Part 16: Once Open a Time

1.4K 120 16
                                    

"Knock... knock..."

Pintu diketuk berkali-kali, suara ketukan yang berulang-ulang dan kedengaran memaksa penghuni rumah untuk bangun dan membukakan pintu. Mr Tony berpaling memandang tingkap yang boleh memperlihatkan siapa yang mengetuk dengan tidak sabar dari luar.

"Ohh... sampai pun"

Tony : My son...

Mr Tony berjalan kearah pintu dan membuka locknya, si pengetuk untuk masuk. Mata Mr Tony memandang lelaki itu masuk, pakaiannya sedikit tidak terurus dan kelihatan letih. Luar biasa penampilannya kali ini. Kusai itu tidak pedulikannya, terus sahaja melintas didepan Mr Tony sambil merengus dan masuk ke biliknya tanpa menegur Mr Tony. Biadab!

Berberapa minit kemudian lelaki itu keluar dari biliknya. Rambut basah dan kelihatan segar dengan balutan pakaian bersih. Kali ini pun dia tidak menegur Mr Tony, terus sahaja ke dapur memeriksa makanan dan peti sejuk. Meletakkan hampir semua benda yang boleh dimakan diatas meja dapur dan mulai memakannya dengan lahap. Seperti seharian dia tidak menyentuh makanan.

Mr Tony berdiri menyandar di pintu dapur menggeleng melihat perlakuan anak lelaki satunya ini berbeza sekali. Kerjanya mungkin menuntutnya memberikan tumpuan berlebihan sehingga kusai muda itu kelihatan berserabut sahaja.

Kusai : Dad, sya mau berhenti kerja.

Kata kusai itu yang kini menuju sofa, duduk dan cuba membuat dirinya selesa duduk disitu.

Mr Tony memicit pelipisnya, dahinya sedang berkerut menahan perasaan bercampur-campur dikepalanya sambil memandang lelaki yang duduk bersandar dengan santai di depannya.

Mr Tony : Why son?

Lelaki itu pura-pura menutup matanya buat-buat tidur. Sengaja kasi limpas kata-kata yang diucapkan bapa kandungnya itu.

Mr Tony : Son... sudah ko fikir panjang kah?

Mr Tony mengengam tangan kanannya dia letak di dahinya sambil memejamkan matanya. Tekanan darahnya mungkin meningkat bila berhadapan anak kusai yang satu ini.

Si kusai tidak peduli, sengaja menyilang kakinya diatas sofa panjang itu sambil berbaring. Mr Tony berdiri memandang ke luar...

Kusai : Sya yang kasi tentu hidup sya, daddy kan terlalu baik hati, lemah lembut nah tengok orang lain mau rampas harta Mummy.

Katanya masih dalam posisi berbaring.

Tony : Son jangan begitu, Mummy tidak sekejam itu...

Kusai : Daddy tidak pandai mengurus semua ini...

Darah Mr Tony menyirap, dia pegang dadanya sambil mengurutnya perlahan. Semua mungkin salahnya juga...

* * * Flashback* * *

Lebih kurang 30 tahun lalu.

Seorang sumandak duduk dengan resah menunggu si tanakwagu selesai kelas kimianya. Tu sumandak kelihatan agak bingung tetapi bukan takut. Semasa Tony keluar dari kelasnya bersama yang lain laju tu sumandak mengapai kearahnya. Tony tersenyum si sumandak itu akhirnya mencarinya.

Tony : Amanda...

Katanya sambil menghampiri tu sumandak, siap dia pasang senyum mengoda lagi. Tu sumandak memang cantik tetapi jual mahal. Tony akui dia sangat mencintainya walau tu sumandak macam endak pun sukakannya.

Amanda : I'm pregnant Tony...

Mata Tony melotot kepada sumandak itu, dia tidak tahu harus menyatakan apa. Hari itu Amanda datang menemuinya sambil menangis mengadu padanya bahawa dia bergaduh dengan Emelda adik kembarnya. Dan Tony tidak tahu dimana silapnya akhirnya mereka terlanjur.

MISSINGWhere stories live. Discover now