Part 9: Suspicious Sound

1.4K 115 5
                                    

Wilma berpegang pada meja makan, dia menarik nafas. Cuba memulihkan rasa menginginkan EJ. Sebentar kemudian dia melihat dimana menghilangnya EJ. Tidak sempat walau sipipun kelibat EJ yang marah-marah, tu kusai bergerak dengan laju. Wilma kemudian meneruskan kerja menggumpul pinggan mangkuk, mengangkatnya ke sinki dan mula mencuci.

"Ehemm..."

Seseorang berdehem di belakangnya, Wilma menghentikan tugas mencuci dan berputar ke belakang. Febian berdiri di tepi peti sejuk memegang sebotol air. Matanya memandang Wilma serious tiada senyum. Macam dia mau bercakap tapi Wilma memutar tubuhnya dan menyelesaikan kerja mengeringkan pinggan mangkuk. Wilma melap tangannya dan bermaksud untuk kembali ke bilik.

Febian : Sorry, sya mau cakap sikit.

Bilangnya bila Wilma yang memegang dada dan kelihatan terkejut. Febian tersengih sedikit, salahnya berlama-lama disitu dan memerhati sumandak itu meneruskan kerja mencuci pinggan. Sebenarnya sesekali melihat perempuan berkerja didepannya pun boleh membuat kepalanya yang berserabut menjadi lebih lega. Ya walaupun perempuan yang dimasukkan itu adalah perempuan bermulut terlebih pintar macam Wilma.

Wilma : Sya boleh tolong apa Tuan Febian?

Febian memandang Wilma dengan jelingan geram ni, mula sudah tu perempuan. Berpeluk tubuh macam lah dia yang mengatur semua dan berlagak macam tuan rumah pula.

Febian : Macam mana mau cakap ar, kau saksi dan EJ juga saksi.

Wilma : Jadi apa?

Febian : Jangan ada hubungan emosi, please. Ia akan mempengaruhi kesaksian anda di mahkamah nanti.

Wilma mengeratkan tangannya yang berpeluk tubuh itu. Dia melotot kearah Febian dan maju dua langkah mendekat kali ini matanya dipicing hampir tidak kelihatan. Sepet

Wilma : Hello... It's not me seduce EJ or you tapi kamu yang terpancing.

Febian menelan liur, betul Wilma agak menarik perhati mereka. Sikap degil tetapi wajah tidak bersalah itu bikin buat hati gerigitan. Suaranya akan terdengar melengking-lengking kalau bercakap, sembarang saja dan setelah itu tidak berasa bersalah.

Febian : Wilma, kau sumandak yang bikin...

Febian kelihatan mengetap giginya, tidak berusaha melihat Wilma yang mendongak kearahnya. Tondu itu memang menganggu fikirannya.

Wilma tersengih dia bangga, lelaki di hadapannya ini tidak berani meneruskan kata-katanya.

Wilma : Kau suka sya kan Febian?

Febian memandang Wilma dengan mata melotot, mulutnya terbuka...

Wilma : No, endak payah la. Simpan saja

Bilangnya sambil menepuk-nepuk dada Febian. Wilma berbalik dan meninggalkan Febian.

Wilma : Oh, tidak akan ada hubungan emosi Tuan. Sya janji.

Katanya berbalik semula dan tersenyum pada Febian yang masih melotot kearahnya. Tondu itu kemudian menghilang dari pandangan Febian yang meminum habis air botol ditangannya.

Febian menghela nafasnya dan berlalu menuju ruang kerja rakan-rakannya. Semuanya dalam keadaan biasa Alice di gate kali ini bersama Albert anggota paling senior, masih bujang dan biasanya bertugas disebalik tabir.

Gigy si montel akan diturunkan kalau ada tugas tambahan kini tidur lena setelah penat memasak. Tukang masak Sir Angelo yang tiada tolak banding tetapi selalu menjadi penyusup yang tidak dicurigai oleh siapapun. Jangan cuba bergurau dengannya atau ingin mati disepit, art material lebih hebat berbanding tubuh montel itu.

MISSINGWhere stories live. Discover now