Part 28: Selfie

1K 120 12
                                    

Sir Angelo menghadam perkataan-perkataan yang keluar dari mulut Jacob dan Alice semasa dengan menemukan mereka didalam van.

Alice memang tidak diajak dalam ops itu kerana dia menyelip keluar pada waktu kerja dan tanpa diberitahupun mereka semua ialah suspek yang berkemungkinan pengkhianat.

Sir Angelo mesti bertindak cepat sebelum salah satunya terbunuh atau kedua-duanya sekali. Dia perlu tahu siapa di antara kedua anak buahnya itu yang sedang mengkhianat.

Peluh dingin mula mengalir dari pelipisnya dan akhirnya dia arahkan muncung pistol pada Jacob...

Sir Angelo : I'm sorry son.

Katanya dan melepaskan tembakan mengena dada Jacob yang tidak sempat berkata apa-apa. Dia perlu buat itu untuk selamatkan yang lain.

Sir Angelo : Alice mari...

Katanya bergerak bersama tondu itu menuju perkarangan rumah EJ.

Jacob terkejut tindakan yang diambil oleh Sir Angelo itu membuatnya kesakitan dan pengsan seketika. Bayangkan sahaja kalau Alice melepaskan picu dan peluru itu bersarang di kepalanya.

Jacob kehilangan sadarnya, mungkin lama juga sehingga dia mula merasakan sentuhan didadanya.

EJ : Are you okay?

Jacob membuka matanya, batuk dan mengurut dadanya.

Jacob : Arghhh... sakitnya!

EJ tersengih melihat Jacob yang masih mengurut dada dan duduk sambil mengatur nafasnya.

Jacob : Still alive bro.

Katanya mulai tersengih dan EJ menepuk bahunya sambil menunjuk bajunya yang berlubang.

Jacob : Jacket kalis peluru, daddy ko memang hebat.

Jacob mencapai senjata tambahan dan menghulurkannya pada EJ. EJ memegang pistol itu dengan ragu-ragu. Jacob mengambilnya semula menunjukkan cara menggunakannya dan pistol itu kembali ke tengan EJ.

Jacob : Sya sudah hubungi polis dan tandakan koordinat lokasi kepada mereka.

EJ mengangguk, Jacob tunjukkan plan penyelamatannya.

EJ : Jadi kita tidak selamatkan diorang lah ni?

Jacob : Tidak kita tidak akan mampu tapi kita elakkan ada kemalangan jiwa yang mungkin berlaku. Bertahan sehingga polis sampai.

EJ mengangguk mereka bergerak menuju kawasan taman dan berdiri di sebalik tiang sambil memerhati pergerakan di dalam ruang tamu dari sebalik tiang.

Ada dua orang penjahat yang sedang berkawal di luar. Alice kelihatan bercakap-cakap didalam dan Sir Angelo duduk di lantai dengan tangan dan kaki terikat bersama Albert dan Jack.

Jacob : Sudah sya agak tu tondu memang buyuk!

EJ : Mana pigi Febian?...

Jacob memandang EJ tanpa senyum. Febian ialah orang harapan Sir Angelo. Jacob sendiri tidak tahu, kusai itu selalu bergerak sendiri.

EJ : Sya harap dia bukan salah satu dari lelaki bertopeng itu.

* * * few minutes before * * *

Febian meninggalkan Kate dan JC berdua di dalam biliknya sewaktu  bunyi tembakan ketiga kedengaran. Tanggungjawab utamanya adalah menyelamatkan EJ.

Saat dia keluar bilik tadi dia nampak Wilma sedang menuju ke sana berseorangan. Bagus, lebih baik tondu-tondu itu semua berkumpul satu tempat.

Febian mengenggem pistolnya dengan erat melangkah berhati-hati menuju dapur dimana tembakan terakhir kedengaran.

MISSINGWhere stories live. Discover now