🌸chapter 1

109 4 0
                                    

"Ainur Marisa Dato Kamal !" terhinggut bahu ku apabila dikejutkan sebegitu. Siapa lagi kalau bukan kawan baikku ini iaitu si Aril.

"Ishh kau ni, terkejut aku. Kau ni memang tak reti bagi salam dulu eh? " marahku. Bukan apa , kalau aku mati sakit jantung nanti., dia pulak yang merana.

"Hehe sorylah Risa. aku bosanlah. dari tadi lagi aku panggil kau, tapi kau tak sahut" pujuk Aril apabila melihatkan muka ku yang masam mencuka.

"Yelah. ada apa ?" tanyaku malas. Aku tahu mesti dia nak menjadi pakcik 'bawang' . Siapalah tak kenal Aril Redza si mulut becok .

"Ada cikgu praktikal baru masuk sekolah sini dan dia akan mengajar kita subjek Sejarah." kata Aril ceria.

"ohh hensem ke ? baguslah. takdelah kena menghadap muka Cikgu Mun tu lagi"

"Hensem jugaklah. Mata hazel. tapi hensem lagi aku ni " aku mencebik. Sempat lagi dia angkat bakul sendiri.

Perbualan aku terhenti apabila seorang guru masuk ke dalam kelas kami. Cikgu baru maybe ?

"Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera bagi yang bukan islam.. saya Syed Aryan Rafi , guru subjek Sejarah kamu ya" kata Cikgu Rafi sambil meliarkan matanya ke seluruh kelas. Matanya terhenti ke arah muka ku yang berselindung di sebalik buku Sains.

Bukan apa, aku just malu. Malu ditenung oleh lelaki hensem sebegitu. Risa, mulalah datang penyakit gatal kau ni.

"Awak yang berambut blonde tu..kenapa tutup muka tu ?" Tegas Cikgu Rafi bertanya kepadaku. Aku tersentak. Perlahan-lahan buku Sains milik Aril aku letakkan ke atas meja.

"Err saya.. malu cikgu" kata ku selamba. Riuh ketawa seluruh kelasku sebaik sahaja aku berkata sebegitu. Semua sudah maklum dengan perangai tak semenggah aku itu.

"Malu kenapa ? awak tak ada hidung ? Ke tak ada mata ? Sudah, saya taknak perkara ini berulang lagi dalam kelas saya , faham ?" Aku mengganguk laju . Garangnya. Aril mula terkekek-kekek ketawa apabila aku dimarahi oleh Cikgu Rafi.

Aku mengetap bibir.

Pengemis Cinta✔Where stories live. Discover now