Part 11: Fenural

1.4K 112 6
                                    

Pengebumian Mummy Amanda dan Uncle George dihadiri keluarga, saudara dan rakan-rakan. Termasuk Mr Tony yang datang bersama sebahagian besar pekerja mereka. Dia turut datang menemui EJ, JR dan isteri serta Sir Angelo keluarga Mrs Amanda terdekat yang datang.

Mr Tony : Deep condolences to your lost, son.

EJ tidak terus memandang pada Mr Tony, hatinya masih sakit. Lelaki itu tidak pernah disukai Mummy Amanda tanpa alasan tertentu, hampir semua yang berkaitan Mr Tony tidak disukai Mummynya semasa hidup. Itu yang EJ nampak, tetapi dia tidak ada bukti kalau-kalau Mr Tony terlibat dengan pembunuhan itu. Sama seperti dia tidak tahu bagaimana hubungan sebenar antara keduanya.

Mr Tony : Take care you self... Oh jumpa untuk mesyuarat akan datang nanti EJ.

EJ tahu maksud Mr Tony, dia baru mendapat surat peguam tentang wasiat Mummy Amanda yang akan dibacakan minggu hadapan. Dan berkemungkinan dia juga adalah calon CEO Syarikat Agro mummynya sekiranya tidak ada perubahan.

EJ : Thank you for coming sir.

Sir Angelo menempatkan orang-orangnya di berberapa tempat untuk melindungi EJ juga menyelidik siapa sebenarnya dalang pembunuhan kejam ini.

Suasana agak redup, mendung tapi tidak hujan. EJ diapit oleh Sir Angelo dan adiknya JR, mereka berpakaian serba gelap sebagai tanda berkabung diatas pemergian Mummy Amanda dan Uncle George. Setelah doa dibacakan, keranda Mummy Amanda dan Uncle George diturunkan dengan perlahan. Saat itu kesedihan seakan menyelubungi sehingga EJ memegang dadanya sambil memejamkan matanya. Mereka tinggal sehingga semua penziarah pulang.

EJ : Rest in peace mom, I love you and always love you.

Bisik EJ dan meletakkan jambangan bunga diatas kubur Mummy Amanda. Begitu juga dia turut meletakkan bunga segar diatas kubur Uncle George sambil diperhatikan Sir Angelo dan JR.

JR mendahului mereka, Thea sudah menunggunya didalam kereta. Dia dan Thea akan pulang terus ke KK tanpa singgah kemana-mana lagi. Berberapa langkah sebelum sampai ke kereta JR melihat sebuah motorbike ditunggang perlahan, berhenti dan penunggang dengan helmet full face itu memandang kearah mereka. Mengeluarkan sesuatu dari jacketnya, .... pistol! JR kaku sekejap dia hampir panik.

Dengan gerakan perlahan penunggang motorbike itu mengangkat pistol dan membidik kearah mereka. JR perlu bertindak cepat dia memutar langkahnya dan berteriak.

"Tundukkkk....!!"

Dan ketika itu Sir Angelo yang berdiri dihadapan EJ memandang lurus ke depan hairan pada JR yang berlari secepat kilat menerkam kearahnya dengan teriakan kuat. Seketika masa seakan berhenti dia turut melihat penunggang motorbike itu membidik mereka dan dia sudah tidak mampu melindungi EJ. JR sudahpun menolaknya jatuh tanpa dia tahu nasib EJ.

... Uhhh...

EJ yang baru selesai meletakkan bunga pada kubur Uncle George terkejut mendengar amaran dari JR dia turut jatuh bersama-sama JR dan daddy. Dalam kiraan saat bunyi motorbike dipandu laju berdesing memekakkan telinga.

Vrooommm....

Sebuah motorbike dipandu laju meninggalkan kawasan perkuburan. Seketika itu juga Febian berlari menghampiri mereka, ditangannya ada pistol.

Febian : Alice, kejar dia sampai dapat. Jacob kesan pergerakan suspek, sebentar tadi dia menuju Pogun Road ke utara. Gerakkan misi mengesan dan tangkap sampai dapat.

Febian bercakap melalui handsfree. Sementara JR dan EJ sedang mengawasi Sir Angelo, lelaki berusia itu tidak sedarkan diri. Tembakan penunggang motorbike sebentar tadi mengena dada kanannya hampir ke bahunya.

Febian : Ambulance, disini cepat Jack...

JR memandang EJ, matanya merah menahan tangis. EJ menelan ludah. Kejadian ini tidak terfikirkan oleh mindanya. Dengan ada kawalan polis dan kakitangan daddynya kejadian ini boleh pula berlaku.

MISSINGWhere stories live. Discover now