Part 1: Raining

3.8K 159 5
                                    

Wilma Peter, mummy berikan nama watak cartoon The Flenstone padanya. Katanya nama itu bagus untuk anak perempuan. Setia, ramah, cantik dan paling penting isteri serba boleh Encik Flenstone. Itulah mummy sebenarnya bukan dia, baginya Wilma Peter nama yang boleh membahagiakannya sepanjang hayat. Pun setakat ini nama itu belum memberi keberuntungan seperti layaknya keberuntungan Wilma isteri Encik Flenstone.

Pada usia 26 tahun, Wilma belum juga berkahwin. Bukannya tidak laku atau memilih, dia ada boyfriend berkerja sebagai inspector polis berumur 28 tahun. Mereka sudah berhubungan semenjak tiga tahun lalu. Itu pun berkenalan dalam sebuah acara melibatkan belia muda-mudi gereja sebagai sukarelawan menjadi facilitator aktiviti kanak-kanak Sunday School.

Sungguh tiada yang menarik, Chris pernah kenalkan dia pada kedua ibubapanya yang dingin dan kelihatan seperti tidak pandai senyum atau memang tidak pernah tersenyum, ya keduanya begitu. Dan sehingga hari inipun Chris belum pernah sekalipun bagi hint yang dia ingin melamar Wilma. Dan Wilma masih bersamanya tanpa tahu bagaimana nasib hubungan mereka untuk esok harinya.

Oh mereka rasanya belum pernah bertengkar, juga tidak ada rasa cinta menyala-nyala. Maksud Willma, dia tidak atau belum pernah merasa ditinggalkan, belum merasa diduakan atau dia juga belum pernah tidur bersama airmata. Ya Chris nampaknya lelaki paling stabil sebagai calon suaminya. Dan ya Wilma menantikan lamaran itu diucapkan Chris padanya.

Kelayakan untuk layak menjadi pasangan Chris bagi Wilma nampaknya OK. Wilma berkerjaya sebagai seorang guru. Guru sekolah rendah dan opsyen sains. Dia suka kanak-kanak, banyak menghabiskan masa bersama anak-anak orang yang tidak dikenali menjadi anak didiknya. Juga sama sibuknya dengan semua guru di sekolah tempatnya berkerja. Maklumlah masing-masing dengan tugas dan usaha tersendiri untuk menjadi lebih terampil atau paling kurang mampu stabilkan kemampuan serba boleh yang ada.

Stabil, itulah dia sekarang masih bujang kerana belum dilamar tetapi tidak jauh beza dengan rakan sekerja yang lain yang masih membujang dan terlajak bujang. Hairannya seorang guru wanita sepatutnya tidak dijauhi atau ditakuti lelaki sebab kemampuan sudah full pakej, tinggal menjadi isteri sahaja.

Bagaimanapun kehidupan Wilma umpama wayang P.Ramlee yang balik-balik ditayangkan tanpa ada sedikit pun perubahan setiapkali di tayangkan dari dulu sehingga sekarang. Serupa setiapkalinya malah Chris mampu menghafal dialog setiap filem alahyarham Tan Sri P.Ramlee. Sungguh, sama sekali dengan kehidupan Wilma setiap hari. Aktiviti setiap hari yang tidak pernah lari dari rutin, sesekali berubah tapi itupun mungkin dua bulan sekali. Misalnya dia perlu berurusan atau tiba-tiba Chris mengajaknya makan di luar. Membosankan.

* * *

Hari ini juga aktiviti yang sama berulang hanya Wilma hanya menukar sedikit dengan balik ke rumahnya pada jam yang lebih lambat. Selepas tengah malam kira-kira jam 2 pagi. Mummy memang tidak membenarkannya memandu sendiri tetapi ada masanya malah selalu Wilma memberanikan diri balik sendiri. Contohnya malam ini dia perlu balik untuk memastikan instrument sokongan yang sudah penat dia buat tidak dilupa untuk dibawa bagi aktiviti PDPC esok.

Oleh kerana malam, Wilma berpendapat dia paling ngam memakai short pants dan sweater supaya top tanpa lengan tersembunyi dan kurang sejuk bila pasang aircon sepanjang jalan nanti. Cukuplah begitu, tiada siapa yang mahu tengok dia juga. Chris...? Seperti biasa dia adalah kekasih hujung minggu yang rutin dan tidak pernah menganggu hari-hari biasanya.

Memandu malam adalah aktiviti yang akan dilakukan Wilma hanya bila terpaksa. Dia tidak suka gelap, pandangan terhad juga kelajuan yang terhad. Ya tapi dia sesekali menukar rutin itu seperti hari ini dia bawa keretanya dengan kelajuan 100/kmj di waktu malam, jalan yang gelap dan sejuk.

Namun 100/kmj itu mula menurun dan menurun sehingga 40-60/kmj apabila hujan lebat mula turun dan Wilma mula menyesali hanya memakai short pants sahaja. Dia mula mengigil kesejukan, hanya terpaksa terus membiarkan aircon kereta terpasang (macam minta puji) bagi mengelakkan cermin kereta berkabus dan membahayakan nyawanya atau orang lain serta hidupan lainnya di luar sana.

MISSINGWhere stories live. Discover now