🌸chapter 8

39 5 0
                                    

Tiara membelek-belek hadiah yang diberikan oleh Cikgu Rafi kepadanya. Novel yang berjudul "Mr Nerd itu Suami aku". Tiara tersenyum sendirian. Lalu tangannya laju menaip mesej kepada Rafi.

Thanks for this present , sayang kau ketat-ketat💋 - Tiara

Mesti korang terkejut kan apa hubungan Tiara dengan Rafi ? Diorang ni sepupu rapat. Tiara sengaja merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Marisa kerana dia sudah berjanji dengan Rafi supaya tidak membocorkannya.

Eee jijik, my pleasure. Marisa yang pilihkan tu. Jangan lupa janji kau nak dekatkan aku ngan Marisa. - Rafi

Oraitt beres 😆- Tiara

Ya,Tiara tahu semua perkara. Termasuklah tentang kawan Rafi sewaktu kecil. Ya lebih dari tahu. Selama ini Rafi hanya berpura-pura menyukai Tiara di hadapan Marisa. Dia sengaja berbuat demikian hanya untuk tahu ingattkah lagi Marisa kepadanya suatu ketika dahulu.

Fikirnya, Marisa akan cemburu. Malah, Marisa berusaha membantunya untuk mendekatkan diri dengan Tiara. Lantas, dia membatalkan rancangan itu. Ya, kelas tambahan pada waktu malam itu juga , dia sengaja. Dia hanya mahu mendekati Marisa. Tak lebih dari itu.

**

" Bu, Risa pergi dulu ek. take care. jaga pak mat tu elok-elok tau, dia kan bakal ayah Risa.." kata ku sambil mengenyit mata.

"ehh memandai je kamu ni, Risa. Ibu cilikan mulut tu baru tahu" kata ibu sambil menunjukkan  cili yang dipetik olehnya tadi.

Aku ketawa kuat. Lalu aku memeluk ibu dan mencium kedua-dua belah pipinya. Sungguh ku akan merinduinya nanti.

**

Perjalanan selama dua jam itu amat membosankan. Tahu kenapa ? Sebab mamat ni la. Sedangku ralit mengumpatnya dalam hati, Rafi berdehem kuat.

"Dah sampai. Kau tercegat apa lagi, dah turun" ohh dah sampai rupanya. Mataku melilau segenap ruang di kampong itu. Akhirnya sampai di bumi kedah. Tak ku sangka ciptaan Allah ini sungguh indah di mataku.

"Oiii, nak aku kunci kau dalam kereta ni ek. turun!" Aku yang terkejut terkinja-kinja turun dari kereta lalu menghayunkan langkah ke rumah kayu yang berada di hadapanku ini. Not bad. Cantik !

"Ehhh Ayenn, awat balikk tak habaq kat tok Mah. Habaq sesiap kat tok Mah, bolehla tok Mah masak kat hang. haih budakni" aku yang kurang faham akan percakapan nenek Rafi hanya terkaku. Apa yang dia cakap weh.?

"Sory la tok Mah, Ayen lupaa. takpa aih, tok Mah tak masak pon takpa aih, Ayen dah bawak balikk qentuaa ni.. bolehlaa tolong tok Mah masak satgi" kata Rafi sambil mengerling ku. Hah apa dia cakap ? Qentua ? Dia kutuk aku ke ?

"Cantik kawan hang , Ayen." Aku yang mendengar terus tersipu-sipu malu. Rafi yang perasan terus menyiku kepalaku sambil mengarahkan ku untuk bersalam. Hampir terlupa aku dibuatnya.

Aku terus menghulurkan tangan untuk bersalam. Huh nasib baik disambut.

"Ha dahh mai masuk, tunggu apa tang luaq umah panaihh lit lit ni" pelawa tok Mah .

Aku hanya membuntuti langkah Rafi dari belakang memasuki rumah tersebut.

"Rafi, awak cakap apa tadi kat tok Mah " tanyaku sebaik sahaja tok Mah berlalu ke dapur untuk membancuh air. Sudahku minta untuk menolong tetapi dilarang keras oleh tok Mah. Kononnya aku tetamu.

"Kau ni memang suka menyibuk ek, dahla duduk situ diam-diam. aku nak mandi kejap" kata Rafi dingin.

Eiyy kalau aku tahu, aku taknak ikut Rafi balik kampung! Ergh.

Pengemis Cinta✔Where stories live. Discover now