Aku meletakkan beg kerjaku di atas meja lalu punggungku dihenyak ke atas sofa . Fuh penat dengan aktiviti di sekolah tadi. Aku pon tak faham, kenapalah si Risa tu tak sukakan matapelajaran Sejarah. Kerja sekolah yang diberikan olehku langsung tidak disentuhnya. Peperiksaan pula kian hampir.
Aku mengurut kepalaku yang sedikit sakit.
"Ehh Ayen. Dah balik? Macam mana kerja harini . okay tak?" Tegur mummy.
"Hm macamtu lah my.. student Ayen tu ha. buat hal lagi.. Ayen pon tak tahu nak buat apa dah.. banyak dah cara Ayen buat, tak menjadi jugak my..maybe dia tak suka Ayen ?" luahku dengan nada sedih. Mummy ku lihat sejak tadi hanya tersenyum. Apa yang lucu entah ?
"Ehh takkan lah dia tak pandang Ayen. Anak mummy ni kan kacak. hensem. mesti dia pandang punyalah. jangan risau ya sayang?" Mummy mengusap perlahan kepalaku. Aku hanya mengganguk perlahan.
"Hm yalah my.."
"Ayen dah ada girlfriend ke ?" Pertanyaan mummy membuatkan aku kaku seketika.
"Err takdelah my.. sape la mahukan Ayen ni.. Ayen kan tak tahu nak ambil hati perempuan.." luahku lagi.
Mummy senyum. Senyum penuh makna.
**Risa
Aku mengiring ke kiri. Tak selesa. Ke kanan juga tak selesa. Mata yang tertutup terus terbuka luas. Ishh kenapa aku tak boleh tidur ni ? Aku mendongakkan kepalaku ke syiling. Wajah Rafi muncul di situ. Aku tersenyum.
Pap!
Aku menampar pipiku kuat. Terasa kebas pipi di bahagian kiriku. Ishh apa dah jadi ni ! Apasal aku ni. Aku tahu , aku langsung tidak menghormati Rafi sebagai orang guru.
Antaranya sebabnya ialah:
1. Aku tak suka matapelajaran sejarah.
2. Aku benci orang yang suka memaksa aku.
3. Aku benci orang yang bernama Syed Aryan Rafi.Huhh !
Flashback.
Sesi pelajaran Sejarah yang diajar oleh Rafi sepanjang waktu petang itu bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja. Sia-sia !
Aku hanya melontarkan pandanganku ke luar tingkap. Jemu aku apabila mendengarkan sejarah-sejarah yang dikemukakan oleh Sir Rafi. Bagaikan taufan melanda, Rafi mengajukan soalan kecumas kepadaku.
Aku tersentak.
"Marisa ! " aku terus menghadapkan pandangan ku ke arah Rafi . Rafi nampak segak dengan kemeja biru tua dipadankan dengan seluar berwarna hitam pekat. Terserlah ketampanan sir Rafi. Tidak dinafikan, Sir Rafi merupakan lelaki yang terkacak yang pernah aku jumpa ! Tak tipu !
"Ainur Marisa!" Entah kali ke berapa , Sir Rafi memanggilku. Aku yang terkejut lantas menyahut.
"Yaa, cikgu. ada apa ?" tanyaku.
"Apakah faktor penentangan Malayan Union ?" Aku hanya menggaru kepala sambil tersengih.
"Jawab!!" Sambung Rafi. Mak aii garangg gila.
"Err. depa tentang Malayan Union sebab Malayan Union takdak duit , tak kaya. Sebabtu depa tak bagi Malayan Union tu memerintah cikgu." Haa keluar sudah bahasa utaraku. muka Rafi berubah merah. Gamat kelas dengan jawapanku itu. Serius aku tak tahu. Padanla. Sapa suruh tanya aku ! Aku memang tidak tahu apa-apa tentang Sejarah !
"Ainur Marisa Binti Sofian, jumpa saya selepas kelas ini!"
Aduh mati aku !
End Flashback.
YOU ARE READING
Pengemis Cinta✔
RomanceKehidupan Ainur Marisa yang penuh dengan derita. Tetapi akhirnya berubah menjadi kebahagiaan apabila datangnya seorang lelaki iaitu Syed Aryan Rafi. Tetapi malangnya pertemuan mereka yang bahagia hanya seketika itu juga membawa duri yang sangat ta...