Part 17 : Read Carefully

1.3K 123 26
                                    

Wilma dengar suara burung berkicau, udara segar juga terasa membelai wajahnya. Macam tidak mahu bangun tidur pun ada takut perasaan nyaman ini akan menguap dan meninggalkannya dengan semua kekacauan itu semula. Tidak... tidak lagi mulai detik ini.

Dia angkat tangannya keatas kepala dan meluruskannya  seperti biasa. Sungguh bau bunga-bungaan itu sangat mengoda penciumannya. Dan masanya untuk membuka mata...

Seorang lelaki membelakanginya, lelaki itu berdiri di depan tingkap besar hampir seluruh biliknya terdedah kepada alam luar! Ada gunung... bukit dan pokok pine...alamak dia mungkin telah diculik dan berada di luar negara?!

Dan pemandangan lebih cantik ialah tubuh seorang lelaki tanpa baju sedang membuka daun tingkap menghala ke luar dan membiarkan udara sejuk itu membelai tubuh si pemerhati. Wilma tersenyum akhirnya begini pula kisah hidupnya.

"Ehemm..."

Wilma membersihkan tekaknya sambil berusaha bangun dan tiba-tiba merasa pening. Si lelaki itu menoleh dan cepat-cepat menghampirinya membantu Wilma duduk lurus.

Kusai : Kau masih lemah, jangan banyak bergerak.

Katanya dengan wajah serious sambil memerhati Wilma dengan saksama. Wilma tidak sakit cuma sedikit pening menyerangnya. Wajahnya juga berseri-seri melihat si kusai didepannya. Sampai-sampai kusai itu mengerutkan keningnya.

Wilma : Dear... I love you...

Wilma memeluk tu kusai tiba-tiba, sambil pejam matanya dia biar hidungnya sedut wangian khas tubuh si kusai dengan mengeselkan hidungnya pada dada si kusai.

Kusai : Wilma...!?

Kusai itu seperti terkejut diperlakukan seperti itu. Wilma pula masih lagi tengah kesyokan cium dada si kusai. Membuat si kusai perlahan menolak bahu si Wilma dan merenungnya dengan pandangan sedikit bingung.

Wilma : Oh nama itu... panggilan untuk saya?

Wilma senyum mengoda dan buat tu kusai tambah serba salah berdepan dengan Wilma yang seperti buang tabiat.

Kusai : Kau tidak ingat ka nama kau?

Wilma kelihatan berfikir sebentar, nampak bingung tapi sekejap sahaja matanya kini mula merenung tajam ke belakang si kusai. Kearah seorang sumandak yang datang dengan dulang berisi mangkuk bubur nasi.

Wilma : Kau siapa!?

Si kusai membelalakkan matanya, Wilma kelihatan berbeza.

Kate : Morning Tuan EJ, and... hello morning Puan, nama saya Kate. Saya pembantu.

EJ : Wilma, nama dia Wilma.

Kata EJ sambil berdiri macam tidak selesa, dia keluar dari bilik itu dan membiarkan tondu itu meletakkan dulang di meja berhampiran tempat tidur Wilma. Dia mula menyusun letak berberapa peralatan kemudian memandang Wilma.

Kate : Makan lah Puan supaya cepat sembuh.

Wilma cemburut, dia tidak senang dengan cara kusai... er... namanya EJ. Wilma pegang pelipisnya yang agak sakit dan dia baru menyedari kepala... seluruh kepalanya berbalut.

"Arghhh...!!"

Kate melihat Wilma panik dia mendekati Wilma cuba memegang kedua tangan Wilma yang cuba membuka balutan kepalanya.

Kate : Nurse!!!

Salah seorang nurse masuk dan melihat kearah Wilma, dia datang dan bercakap-cakap dengannya.

Nurse : Puan rasa sakit?...

Dalam masa yang sama Wilma pandangannya tidak fokus.

Wilma : I want my husband...

MISSINGWhere stories live. Discover now