Mata pelajaran sejarah yang di ajar oleh Sir Rafi langsung tidak dapat menarik minat ku. Bukan apa, wajahnya sangat menggugat iman ku sebagai seorang wanita. Hidungnya yang mancung terletak, berkulit kuning langsat, bibir yang berwarna merah asli sangat menggoda. Tanpa sedar, diri ku diperhatikan.
Pap!
Pen marker yang berada di tangannya tepat mengenai kepalaku. Aku menggosok-gosok kepalaku yang terasa sakit itu.
"Apa ni cikgu, kan saya tengah focus ni. Apa salah saya ?" Keluhku. Walhal aku bukannya fokus terhadap mata pelajaran itu.
"Berhenti berangan dalam kelas aku, Ainur Marisa. Kau nak ke perkara ni sampai ke pengetahuan ibu kau , huh ?" kata Rafi berbaur ugutan. Aduhh kalau ibu tahu ni, mati aku.
"Okay , okay. Saya fokus ni."
Kelas tambahan yang diadakan seperti yang dijanjikan itu langsung tidak seronok tanpa adanya dua orang sahabat baikku itu iaitu Rara dan Arill. Malangnya nasibku, apabila terpaksa menghadiri kelas tusyen tidak berbayar itu.Orang lain sibuk bercuti, aku pulak sibuk belajar em. Aku mengeluh.
"Ainur Marisa , sekejap" langkahku terhenti apabila namaku dipanggil oleh Rafi. Ishh mamat ni mahu apa lagi.
Aku mengerling kiri dan kananku untuk memastikan tiada sesiapa yang ternampak akan kami.
"Don't worry, takde sape yang nampak. Jiran aku semuanya dah tidur" sempat lagi aku memerhatikan rumah nya yang di jadikan pusat tusyen untukku itu. Cantik. Yang peliknya ,kenapa sunyi je. Mana mama dia ?
"Ya ada apa cikgu ? Saya tertinggal apa-apa ke ?" Sengaja ku berkata sebegitu walaupun aku tahu tidak satu pun barangku tertinggal. Sengaja aku mahu mendengar perkataan yang akan keluar dari mulut Rafi.
"Tak de, cuti sekolah nanti kau free tak ?"
"Ye free je, jangan cakap if cikgu nak buat tusyen .. saya penat lah" mataku berkelip-kelip memandang Rafi. Berharap Rafi terpegun dengan kecomelan aku itu. hahahha.
"Aku nak kau ikut aku balik kampung esok."
"t..tapi..."
"No excuse." Kata Rafi mematikan ayat ku lagi. Mulutku terkumat-kamit memaki hamun Rafi di dalam hati. Rafi yang tersedar terus mengeluh.
"Jangan sampai aku gigit kau eh, kau fikir aku tak tahu ke yang kau kutuk aku ?" Ehhh macam tahu-tahu je yang aku kutuk dia.
"ehh. mana ada cikgu.. saya.." nafiku lagi walaupun perkara itu sudah terang lagi bersuluh.
"saya apa ?"
"saya.. nak balik , cikgu.."
"jangan panggil aku cikgu , panggil aku Rafi je. meh aku hantar kau balik" aku terkejut. Tanpa berfikir apa-apa, lantas aku mengangguk laju.
"tapi.. cikgu.. ehh Rafi.. abang saya nanti datang macam mana ?" Kata ku separuh risau.Sebenarnya bukan risau pasal abang aku , aku just risauukan keselamatanku berada berdekatan dengan Rafi. bukan boleh percaya sangat dengan Rafi ni.
"Aku dah call abang kau tadi , kau balik dengan aku" aku menepuk dahi ku. Abang ku ni pun satu, senang-senang je kasi orang yang tak kenal hantar aku balik. Nanti kalau jadi apa-apa kat aku camne ? Astaghfirullahalazim , Marisa. BERSANGKA BAIK please.
Aku merasakan hembusan nafas Rafi dekat denganku. Sangat rapat. Bau wangian Rafi menusuk masuk ke rongga hidungku.
"A...pa.. awak nak buat ni" tanyaku gagap sambil menutup kedua belah dadaku.
Dahi ku ditunjal kuat oleh Rafi.
"Aku nak sarungkan tali pinggang keledar lah. nanti aku jugak yang kena saman. Kau ni memang menyusahkan aku betul lah" kata Rafi sambil menyarungkan tali pinggang keledar. Ishh kau ni Risa 😑 aku menepuk kuat pipi ku akibat malu.
"Ha dah kenapa tampar pipi sendiri ? Malu ek ? Nak aku tambah sebelah lagi ? Biar kau sampai ke bumi yang nyata sikit" aku mengetap bibir.
Setelah sampai, aku membuka pintu kereta milik Rafi . Belum sempat mahu keluar, lenganku ditarik. Aku menepis tetapi gagal.
"Ishh ap..pa ni Rafi. Saya nak masuk lah" marahku sambil menarik-narik tanganku. Rafi terus melepaskan tanganku. Rafi berdehem.
"Pastikan kau packing barang malam ni, aku taknak kau yang lewat esok. " ishhh aku tahu lah. Sibuk je dia ni. Macamlah dia husband aku. Aku mengacah nya sambil membentukkan mulut 'taknak' lalu menghempas pintu kereta itu dan berlari masuk ke dalam rumah.
Rafi tersenyum nipis.
YOU ARE READING
Pengemis Cinta✔
RomanceKehidupan Ainur Marisa yang penuh dengan derita. Tetapi akhirnya berubah menjadi kebahagiaan apabila datangnya seorang lelaki iaitu Syed Aryan Rafi. Tetapi malangnya pertemuan mereka yang bahagia hanya seketika itu juga membawa duri yang sangat ta...