Kepalaku merenung lantai. Wajah Rafi yang garang tidak berani aku tatap. Aku mengenggam tanganku yang kian dingin.
" aku dah tengok keputusan exam Sejarah kau sebelum-sebelum ni, sangat teruk." Kata-katanya itu membuat kan aku mendongak.
" aku nak tanya kau. kenapa kau tak suka sejarah?" Sambung Rafi. Aku teragak-agak mahu menjawab pertanyaannya.
" bukan tak suka , cikgu. "
"habistu apa ?"
"just tak minat je.."
Pukk !
Aduh! Aku terus mengosok-gosok kepalaku yang diketuk itu.
" sakit la cikgu" kata ku perlahan
"ha kau loyar buruk lagi. aku tak suka !" kata Rafi sambil melipat lengan baju kemejanya. so handsome.
" baik, cikgu. saya janji tak kan buat lagi" erghh nasib kau cikgu aku. kalau tak da lama aku cincang-cincang muka kau smpai lumat.
" by the way, aku nak kau hadiri kelas tambahan sejarah yang aku buat setiap malam mulai esok. faham ?" aku terasa mahu pengsan sekarang ni. huh melampau.
"tapi cikgu.."
"no excuses" kata Rafi mematikan ayatku. Hua !
**
"Ris. napa monyok je ni. kau ada prob ke ? citalah , mana tahu kitorang boleh tolong""A'ah la Ris. kitorang akan sentiasa support kau dari belakang." Sambung Rara diikuti Aril yang terangguk-angguk setuju .
"cikgu fav korang tu lah,huh" aku menjulingkan mata sebaik sahaja berkata seperti itu.
"lahh napa ngan dia ? dia lamar kau ke ? alah asal kau reject, huh ?" kata Aril tidak berpuas hati.
Papp!
"auch sakit. okay okay sorylah bby.. aku gurau je. kau sekarang dah takleh dibawak gurau lah " aku menjeling Aril .
" banyaklah kau gurau. tak lawaklah bengong"
"aa yela. tak buat dah" kata Aril sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya.
"korang nak dengar ke taknak ni ? " kata ku sekilas. Lantas, mereka mengganguk laju.
"cikgu Rafi adakan kelas tambahan malam esok" luahku perlahan.
"eh baguslah ! jomlah. asal kau nak sedih pulak ni" kata Rara dengan teruja.
"tapi aku sorang je.." aku menunduk. Mata mereka sudah terbeliak apabila mendengarkan kenyataan itu sebentar tadi.
"wahh seronoklah kau.. boleh lah kau ngorat cikgu sombong tu" mata Rara bersinar-sinar berkata sebegitu.
"ee taknak aku. waste my time." kata ku sambil menunjukkan riak wajahku yang buruk tanda jijjk.
" eh kau jangan, Ris. aku risau kau je yang sayang, rindukan dia nanti" aku menjegil mata kepada Aril.
No! Never! tak akan pernah terjadi.
YOU ARE READING
Pengemis Cinta✔
Roman d'amourKehidupan Ainur Marisa yang penuh dengan derita. Tetapi akhirnya berubah menjadi kebahagiaan apabila datangnya seorang lelaki iaitu Syed Aryan Rafi. Tetapi malangnya pertemuan mereka yang bahagia hanya seketika itu juga membawa duri yang sangat ta...