyung lapar." Celah Hwiyoung. Suga hanya menjeling ke arah nereka berdua namun tidak lama kerana dia mementingkan memujuk Mingyu untuk menyediakan ramen untuknya.
"Ish hyung ni! Yelah Mingyu pergi buat. Bising betol dok merayu-rayu kat anak orang." Rungut Mingyu mahu melangkah ke dapur namun terhenti apabila Hwiyoung memanggilnya.
"Hyung tolonglah buat untuk kami sekali. Lapar lagilah hyung. Tadi Inseong hyung makan banyak sangat sampai tak ingat orang belakang." Kata Hwiyoung mengharap.
"Betol tu. Kesianlah kat kami berdua ni lapar juga. Biskut-biskut dalam rumah ni pun dah habis sebab Jungkook makan. Macamlah kau tak tahu dia tu hantu biskut." Sokong Zuho lagi. Mingyu memandang Hwiyoung dan Zuho geram namun kemudian dia mengangguk geram. Tak pasal-pasal dia kena buli masak ramen pula lepas Jin mengganas.
Jungkook membawa balang berisi biskut kegemarannya iaitu Chipsmore lalu dibawa ke sofa untuk dinikmati sambil menonton drama Naagin. Dengan penuh perasaan Jungkook menonton sambil mulutnya tak lepas mengunyah biskut tersebut.
"Ish! Bapak jahatnya Sesha ni! Sama naik je orang tua tak sedar diri tu. Kesian Shivanya ni." Bebel Jungkook seorang diri kerana geram melihat kejahatan Sesha dan ibu mertua Shivanya.
Youngbin yang mahu ke biliknya terhenti langkahnya apabila melihat Jungkook membebel sorang-sorang sambil mengunyah biskut Chipsmore. Dia kemudiannya melangkah mendekati Jungkook lalu duduk di sofa bersebelahan pemuda itu.
"Kau tengok cerita apa ni Jungkook?" Soal Youngbin kerana mendengar bahasa yang sangat pelik dari kaca tv tersebut.
"Cerita Naagin." Balas Jungkook pendek namun tidak melepaskan pandangannya ke arah kaca tv.
"Hah! Cerita tahik?" Soal Youngbin pelik. Ada pulak cerita tahik ek?
"Ish hyung ni! Pekak betullah. Bukannya tahik tapi Naagin. N.A.A.G.I.N." Balas Jungkook lalu mengeja satu-satu huruf tersebut.
"Naagin? Cerita pasal apa tu? Asal pelik sangat tajuk dia?" Sampuk satu suara dari arah belakang. Jungkook dan Youngbin berpaling dan melihat Joshua datang mendekati mereka.
"Cerita ni pasal ular jadian. Naagin tulah ular jadian tu. Dia nak balas dendam dekat keluarga yang dah bunuh mak bapak dia sampai terpaksa kahwin dengan anak lelaki pembunuh tu. Dia pulak dah jatuh cinta kat suami dia tu." Jelas Jungkook. Dia mengalih semula pandangannya ke kaca tv apabila siaran iklan sudah habis.
Isk.. Isk... Isk..
Jungkook dan Joshua pelik mendengar seakan-akan bunyi tangisan lalu memandang sekeliling. Rupa-rupanya Youngbin menangis sambil memeluk kotak tisu. Sejak bila dia bangun ambik kotak tisu tu pun mereka tidak pasti.
"Oi hyung! Kau okay tak ni?" Soal Joshua apabila tangisan Youngbin tidak berhenti walaupun cerita tersebut sudah habis.
"Cerita ni sedihlah wei. Kesian mak bapak dia kena bunuh dengan kejam oleh bapak mertua Shivanya tu. Huuu. Sedihh.." Sebak Youngbin lagi. Mereka hanya buat tidak tahu dengan fi'il Youngbin dan meninggalkannya seorang diri di situ.
YOU ARE READING
WE ARE FAMILY!! BTSEVENTEENSF9
HumorApabila 29 jejaka yang kurang kematangannya ditakdirkan untuk hidup bersama-sama dalam satu rumah yang besarnya kalah bapak rumah. Pelbagai karenah yang dapat disaksikan mereka beduapuluh-sembilan. "Aku bagitahu Yoongi hyung kau sorok komamon dia! ...