J-HOPE PELIK

692 56 2
                                    

J-Hope bernyanyi-nyanyi kecil sambil menyiram pokok bunga tahi ayam yang Jin beli minggu lepas. Dahlah banyak, J-Hope sudah menegah Jin daripada membeli bunga tahi ayam tersebut tapi Jin berdegil kerana mengatakan bunga tahi ayam itu wangi.

"Hah dah siap pon kau orang semua! Bolehlah amu naik atas layan citer kartun Doraemon aku! Tata Titi Tutu!" J-Hope kemudiannya terus mencampak hose yang dia guna untuk siram pokok ke tanah begitu sahaja. Kemudiannya dia berlari terkedek-kedek masuk dalam rumah.

Kebetulan Jaeyoon yang baru nak keluar berjoging ternampak perlakuan si J-Hope terus mendekati tempat tersebut. Dia mengambil hose tersebut lalu mula memikirkan sesuatu untuk kenakan J-Hope.

"Hah! Aku tahu nak buat apa dengan kuda sesat tu!" Si Jaeyoon pon kemudiannya masuk ke dalam rumah dan tak jadi nak pergi berjoging.

Kebetulan sewaktu J-Hope hendak pergi ke biliknya, dia melihat pintu bilik kedua terbuka. Mulanya J-Hope hanya membiarkannya sahaja namun dia berasa pelik apabila Jin menyebut perkataan penyakit Rowoon.

"Suga, tadi doktor telefon hari Isnin minggu depan ada appointment Rowoon dengan doktor pasal penyakit Rowoon." Beritahu Jin. Suga yang mulanya ingin membalas tak jadi kerana ternampak kelibat J-Hole yang terintai-intai dari luar bilik mereka yang terbuka sedikit itu.

"J-Hope! Kau buat apa terintai-intai kat situ. Aku rotan bontot kau nak?" Sergah Suga. J-Hope terkejut dengan sergahan itu lalu tertolak pintu tersebut maka jatuhlah tersembam dengan selamat wajah J-Hope di lantai.

 J-Hope terkejut dengan sergahan itu lalu tertolak pintu tersebut maka jatuhlah tersembam dengan selamat wajah J-Hope di lantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hah! Padan muka kau! Sapa suruh terintai-intai macam beruk cari makanan kat situ." Jin kemudiannya tergelak kerana J-Hope sudah menunjukkan wajah kudanya.

"Dahlah J-Hope! Teruk sangat muka kau tu. Muka skunk lagi comel daripada kau." Suga dengan selamba badaknya mengejek J-Hope.

"Tak guna punya Suga hyung! Aku mengintai sebab tadi aku macam terdengar Jon hyung sebut penyakit Rowoon. Aku pon intailah korang." Jujur J-Jope. Dia malas untuk terus berdiam diri kerana Jin dan Suga asyik dok kecam dia dari tadi lagi.

"Masa bila aku sebut penyakit Rowoon? Merepek je kau ni J-Hope!" Jin cuba mengekalkan riak wajahnya. Padahal dalam hati rasa nak meletup je bila tahu J-Hope dengar apa yang dikatakannya tadi.

"Adalah hyung. Waktu aku lalu tadi alu dengar hyung sebut penyakit Rowoon." J-Hope cuba menegakkan benang yang memang tidak basah itu. Setahu dia, memang itulah perkataan yang disebut Jin walaupun dia tak dengar sepenuhnya.

"Kau salah dengar kot J-Hope. Padahal Rowoon baru je sihat dari demam dia tu. Aku rasa Jin hyung sebut demam Rowoon bukannya penyakit Rowoon." Cover Suga.

J-Hope yang sedang kebengongan itu menggaru kepalanya yang penuh dengan kutu. Gurau gurau. Si J-Hope ni dah seminggu tak basuh rambut sebab tu gatal macam ada kutu babun kat kepala.

WE ARE FAMILY!! BTSEVENTEENSF9Where stories live. Discover now