Part 4: Amanda Emelda

1.6K 124 9
                                    

"The Palace Road"

Wilma baca kuat-kuat nama jalan yang paling sibuk itu sambil menoleh ke belakang. EJ melihatnya dengan pandangan ngeri. Kusai itu marah, baring dengan kaki dibengkokkan pasti sangat tidak selesa. Wilma tidak peduli dia cuma angkat bahu, dia hanya mau tolong bukannya mau terlibat sama ni kusai.

EJ : Myvi blue tu ada lagi ka?

Wilma : Endak suda sya nampak, tiada la kali tu.

EJ mengetap giginya, rahangnya kelihatan tegang. Dia bangun dan memerhati sekeliling. Jam, dimana-mana pun jam.

EJ : Don't trust anyone including me and remember that we never know or met before. Unlocked this car.

"Tack..."

Bilangnya sambil keluar dan tutup pintu kereta kuat-kuat dan menghilang ditengah kesibukan jalan raya. Wilma mencebik, dia lock kembali Axianya perlahan-lahan memandu kembali ke rumah. Dia merasa lega lelaki yang disangkanya ya masih dipercayainya sebagai gangster itu baru sahaja menghilang dari hidupnya.

Dengan kepala pening dan hingus mahu meleleh dia singgah di klinik, mendapatkan rawatan, ubat dan MC untuk hari ini. Wilma patut mendapatkannya lebih awal sekiranya dia tidak bermain polis penjahat dengan EJ.

Wilma singut hidungnya, dia masuk supermarket Giant membeli keperluan harian, makanan dan buah-buahan termasuk sayur. Dan terakhir dia ambil bungkusan besar chocolate cadbury dan membayar semuanya sebelum menyesal. Dua plastic bag penuh di kedua belah tangannya dimasukkan dalam kereta. Dia hidupkan engine dan memandu pulang ke rumah.

Dari jauh dia sudah melihat kereta Chris diparkir di luar rumah. Wilma senyum, pada hari-hari biasa Chris datang dan ini melupakan kejutan luar biasa. Gate pintu dibuka secara automatic dan Wilma memakir keretanya didalam.

Wilma : Hi rajin ko datang hari ni.

Chris tidak menjawap dia angkat tangan kanannya menyentuh dahi Wilma. Panas dan dia berbalik mengangkat barang makanan yang dibeli Wilma. Mengangkat semuanya menuju meja dapur. Menuju sinki dan dia memegang dua mug yang masih berada dalam sinki dengan sedikit menyelidiki.

Chris : Do you have guest this morning?

Bilangnya sambil meletakkan mug yang sudah dilap ke tempatnya. Wilma terhenti memasukkan sayur dan buah ke dalam peti sejuk.

Wilma : Em.. just si Shima singgah tadi sebelum jalan p kerja.

Jawab Wilma dengan jawapan bunuh dirinya. Sebab itu dia perlu membuang semua bahan bukti kerana Chris sangat teliti dengan semua itu. Chris berjalan memutar berhenti pada tingkap dapur dan menoleh lagi pada Wilma.

Chris : Kau masak, kamurang sempat makan nampaknya.

Wilma mengangguk sambil menelan ludahnya. Chris... Chris dia...

Chris : Why on earth kau sibuk melayan orang lain sedangkan kau demam teruk Wilma?

Wilma berdiri lap tangannya yang basah di seluar jeans pendek yang sedang dipakainya. Tidak menjawap pertanyaannya Chris, nanti tambah melarat. Dia ambil dua mug meletakkan kopi untuk Chris dan tea untuknya. Dia bancuh keduanya dengan air panas dari penapis air automatic yang baru dibelinya. Meletakkan diatas meja makan dan duduk disitu sementara Chris sibuk menyelidiki.

Wilma : Tiada yang mau tulung sya. Kau pun tidak mau kahwin sya kan? Jadi jangan cakap banyak kalau sya masih berkerja bila sakit sebab sya terpaksa Chris.

Chris mendecak lidahnya sambil tersenyum, dia tengok Wilma. Sumandak yang sudah bersamanya sejak tiga tahun lalu. Sumandak yang dia cukup suka tetapi ibunya tolak mentah-mentah. Wilma pun tahu tentang itu.

MISSINGWhere stories live. Discover now