Aku berlari-lari anak ke arah pakcik yang menjual aiskrim di tepi taman permainan itu.
Setelah mendapatkan aiskrim kegemaran ku itu, aku berjalan menuju ke bangku yang disediakan di persekitaran taman itu. Nasib ku malang apabila sekumpulan budak lelaki yang berbadan gempal datang merampas aiskrim aku lalu melemparkan aiskrim itu ke dalam longkang.
Aku menangis. Mereka ketawa apabila melihatku tersedu-sedu menangis sebegitu. Ya, aku seorang yang cengeng!
Bukan senang weh nak beli aiskrim perisa durian tu. Penat aku simpan duit semata-mata nak beli aiskrim tu. Sekarang duit simpanan aku telah habis digunakan.
Air mata yang turun laju dari tubir mata , aku kesat.
"woi apa yang korang buat ni hah ?" Marah seorang budak lelaki sekitar umur 12 tahun yang berada betul betul di belakangku.
Sekumpulan budak lelaki yang sebaya umur denganku terus berlari meninggalkan kami.
"awak okey tak .. ada cedera kat mana mana tak ?" tanya lelaki itu kepadaku. Mata ku mula bersinar-sinar. Heroku!
"Ri..sa okey je.. " gagapku berbicara di hadapan lelaki comel itu.
"ohh nama awak risa ? Risa.. nak saya belanja aiskrim awak tadi ?" aku terus mengganguk setuju . Pantang betul aku bila dengar aiskrim ni. Tambah tambah perisa durian. nyum nyum.
**
"umur awak berapa ?" tanya lelaki ini sambil merenungku. Aku yang merasakan diri ku ditenung terus mengalihkan pandangan ke arah lain." 5tahun.." kataku selamba sambil melihat wajah heroku yang terangguk-angguk.
"nama awak apa .. awak tinggal kat sini jugak ke" tanyaku lagi.
"Aryan Rafi, tapi panggil Ayen je.. ya saya baru berpindah ke sini" kata Ayen ceria.
"Ayen ! " Panggil ibu Ayen. Tergendala sebentar perbualan kami .
"err Risa, ibu saya dah panggil saya pulang tu, nanti kita bertemu lagi ya, bye"
"okay bye hero" kata ku sambil melambai-lambai ke arah Ayen.
**
Semenjak hari itu, aku tidak lagi bertemu heroku itu. Sudah hampir seminggu kami tidak berjumpa.
Apabila bertanya kepada mamaku tentang keadaan heroku itu, mama menyatakan dia sudah berpindah ke Jerman.
Hancur hatiku. Hanya Allah saja yang tahu.
YOU ARE READING
Pengemis Cinta✔
RomanceKehidupan Ainur Marisa yang penuh dengan derita. Tetapi akhirnya berubah menjadi kebahagiaan apabila datangnya seorang lelaki iaitu Syed Aryan Rafi. Tetapi malangnya pertemuan mereka yang bahagia hanya seketika itu juga membawa duri yang sangat ta...